Thursday, May 24, 2012

Kepada rakan blogger...

Beberapa hari yang lepas, blog saya telah di serang malware melalui salah satu link yang ada di dalam blog ini. Oleh kerana saya agak sibk dan tidak punya banyak masa untuk menyelidik mana satu link yang ada malware ni, saya remove semua bloglist saya........... :(

Sangat sedih.......dalam seminggu ni saya memang sibuk, jadi selepas selesai kerja-kerja saya nanti, saya akan listkan semula blog-blograkan-rakan sekalian, ok ? Maaf sangat yer.......walau ada entri, kadang-kadang tak sempat langsung nak berjalan dan singgah ke blog kawan-kawan semua....InsyaAllah, waktu lapang itu akan tiba juga......JAGA DIRI, JAGA IMAN, JAGA SOLAT, JAGA HATI...........  Assalamualaikum W B T.

Syukuri CINTA ♥

Kalau benar cinta sesama manusia itu indah, TUNGGULAH bila dah kawin nanti, tengok berapa lama boleh tahan dengan ayat-ayat jiwang dan rajuk yg manja tu?? hehehehe, 

Takut nanti cik abang, bila diminta belikan ikan bilis jer, dah marah-marah  "kenapa semalam tak cakap ???"

ataupun cik adik kekal dengan keadaan "tak pandai" bila cik abang minta sesuatu
"Saya tak pandai lah masak lauk kegemaran abang tu, mintaklah lauk lain"

Masa tu kita tengok, keluar lagi tak ayat-ayat "Cinta Abadi" ni??

Kalau nak BEST, setiap idea ayat-ayat cinta korang masa bercinta, korang tulis dalam satu buku nota, bila dah kahwin, korang gunakan satu per satu ayat tu bila nak memujuk pasangan atau menghargai pasangan.....kan lebih romantisss gitu.......

Bila mula kenal cinta sesama manusia, sebenarnya Allah cuba menguji  kita, adakah kita semakin CINTA kepada Allah atau seluruh cinta kita berikan kepada manusia itu ? Kalau nak kebahagiaan yang sebenar, Pilihlah cinta yg kekal abadi......


Jika bercinta, jangan harapkan keindahan, jangan harapkan kebahagiaan yang kekal, CINTA yg sebenar ialah bila kita harungi semua dugaan dengan sentiasa kembali kepada Keimanan dan Keredhaan, 

Saya lihat di sini ada yang hati berbunga-bunga cinta, ada juga hati yg cintanya mudah terusik, dan ada juga hati yang minta di belai rapi, CINTA perlukan pelbagai jenis pengorbanan, saya yakin anda pasti terluka bila bercinta dengan manusia, tak banyak, sikit pun pasti ada, 


namun untuk mengubat luka itu, usah diadukan kepada yg melukakan cinta, tapi adukan kepada yang Menciptakan cinta....... kerana HANYA ALLAH LAH SEBAIK-BAIK PENENANG JIWA..........

**Cinta itu memang satu anugerah yang terindah dari Allah SWT kepada kita. Tapi kita perlu pastikan cinta yang lahir itu tidak disia-siakan ke arah jalan yang tidak diredhai Allah. Syukurilah anugerah itu dengan sulaman keimanan. Cinta yang berlandaskan keimanan dan ketaqwaan adalah paling indah, kerana ia ternyata cinta kepada Allah yang melebihi cinta kepada makhlukNYA.......Wallahualam......


Monday, May 21, 2012

Kejutan di pagi Isnin

Assalamualaikum, saya rasa sangat tenang pagi ini, tapi sangat mengantuk juga. Rasanya hari ni agak relaks, tetapi, pinggang saya rasa sangatlah sakitnya....dah beberapa hari, nak kata ada angkat benda berat, tak ada pulak, tapi rasanya salah posing masa menyusukan Maisarah. Hm... tak apalah, dugaan juga tu.Alhamdulillah.....

