REKAAN TAHUN 1997-1998

 


    Ini adalah kerja rekaan pertama saya. Mengimbas kembali perkara yang lalu, membuatkan saya tersenyum sendiri. Sewaktu itu, kerja membuat rekaan baju ini tidaklah susah. Tapi kerja mencetak itulah yang lebih susah. 

    Jadi, rekaan perlulah berdasarkan kos juga. Jika rekaan mahukan hasil yang canggih, kosnya juga perlu tinggi. Untuk pelajar sekolah menengah, tentulah tidak mahu menegeluarkan kos tinggi.

    Baju ini saya reka untuk rakan-rakan Kelab Seni Foto Sekolah saya, SMK Convent Bukit Nanas untuk sesi 1997-1998. Saya memegang jawatan pengerusi kelab ketika itu.

    Teman-teman semua bersetuju dengan rekaan saya dan saya membuat tempahan di kedai cetakan baju yang bertapak di Pasar Seni ketika itu. Jika saya tidak silap, salah seorang pelukis dan pereka di situ dipanggil Chi Chi.

Kenangan zaman sekolah memang manis, kan?

0 comments