Tuesday, July 31, 2012

Dunia tak kemana


Redup di luar tidak mendinginkan keadaan di dalam. Cuaca yang panas dingin ini sering saja menguji kesungguhan menghadapi dugaan hidup. Cinta hati yang kejap malap kejap bersinar, menjadikan hidup cukup teruji. 

Aku tak mahu lagi terikat dengan dunia ini sebenarnya. Namun kehadiran cahaya mata yang sedang membesar dan memerlukan bimbingan aku untuk mereka menghadapi dunia, membuatkan aku cuba bertahan dan cuba lagi berinteraksi dengan dunia ini. 

Ya benar, selagi bernama khalifah di muka bumi, banyak sebenarnya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Bukan aku tidak tahu, yang dunia zaman ini tidak lagi aman untuk membiarkan anak-anak memilih cara mereka sendiri. Dan pergolakan di dalam masyarakat islam saja tidak pernah selesai. Muncul sahaja isu-isu yang cuba memecahbelahkan keteguhan umat Islam.

Di sentuh dari segi politik, ekonomi, sosial, dan akedemik. Islam yang sepatutnya menjadi panduan dikatakan menyebabkan kemunduran. Lalu bagaimana aku mahu membiarkan anak-anak ku terjerumus dengan pemikiran yang menghina agama Allah ini ?

Anak-anakku sepatutnya aku bawa melalui jalan-jalan yang memperlihatkan kebenaran, bahawa Islam adalah agama sebenar bagi umat manusia. Lalu bagaimana pula aku menjawab persoalan -persoalan seperti :

"Mama, kenapa orang tu tak tutup aurat? Mama, kenapa orang tu tak puasa ? Mama, kenapa orang tu tak solat? Mama, kenapa kita tak boleh make-up cantik-cantik macam perempuan lain?"

Begitu banyak lagi sebenarnya persoalan yang bakal diajukan oleh mereka dalam proses mengenali dunia ini.....Oh, andainya mampu aku fahamkan mereka, yang dunia ini hanya sementara, usah kau berat memikirkan dunia, cukup sekadar menjalani kehidupan dengan penuh tanggungjawab........

Mama sudah lelah melayani karenah dunia yang semakin sakit kerana pembawa penyakitnya semakin banyak....Namun daya apakah kita menahan semuanya, sedangkan tiada sesuatu pun yang bergerak dalam dunia ini tanpa izin Allah swt. Justeru, kita perlu belajar menjadi muslimah yang baik, kita perlu belajar memilih jala dan cara hidup, dan belajar mendidik hati agar tidak tergoda dengan kenikmatan dunia yang akan musnah...... dunia ini tidak kemana, kita yang bakal meninggalkan dunia.

~

Monday, July 30, 2012

MAHAKARYA sentiasa bersama, nak jugak ?

Salam Ramadhan untuk semua........lebih seminggu sudah kita jalani ibadah puasa. Selama itu jugalah pelbagai dugaan yang kita hadapi......

Di bulan yang penuh barakah ini, banyak amalan-amalan yang boleh kita lakukan untuk mengisi waktu-waktu terluang. Tidak kurang juga yang berjinak-jinak melakukan solat malam. Tidak ada yang lebih indah selain dapat bersujud dan berdoa kepadaAllah SWT di bulan yang mulia ini.

Namun, budaya bertadarus tenggelam timbul di dalam masyarakat kita... mungkin alasan SIBUK yang sangat popular itu yang di bawa kemana sahaja. Allah swt itu MAHA MENGETAHUI dan MAHA ADIL. DIA telah datangkan teknologi dalam kehidupan kita, jadi banyak cara kita boleh bertadarus.

Saya bersyukur kerana beberapa tahun kebelakangan ini kesedaran demi kesedaran terlahir dalam diri saya. Namun, ia bukan mudah untuk beristiqamah. Jadi, apakah cara untuk kita membuang segala alasan yang ada dalam benak fikiran kita ?