Kemengantukan (ada ke perkataan ni ?) yang saya alami tiba-tiba seperti hilang bila saya semak blog ni.  Setiap hari saya akan semak traffic source blog saya untuk cari idea buat entri ( entah bila buat nya pun x tau, cai iea ajer kejanya, hehehe). Hari ni ada dua keyword search yang memeranjatkan saya.

1. Amalan biar suami menceraikan isteri pertama - adeh, sangat terkejut, hokay, kenapa ada orang terfikir sampai ke si tu ? Okaylah saya akui, memang di luar sana, macam-macam perkara boleh terjadi. Memang tidak dinafikan dengki khianat berleluasa lebih-lebih lagi zaman sekarang. Perkara ni pun bukan perkara baru. Tetapai ia sangat tidak boleh masuk dalam kepala saya. Sebab, kalau suami saya ada wanita lain, sayalah isteri pertama itu !!

Okay, sekarang saya nak kongsikan dengan para isteri-isteri pertama, beberapa amalan :

Baca 3 Qul setiap kali lepas solat dan sebelum tidur (rasanya ramai dah tahu)
Baca Ayatul Qursi sebelum tidur
Baca Zikir ma'thurat dan doa Robithah

Amalan-amalan di atas boleh memantu dan melindungi kita dari perkara-perkara yang tidak baik. Ia juga membantu kita menenangkan jiwa dan tidak mudah panas baran, insyaAllah..... (Ye lah, kalau dah zikrullah sentiasa di bibir dan di hati, memang tak dapatlah si syaitan laknat tu nak jadi batu apai)

Keyword search yg ke dua ialah :

2. kenapa Allah suka menyusahkan kita

Reaksi pertama sumai saya bila saya beritahu dia ialah > Gila ke apa ??

Haa, tu lah...berulangkali saya baca ayat ni, macam tak percaya dengan apa yang saya baca. Sekali lagi, ye, saya tahu macam-macam yang terkadi dan macam-macam orang fikirkan. Tapi sampai terkeluar ayat yg macam ni di dalam fikiran, kenapa?  Itulah ayat-ayat bagi yang tidak bersyukur diduga dan tidak redha pula dengan yang telah terjadi.

Bila dugaan mengunjungi hidupan harian kita, ia bukan sesuatu yang mudah untuk kita tangani. Pelbagai telahan akan datang dalam fikiran kita. Namun, seandainya kita sedar betapa beruntungnya bila seseorang itu di duga, lebih mudah untuk kita meredhai dan mensyukuri setiap perkara yang datang. Jika kita bersabar, banyak ganjarannya. Apa jua lintasan hati, semoga disertai dengan iman dan redha.

setiap manusia tak mungkin mampu menanggung dugaan manusia lain, kerana setiap orang ada jalan hidup sendiri. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, namun jika redha memikulnya, dan bersyukur sentiasa, bila samapi di tempat tujuan, serasa bebas dari segala permasalahan.....InsyaAllah.....

Thursday, May 17, 2012

10 JENIS PEREMPUAN YANG MASUK NERAKA :

 Ini semua apa yang diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada Siti Fatimah anaknya dan Saidinah Ali ra,   dimana baginda melihatnya sendiri ketika Isra` mi`raj. Wallahualam. Kita baca, dan semak diri kita. semoga bermanfaat.

1) Perempuan yang digantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya kerana membuka aurat. (Ramai yang keliru atau tak tahu mengenai pemakaian yang betul mengenai tutupan aurat dengan tudung. Adapun pemakaian itu wajiblah menutup sebagaimana di dalam sembahyang ya`ni sehingga dagu bukan bawah dagu sebagaimana ramai kaum hawa memakainya .) Teliti semula cara kita menutup aurat, tak boleh ketat, tak boleh singkat, tak boleh jarang.

2) Perempuan yang digantung dengan lidah dan dituangkan api neraka yang sangat panas kedalam mulutnya kerana menyakiti suaminya (lidah ditarik 70 hasta) . (Seperti ia kata “sejak saya kahwin dengan awak apa saya ada!” , atau, "Dahlah bang, dah tua dah, tak payah sibuk nak campur dengan orang muda, dah nak mapus berangan muda ajer", )Berlembutlah ketika bertutur dengan suamimu, jangan sesekali menyakiti hatinya.

