Thursday, February 19, 2015

Menyingkap Isi kandungan AlQuran Untuk panduan kehidupan seharian : BHGN 1

Bismillahirrahmaanirrahiim. Assalamualaikum.

Dalam kehidupan seharian, sebagai ibu bapa, kadang-kadang kita lalai, atau lupa untuk menerapkan nilai-nilai keislaman kepada anak-anak.

Sebagai ibu bapa moden, ramai yang sedar perhatian amat peting untuk anak-anak. Penting juga mengajar disiplin, kerjasama dan sebagainya. Namun, ramai yang leka, dan alpa untuk menerapkan garis panduan dari alQuran dalam kehidupan anak-anak. Mengapa ?

Jelas kerana kita sendiri tidak menyiapkan masa mendalami alQuran untuk dijadikan panduan hidup.

Sedarkah kita, Islam telah memberikan garis panduan untuk menjadi mukmin yang berjaya di dunia dan akhirat dari awal hingga akhir ?

Dari dalam perut, hinggalah ke alam kubur. Kita punyai AlQuran dan Hadith untuk di rujuk.

Namun keghairahan kita mencapai tahap pendidikan mengikut level negara-negara besar dan"hebat", keseronokan kita dalam mengejar kepandaian dan kebijaksanaan mengikut cetak barat, membuatkan kita lebih mudah mengambil kata-kata "tokoh" bukan islam tanpa mencari jawapan dalam alQuran dan hadith, iaitu pegangan untuk umat Muhammad SAW.

Di sini saya ingin berkongsi ayat yang mampu mengelakkan terjadinya sumbang mahram dan sebagainya, dari surah aN-Nur, ayat 58-59 yang jelas mengajar bagaimana kita mendidik anak dalam menghormati privasi orang tua dan juga akhlak yang baik dalam kehidupan berkeluarga.

Bismillaahirrahmaanirrahiim.
A058

A059

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(An-Nuur 24:58)Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang telah cukup umur) yang tersebut dahulu, meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(An-Nuur 24:59)

Dalam ayat di atas, diterangkan supaya :
Sunat ajar anak-anak yang belum baligh/hamba minta izin untuk masuk ke bilik pada 3 waktu yang KEBIASAANNYA TERDEDAH AURAT. (ini termasuk dalam bab Adab) 

3 waktu itu ialah :
-sebelum subuh 
-waktu tidur tengah hari/qailullah
-selepas solat isyak

*Disuruh ajar kepada mereka minta izin kerana anak-anak yang belum baligh/ hamba memang selalu keluar masuk/ada kepentingan dengan ibubapa, 
**Ajarkan mereka untuk minta izin untuk masa yang 3 ini(sunat). Untuk masa selain 3 ini, tidak mengapa.
***Bagi anak-anak yang sudah baligh,wajib untuk meminta izin, di waktu yang 3 ini.
****Jelas betapa pentingnya menjaga aurat walaupun dengan mahram sendiri.
*****Betapa pentingnya adab dalam kehidupan seharian kita.

Saya suka mengajak kawan-kawan merajinkan diri membaca alQuran dan tafsirnya sekali. Kalau kita baca buku-buku dari luar negara dan sanggup buka kamus untuk menambah pengetahuan, kenapa tidak kita utamakan tambah ilmu dari alQuran dan baca tafsir yang telah tersedia.

InsyaAllah, kita sama-sama perbaiki diri. Saya masih banyak nak diperbetul, sedikit pengetahuan yang saya dapat, ingin saya kongsikan bersama agar bermanfaat, InsyaAllah.

Tuesday, November 18, 2014

Bila kita nak merebut cinta Allah ?

Sana sini sibuk bergaduh, merebut cinta.... isteri merebut cinta suami... yg berpoligami bermusuhan mahu memenangi hati suami, adik beradik bergaduh mahu merebut perhatian ibu ayah..... Bila kita nak merebut cinta Allah ?

Bagaimana kita nak bentuk hati sebulatnya agar cinta kepada Ilahi itu yg utama dari memikirkan cinta pasangan adalah yg terpenting sekali dlm hidup kita?

asyik kena sogok dengan cerita2 cinta di TV, pengorbanan cinta yg macam mana yg lebih besar ?

Cucilah hati kita dengan kalimah2 Agung sentiasa, kemudian, janganlah termasuk hati, beremosi menonton sinetron, drama2 bersiri, hingga menganggap sangat pentingnya kita mendapat tempat pertama dalam hati pasangan. Kita seolah2 mengajak diri kita dan pasangan melupakan bahawa tempat teratas adalah Allah! kemudian Rasulullah!

Cukup2lah persoalkan kenapa dia tak mampu sayang kita dan setia ke hujung nyawa, dia itu hanyalah hamba! Allah lah cinta agung selamanya.

Betapa sayangnya Allah pada kita, kita tak nampakkah?
ALLAH berikan kita sedikit aje rasa sayang, kita lupakan DIA...
ALLAH berikan kita sedikit aje rasa rindu, kita tak rindukan DIA...
ALLAH berikan kita sedikit aje rasa cinta, kita tak mampu CINTAKAN DIA...

Malu! Malu bila kita bergaduh di dunia yg sekejap ini hanya kerana merebut cinta manusia, yg kita tak tahu lg apa hujungnya.

Dunia ini hanya sekejap dibandingkan dengan penantian menunggu tempat tinggal abadi kita...
Alam barzakh.... penantian di mahsyar....... titian sirat.....Allah........
Risaukan lah akhirat.... kurangkanlah risaukan dunia......
Cukuplah..... Serahkan kepada Allah, siapa pun yg Dia hantar untuk sekejap menyayangi kita.....
Wallahualam......