REKAAN LOGO oleh Saya


Ini adalah sebahagian daripada logo-logo yang pernah saya reka untuk peniaga baru dan sedia ada.
Ada juga sebahagian lagi logo lain yang saya simpan sebagai koleksi peribadi.

Semua logo saya reka sendiri tanpa ada pembantu. Kebanyakannya siap dalam 4-5 hari bekerja.
Andai ditanya tentang logo yang baik, sebenarnya, lebih ringkas, ia lebih menarik dan lebih mudah diingat. Dapat dilihat, banyak logo yang saya reka bertemakan warna emas berkilau, kerana ia memang permintaan tuan punya logo.
Mungkin sebab nampak eksklusif dan cantik, kan?

Saya mula mereka bentuk Logo semasa menjadi seorang Tutor Komputer di sebuah pusat komputer pada tahun 2002. Pemilik pusat komputer meminta saya menciptakan sebuah logo dari perkataan ASAL.

Logo pertama ciptaan saya adalah seperti di bawah: 



Kemudian setelah beberapa tahun saya berehat dari dunia ciptaan logo, saya telah kembali menjana idea untuk syarikat saya sendiri.

Ini adalah logo saya sendiri.

 Bermula dari situlah saya mengorak langkah sebagai pereka grafik bebas.
Apapun, semoga bisnes pelanggan saya semua terus sukses dan diberkati Allah. Mungkin ada yang masih gunakan lagi logo mereka ni.

 

0 comments