3) Perempuan yang digantung dengan dua susunya dan buah zakum itu dituangkan masuk kedalam mulutnya (iatu buah kayu yang di dalam neraka yang amat pahit ) apabila dimakan ,maka bergelegak segala isi perut mereka dan otak mereka kerana ia menyusu akan anak orang lain tanpa mintak izin suaminya . (Susu badan itu milik Suami )

4) Perempuan yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat dan terlipat dan dilumur minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas kedalam mulutnya kerana keluar tanpa mintak izin suaminya walau ke rumah ibunya sendiri . (Ini banyak berlaku bagi Isteri-isteri yang bekerja di bandar .Mereka memikirkan bahawa mereka layak menerima layanan yang setanding dengan lelaki dalam semua hal termasuklah tidak perlu meminta izin dari suami ke mana saja hendak pergi . Kadang kala si Suami terpaksa bertanya kepada orang yang seperjabat isterinya untuk mengetahui kemana pemergiannya .) Inilah antara punca nusyuz tanpa kita sedar.

5) Perempuan yang tergantung pada hal memakan akan daging dirinya dan api menyala-menyala dari pihak bawahnya kerana ia memperhiasi bagi orang lain, tidak bagi suaminya .( Sekiranya si Isteri keluar rumah hal keadaan berhias diri sedangkan si Suami tidak menegah , maka si Suami akan diazab setiap setapak keluar rumah isterinya itu selama seratus ribu tahun di dalam neraka .Nauzubillahiminzalik .) Boleh tahan ke wahai suami ? Bagi isteri yang memakai wangian ketika suaminya berada di rumah hukumnya sunat .Hukumnya makruh sekiranya suaminya tiada di rumah .Adapun jika keluar rumah walau dengan suaminya ,maka iaitu haram .Setiap lelaki yang menghidu wangiannya itu dihukumkan perempuan itu seperti berzina dengannya. 

6) Perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala Malaikat akan dua kakinya dan dijadikan atas badannya beberapa ular dan kala hal keadaannya memakan akan dagingnya dan meminum akan darahnya kerana ia tak mahu mandi junub,haid dan meringan-meringankan sembahyang . (Orang yang tidak mandi junub atau haid sudah tentu kita kata mereka adalah orang yang tidak sembahyang .Adakalanya jika mandi sekalipun tetapi mandi dalam keadaan jahil dengan kaifiat (cara-cara) mandi . Maka serupalah dengan orang yang tidak mandi . Maka sembahyangnya tidak diterima .Apabila tidak diterima , maka ibadat-ibadat yang lain pun tidak diterima .) Bagi orang yang meringan-ringankan sembahyang seperti menta`hirkan (melambatkan) sembahyangnya sehingga masuk kepada waktu sembahyang yang lain. Sesuai firman Allah dalam surah الماعون : Maka neraka weil lah bagi orang yang meninggalkan sembahyang hal keadaannya lalai. lalai dengan maksud menta`hirkan waktu tanpa uzur syar`ie. 

7) Perempuan yang tergantung akan dirinya hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Didalam mulutnya api menggelegak otak kepalanya mengalir kedalam hidungnya dan segala badannya amat busuk lagi berputar-putar seperti kena penyakit yang besar kerana ia mendatangkan anak zina . (Maka dengan ini jauhilah mana-mana keadaan yang mendorong kita kearah berzina .Dengan makna kaum lelaki dan kaum perempuan dilarang sama sekali untuk bercampur aduk tanpa penghadang antara satu sama lain walaupun belajar fardhu ain .) Ciri-ciri muslimah yang solehah iaitu ia tiada pada tempat perhimpunan orang ramai. Sebaik-baik pekerjaan iaitu menjahit sebagaimana Siti Ai`syah isteri Rasullullah s.a.w .

8) Perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapannya hingga kebelakangnya daripada segala anggotanya dengan gunting api neraka kerana ia masyhurkan dirinya . (Sekarang kita dapat lihat berapa ramai yang nak jadi pemimpin rakyat padahal ada tegahan daripada Nabi yang jelas dan berapa ramai perempuan hendak berpidato di depan khalayak lelaki ,hanya kerana hendak menunjukkan bahawa dia pun boleh sebagaimana laki-laki. Memimpin hanya bagi kaum hawa ,tiada masaalah .Berpidato di depan kaum hawa sahaja tiada masaalah.Yang harus itu jelas yang haram itu pun jelas .Jangan mempergunakan agama dengan akal .Agama itu dibina dengan apa yang diturunkan oleh Allah.) ~ Ingatlah, Aisyah ra itu sangat tinggi ilmunya di kalangan seluruh wanita, tetapi dia tidak pun cuba memasyhurkan dirinya. Dia tetap diam di rumahnya walaupun selepas kewafatan Rasulullah....

9) Perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan diatasnya beribu-beribu warna dari azab kerana ia adalah sangat mengadu-ngadu lagi amat dusta . (Ini salah satu penyakit kaum Hawa yang jahil. Sebab itu tidak hairanlah Nabi kata seorang perempuan boleh menggoncangkan satu dunia. Dusta dia, pengaduan dia boleh menjatuhkan dari seorang president kepada rakyat. 

10) Perempuan yang tergantung atas rupa anjing dan api neraka masuk daripada bawah duburnya dan keluar ia daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badannya dengan pemukul api neraka kerana sangat suka membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengk. Orang perempuan ni memang bermasalah dengan lidahnya. Suka menuturkan kata-kata yang tidak dikawal.

Nauzubillahi min zaalik. Semoga Allah jauhkan kita dari golonga-golongan di atas. Takutlah kita dengan hukuman Allah ini. Semoga kita tidak terlalu jauh dari cintanya. Semoga kita di akhirat nanti mendapat penenang jiwa.

Wednesday, May 16, 2012

Jangan cakap JANGAN!

Sebenarnya kan, ada banyak kerja lagi tau, tapi rasa "gian" nak berblog dah menghantui saya ni.. hehehe..... Hari-hari yang dilalu seperti biasa..... masih indah walaupun terduga... Indah kerana masih di sisi suami dan anak-anak tersayang... indah kerana masih dapat merasa kasih ibu walau ayah sudah pulang kepadaNYA, indah kerana punya adik beradik yang prihatin, indah sekali kerana punya Allah yang maha menyayangi.

Teringat perbualan dengan anak saya tempoh hari, ain,

Mama tak tahu bahasa arab ye ?
Tak. Mama dah lupa. (Terbayang waktu belajar bahasa arab di sekolah agama, saya selalu mengantuk, huhuhu!)
Ok. Kalau ain cakap Masaul khair kena jawab apa ? (Aaduh ! blurr nya mama.....)
Entahlah, mama tak tahu.
Masaunnur....(jawabnya dengan sengih yang sangat meyakinkan)

Waaa...anak mama pandai lah....Sekarang mama belajar dengan anak mama pulak lah ye... waa... bestnya (Memang sangat lain rasanya, kagum, bangga, seronok dan lega)

Saya selalu risau, apakah anak-anak saya faham apa yang mereka belajar di sekolah ? Apakah input yang mereka dapat ? sekadar menghadirkan diri dan meluluskan diri dalam ujian atau, mengambil sesuatu untuk bekalan kehidupan ? Semoga mereka tahu menggunakan ilmu yang diterima sebaik-baiknya.

Dalam pada itu, anak-anak saya juga ada satu tabiat, iaitu, kalau saya marah dengan perkataan JANGAN atau TAK MAHU BUAT ITU , tindakan mereka agak lambat, berbandik saya memberikan "galakkan" utnuk melakukan kesalahan itu. Mungkinkah ini termasuk dalam reverse psychology ?

Macam ada satu situasi, anak-anak bermain berlari-lari, dengan nada yang lembut dan penuh keibuan, saya akan menegur mereka beberapa kali,

"Tak mau lari-lari, nanti jatuh."  "Sudah jangan lari..."  "Sudah lah tu, berhentilah..." "Cukuplah lari tu..."

