Bunga Liar - Wild Flower Loose Watercolor Painting

 


Bukan mudah bagi saya mencari kekuatan memegang berus lukisan walaupun ia tidak berat. Ya, sebab terlalu ringan itulah yang membuatkan saya risau pada awalnya. Tapi alhamdulillah, semakin hari saya semakin berjaya melukis lukisan yang saya selalu teringin lukiskan.

Lukisan seperti ini, memang nampak ringkas tetapi kualiti kertas dan juga berus memerlukan skill pelukis untuk mendapatkan hasil yang begini.

Tentu sahaja, untuk latihan, saya tidak menggunakan kertas yang agak mahal. Berus lukisan juga masih berus lukisan yang biasa saja. 

Apapun melihat kepada hasilnya, membuatkan saya tersenyum bahagia. Saya akan hasilkan lagi lukisan yang sentiasa membawa senyuman kepada yang memandang, insya-Allah.

0 comments