Ada banyak cara, bagi yang suka menghadap internet, berFB, sambil-sambil tu boleh mendengarkan bacaan alQuran melalui internet sambil membacanya, atau menggunakan al-Quran digital bagi yang sentiasa bergerak, atau boleh juga kita simpankan bacaan di dalam Smartphone kita.

Saya kini lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Namun, dengan menjaga si kecil, untuk duduk lama di satu tempat, amak terduga. Saya telah mendapatkan sebuah al-Quran yang baik bagi diri saya sendiri. Al-Quran wanita ini yang lengkap dengan tafsir dan pelbagai panduan untuk wanita mudah di bawa ke mana-mana.

Membacanya seolah-olah membaca novel, tidak mudah untuk berhenti. Kisah-kisah yang biasa kita dengar dari ustaz atau ustazah di sekolah atau di mana-mana ceramah, lebih dekat bila kita baca sendiri dari al-Quran.

Semoga amalan yang kita lakukan di bulan Ramadhan ini mampu kita teruskan di bulan-bulan yang lain. Semoga Allah memberi kekuatan dan sentiasa memberi petunjuk kepada kita dan dilindungi dari hasutan syaitan durjana.

bagi yang berminat mendapatkan al-Quran seperti ini, boleh lihat di sini : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.444499978904837.99797.382055481815954&type=1

Selamat beramal......Assalamualaikum.

Thursday, July 26, 2012

Dahsyatnya SAKARATUL MAUT !!



Assalamualaikum semua......... Semoga ibadah puasa yang kita jalani mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah. 

Setiap kita pasti akan mati. Mengingati mati membantu kita sentiasa takut kepada Allah dan boleh memberi kita semangat untuk memperbaiki ibadah kita dari semasa ke semasa.

Saya ingin berkongsi sedikit ilmu dari hasil pembacaan saya dari kitab tulisan IMAM AL-GHAZALI - DI BALIK TABIR KEMATIAN (DZIKR AL-MAUT WA MA BA'DAHU - IHYA ULUMUDDIN)

Kita pasti akan mengalami tiga perkara berat selama proses sakaratul maut itu.

Pertama : petaka tercabutnya nyawa.
Rasa sakit ini telah melumpuhkan akalnya, membungkam lidahnya, dan melemahkan semua persendiannya. Sebenarnya ia ingin sekali meratap, berteriak dan menjerit meminta tolong. Tettapi ia tidak kuasa lagi melakukan semua itu. Satu-satunya tenaga yang tersisa hanyalah suara lenguhan dan desah nafas tersengal-sengal yang terdengar dari tenggorokan dan dadanya saat nyawa sedang dicabut. Warna kulitnya juga berubah dan menjadi keabu-abuan mirip warna tanah liat, iaitu tanah yang menjadi sumber penciptaannya. Seluruh urat tercabut kekuatannya, yang menibulkan rasa pedih di sekujur tubuh bahagian dalam dan luarnya. Bola matanya terbelalak ke atas, bibirnya tertarik ke belakang, lidahnya mengerut, kedua buah zakarnya terangkat naik, dan hujung jemariberubah warna menjadi hitam kehijauan. Jadi jangan anda tanya bagaimana sakitnya tubuh ketika sekuruh urat dicabut dayanya, hingga menjadi kaku.
Selanjutnya, satu persatu tubuh akan mati. Mula-mula telapak kakinya menjadi dingin, kemudian betis dan pahanya. Setiap anggota tubuh merasakan sekerat demi sekerat, penderitaan demi penderitaan. Dan itu terus saja terjadi sampai rohnya mencapai kerongkongan. Pada titik ini berhentilah perhatiannya kepada dunia berikut seluruh penghuninya. Pintu taubat telah ditutup, dan ia pun diliputi rasa sedih dan penyesalan.

Kedua : petaka menyaksikan sosok malaikat maut dan rasa gentar serta takut melihatnya.
Manusia yang paling kuat sekalipun tidak akan sanggup melihat sosok malaikat maut saat menjalankan tugasnya untuk mencabut nyawa manusia yang penuh dosa.