Bila kesabaran saya tak mampu lagi bertahan, akhirnya ayat begini yang keluar :

"Lari ! Lari! Cepat lari ! Jangan berhenti ! Lari sampai esok ! Tak payah makan, minum tidur. Laaaariii aje terus..."

Barulah mereka berhenti..... :) hehehehe...............

Jadi saya lebih suka tak gunakan perkataan JANGAN..... Anak-anak akak-akak dan adik-adik semua ada macam tu tak ? hehehehe

Tuesday, May 15, 2012

Facebook Oh Facebook

Assalamualaikum......... Diharap semua sihat hendaknya. Musim sekarnag ni dah tak tentu, anak-anak saya pun bersilih ganti demamnya. Saya rasa ramai yang sama macam saya kan? Sambil ber"FB", sambil berblog dan membaca berita terkini di internet.

Sememangnya seronok bila dapat menghiburkan hati, bergurau senda dengan orang yang dulu kita tak kenal, namun semakin hari, semakin rapat dan semakin terbuka gurauan dan senda kita dengan seseorang. Mungkin ada yang rasa perkara itu semua biasa. Ramai yang beranggapan begitu.

Kita jangan lupa, gurauan kita di internet atau online ini tak jauh beza dengan gurauan di alam nyata. Bezanya cuma kita tidak bersua muka dan jauh dari bersentuhan. Apa yang saya risaukan di sini, terlalu banyak penyamaran berlaku. Maknanya, setiap hari ada orang tertipu jika tidak berjaga-jaga atau berhati-hati memilih kawan.

Bukan satu dua orang yang tidak memperlihatkan status sebenar. Mereka mungkin punya alasan yang munasabah. Contohnya, " saya kuat berpolitik dan tidak mahu keluarga telibat sama " atau, " Isteri / suami saya low profile dan tak minat lama-laman sosial ni.." dan bermaca-macam lagi alasan.

Saya dulu risau bila suami saya tidak ambil kisah tentang Facbook ini. Saya pernah sekali deactive akaun saya kerana suami tidak dapat terima keujudan Facebook ini. Tapi, bila dia sedar, saya juga perlukan teman dan mahu juga berkawan walau sibuk dengan tugasan harian dan tak dapat ke mana-mana. Akhirnya, dengan galakan dari saya, suami membuka satu akaun untuk dirinya.

Bagi saya ia perlu  kerana beberapa sebab :

  • Sebelum anak belajar tentang teknologi, biar kita, sebagai ibu bapa faham dulu teknologi itu. Bagi saya, perlu bagi kita melihat perkembangan anak-anak melalui laman sosial ini. 
  • Selain itu, saya rasa lebih baik dia tahu apa yang saya buat di laman sosial dari pada dia tidak ambil peduli dengan apa pun yang terjadi dalam kehidupan maya saya.
  • Kami berniaga dan berniat mahu memasarkan produk kami secara online juga, Jadi, ia antara medium yang amat penting bagi peniaga online di masa ini.
Namun, kepercayaan yang diberi oleh suami dan ibu bapa haruslah di genggamdengan sepenuhnya. Saya sudah banyak memdengar kes pergaduhan antara pasangan suami isteri, yang sebahagiannya membawa kepada perceraian terjadi kerana ketagihan Facebook.

Saya sendiri pernah mengalami satu situasi di mana seorang lelaki yang berstatus suami orang menghantar pesanan ke inbox saya untuk berkenalan dengan "lebih dekat". Oleh kerana tidak mahu keadaan semakin memburuk, saya terpaksa keluarkan dia dari senarai teman FB saya, sedangkan dia juga salah seorang prospek saya.

Perkara sebegini, tanpa Facebook, tetap juga akan berlaku, tapi di FB, ia seolah-olah didatangkan untuk menguji sejauh mana kita jujur, kerana lebih mudah berahsia dan menipu menerusi FB berbanding dunia realiti.

