Tuesday, April 17, 2012

Dah lah dik.....asyik nangiss jer.....

Assalamualaikum..... rindu nak update blog tapi tak sempat....kesian pada yang berkunjung, masih entri yang lapuk tu lagi di hadapan. Nak kasi berubah sikit, hari ni nak update sikit tentang kehidupan Puan Ayu ni. 

Ya Allah, kalau nak cerita keseluruhan, mahu jatuh biji mata, panjang berjela, 3 hari 3 malam tak habis cerita. Bertimpa-timpa dugaan datang dalam keluarga saya. Walau macam mana pun saya bersyukur yang teramat, kasih sayang kami semua tak pernah berkurang, malah dengan dugaan ini makin kukuh pula rasa sayang dan cinta.

Wah cerita syahdu yer, ade lagi satu cerita syahdu. Setiap kali bayi saya membesar (dah 4 kali melaluinya), rambut saya akan gugur. Bila rambut gugur kali ni, ya ALLAH ! Takut sangat-sangattt! Dah macam orang sakit leukimia yang sedang menjalani rawatan kemoterapi ....sungguh! Banyak sangat rambut yang gugur... macam musim luruh rasanya..... tak payah sikat, guna jari pun boleh ! Akhirnya saya mengambil keputusan nak gunting rambut. Kalau ikutkan mak saya, dia kata ada anak kecil elok rambut panjang, senang kalau anak terhantuk ke apa ke, gosokkan dengan hujung rambut tu, boleh lega anak tu..... Saya memang selalu amalkan. Tapi, untuk kali ini, tak mampu lagi nak hadapi. Kadang-kadang, saya rasa seram nak mandi, sebab tak sanggup nak tengok rambut yang luruh macam tu aje.

Saya fikir, mungkinkah sebab banyak sangat tekanan ? Stress ? Hmmmm.....apa-apa pun jumat lepas dah ambil langkah keselamatan, saya potong rambut sendiri...! Hahahaha.... tunjuk dekat cik abang, dia komen "Ok la tu, nak lawa macam mana lagi, dalam rumah je kan, keluar rumah dah bertutup...." Haaa... barulah saya senyum puas hati......

Maisara ni extra manja pulak..... saya pun tak faham lah.... sampai saya terfikir nak hentikan susu badan, sebab dia tak mahu campur susu langsung... dan oleh kerana itu, dia tak boleh berenggang langsung dengan saya..... Sekejap aje di pegang ayah atau kakaknya, dia dah mula cari saya... Pening kepala, kerja di atas meja ofis tu dah semakin bertambah, yang dapat diselesaikan cuma sedikit. Dia terlalu manja... Adakah itu tanda-tanda dia bongsu ? hehehehe......Wallahu alam.......

Apa-apa pun, si kecil itu yang buat saya marah dan akhirnya dia jualah penenang jiwa saya..........

*Tajuk tu sebenarnya sempena maisarah nangis masa nak siapkan entri ni.

Monday, April 2, 2012

Lara hati mama..♥

Assalamualaikum, semoga semua sihat hendaknya.

Tidak betah banyak bicara, Dalam benak ini terlalu banyak yang hendak difikirkan, dan dari jiwa ini, terlalu banyak yang hendak diluahkan. Namun tak mampu terluahkan semuanya....Berat mengukir senyuman, namun dengan kesungguhan cuba meredhai, terlahir juga seyuman itu. Senyuman yang amat mengharapkan agar orang-orang tersayang akan lega dan tenang hati.

Lara jiwa seorang ibu melihat puteri yang berusia 5 tahun yang sudah 3 hari berbalik-balik demamnya. Bangun pagi dia cergas, hingga ke tengah hari. Selepas zohor, tenaganya mula terjejas, dan suhu badan mula naik. Mama sangka pagi tadi dah ok, tapi petang ini kembali hangat.

Aduhhai anak, kebah lah dari sakitmu, mama tak mampu memerhatikanmu 24 jam, dengan tugas mama di rumah dan pejabat, dengan adik kecilmu yang masih belum mengerti apa-apa, dan tersangat manja pula, dengan tanggungjawab pada ayahmu yang kadangkala tak mampu mama tunaikan dengan sempurna.....

Tidak tahu mama ingin bercerita kepada siapa lagi.....hanya blog ini penghibur hati.....selain merayu kepada ILAHI......

Sarat hati mama ini, menanggung seribu satu macam lara yang tak kunjung pergi........