Saat malaika maut datang untuk mencabut nyawanya, Nabi Ibrahim a.s, kekasih Allah, bertanya kepadanya, "Apakah engkau boleh memperlihatkan sosokmu kepadaku saat sedang mencabut nyawa manusia yang gemar melakukan perbuatan jahat. ? "

Malaikat maut menjawab, "Anda tidak akan sanggup melihatnya."

Tapi Ibrahim berkeras, "Aku pasti sanggup."


Akhirnya malaikat maut menjawab, "Baiklah. Sekarang berpalinglah dariku."
Ibrahim pun berpaling darinya. Lalu, ketika ia berbalik kembali, ia melihat di hadapannya susuk makhluk berkulit hitam legam, berambut lurus tegak, berbau busuk, dan mengenakan pakaian serba hitam. Dari mulut dan lubang hidungnya keluar jilatan api. Melihat pemandangan itu, Ibrahim segera jatuh pengsan Ketika sedar kembali, malaikat maut sudah berubah dalam bentuk asal. Ia berkata, " Wahai malaikat maut, bila seorang yang derhaka melihat wajahmu saja pada saat kematiannya, nescaya itu sudah cukup menjadi hukumannya. "

Ketiga: petaka yang dialami ketika orang-orang yang derhaka menyaksikan tempat mereka di neraka.
Mereka bahkan sudah dicekam rasa takut yang luar biasa sebelum menyaksikan peristiwa itu. Sebab , ketka sedang mengalami sakaratul maut, tenaga mereka telah lenyap. Sementara roh mereka mulai merayap keluar dari jasad. Namun, roh mereka baru keluar setelah mereka mendengar suara malaikat maut yang menyampaikan salah satu dari dua khabar, iaitu khabar :

"Bergembiralah wahai musuh Allah, dengan azab neraka!", atau khabar,

"Bergembiralah wahai kekasih Allah dengan syurga!" Dari sinilah timbul rasa takut di dalam hati orang-orang yang berakal.

Friday, July 20, 2012

PERINTAH PUASA DI DALAM AL-QURAN



A183
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

A184
(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

A185
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

A186
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

A187
Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.

Wednesday, July 18, 2012

Mampukah berpuasa dengan sebenar2 BERPUASA ?

Salam kasih kerinduan buat semua teman-teman....Ramadhan bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi..... Semoga ALLAH SWT beri kita kesempatan merasai kemanisannya..... 

Ini adalah tahun ke 9 saya menjalani ibadah puasa sebagai seorang isteri dan tahun ke 8 sebagai seorang ibu. Namun saya tetap risau, apakah saya mampu menyediakan persekitaran terbaik untuk keluarga saya menjalankan ibadah puasa.

Apa yang sering berlegar dalam pemikiran ialah, mampukah saya menyediakan santapan sahur yang membuka selera ? Bolehkah saya menyiapkan juadah berbuka yang mampu menggembirakan semua ?

Dapatkah saya bertahan, sabar dan tidak mudah marah kepada anak-anak sepanjang Ramadhan? Mampukah saya menahan rasa simpati dalam mendidik anak kecil yang mahu belajar berpuasa ?

Adakah ibu-ibu lain pernah berfikir seperti saya ?

Soal marah, bukan saja kita perlu kawal dalam bulan ramadhan. Ia perlu dipertimbangkan walaupun di lain waktu. Soal makan ? Sepatutnya saya tak perlu bimbang, kerana pasti Allah akan menyediakan sesuatu untuk hambaNYA yang benar-benar berpuasa.......

Adakah orang yang puasanya tak benar ? Puasa kita pula benar atau tidak ? Tepuk dada tanya iman....

Ada masa nanti saya kongsikan amalan-amalan yang boleh kita tambah dalam ramadhan ini....insyaAllah, bila ada kesempatan nanti.....

Saya pohon maaf atas segala salah silap, terlanjur kata dan apa saja kesalahan saya selama berblogging. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang benar-benar berpuasa. InsyaAllah.....