Berbalas komen dengan "bersayang-sayang" dengan lelaki/wanita lain, bergurau mesra dengan bukan muhrim, berkongsi gambar-gambar yang sepatutnya tdak dikongsikan........perlukah itu semua ? Adakah itu saja cara kita mengisi masa lapang ? Itu sajakah kegunaan FB yang kita ketahui ?

Tepuk dada, tanya iman, jagalah hati dan kawal lah nafsu. Manusia bukan sempurna, manusia sentiasa perlukan perhatian, tapi perhatian siapa yang peling baik ? Tentu sahaja perhatian dari Allah SWT, bukan dari orang yang tidak dikenali, bukan dari orang yang hanya tahu memuji, bukan dari orang yang hanya berkongsi riang.

Facebook oh Facebook ~ baik atau buruk, kita yang memilih, ada banyak jalan dakwah dan mencari ilmu, boleh juga dapat dari muka buku...........

Saturday, May 12, 2012

Hubungan dan Amalan

Assalamualaikum..... Diharap semua sihat dan berbahagia serta sentiasa di berkati.  Semoga hubungan kita di dunia maya ini sentiasa mendatangkan perkara-perkara baik dalam kehidupan kita.

Dalam kehidupan kita, ini sentiasa ada perhubungan. Hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam, hubungan dengan Allah.

Kadangkala, kita nampak hubungan yang kita jalinkan kelihatan mudah. Jika tidak rapat, kita tidak fikir ia akan mendatangkan sebarang kesan. " Saya hanya kenal dia dari jauh, tidak secara peribadi. Bagaimana hubungan kami boleh memberi kesan kepada saya atau dia ? "

Ada banyak cara, mungkin cara pemakaian kita akan mempengaruhi cara pemakaian orang lain. Mungkin cara kita bercakap boleh mempengaruhi cara bercakap orang lain. Apa pun yang kita buat, akan ada hubungkait dengan pelbagai hubungan. Kita lihat seorang Chef terkenal di tv dari sebuah negara barat, kita minat pada bidang masakan dan kita mahu jadi hebat seperti dia, bukanlah kita kenal dengan dia secara peribadi, dan dia tidak langsung mengenali kita, namun kejayaannya memberi kesan dalam hidup kita.

Apa yang isteri pakai hari ini, bisa membuat suami lebih menyayangi hubungan atau semakin berenggang. Apa yang suami lafazkan kepda isteri boleh membuatkan si isteri rasa semakin disayangi atau tidak dihargai. Apa yang dilakukan seorang anak boleh membuatkan ibu bapa merasa bangga atau malu. Apa yang kita ucapkan boleh menimbulkan rasa senang atau susah di hati seorang sahabat.

Apa yang kita niagakan, boleh menjadi pelbagai cerita daripada pesaing dan pembeli. Apa yang kita pertontonkan kepada anak, boleh menjadi punca dia menjadi anak yang soleh atau tidak.

Perlu bagi kita perhati setiap tingkah laku kita. Orang suka cakap : "Kubur masing-masing."Namun untuk selesaikan jenazah kita nanti, kita perlukan orang lain kerana ternyata kita tidak mampu memandikan diri sendiri, memakai pakaian mati sendiri, masuk ke rumah sementara sendiri, dan ta mampu kita menutup rumah kita sendiri kerana jasad yang tidak lagi bernyawa.

Orang yang dah meninggalkan dunia memang tiada hubungan lagi dengan orang yang hidup, tapi hubungan yang pernah terjalin semasa hayatnya masih wujud. Dia mati, dia masih seorang ayah. Dia mati dia masih seorang abang, dia mati dia masih seorang suami, dia mati dia masih seorang adik, dia mati dia masih seorang sahabat, dia mati dia masih seorang hamba kepada PENCIPTANYA.

Apakah perbuatan kita semasa hayat kita akan meninggalkan kesan yang baik atau buruk kepada sekeliling kita ?

**poin di sini ialah, perbanyakkan lah amal kebaikan  kerana bila pulangnya kita kepada Allah, itulah bekalan kita yang akan membantu kita. Dalam kita berhubungan dengan sekeliling kita, tanpa kta sedar pelbagai amalan kita buat. Baik atau buruk ?