Sunday, June 19, 2011

LEBUHRAYA SENAI DESARU YANG MACAM TAK MASUK AKAL.

Assalamualaikum. Hari ini, saya nak buat sedikit liputan berkenaan LEBUHRAYA SENAI DESARU yang baru dibuka. Beberapa bulan sudah, laluan dari Senai ke Pasir Gudang  sudah dibuka. Mudahlah bagi saya yang selalu berulang alik dari senai ke Pasir Gudang dan Ulu Tiram selepas lebuhraya ni siap. Memang tol agak mahal sedikit, tapi, perjalanan yang tak melalui banyak lampu isyarat dan kemungkinan jalan sesak tu tak perlu saya tempuh. Walau berbayar, saya selalu guna lebuhraya ni ke Pasir Gudang. Memang jauh sikit dari laluan biasa yang saya guna, tapi, kalau tak payah jumpa 'jammed', saya suka.
TAPI, laluan yang baru dibuka dari Pasir Gudang ke Desaru ni, macam tak masuk akal pula pada saya. Kenapa ? Jom, ikuti laporan bergambar saya.

Laluan yang dibuat adalah satu lorong untuk satu haluan. Saya tak sangaka pula cuma satu lorong. Ia bertukar kepada dua lorong hanya di jambatan yang merentasi Sungai Johor. Habis Jambatan, kembali kepada satu lorong..   
Memandangkan satu lorong, halaju yang dibenarkan adalah 70 km/jam.Tengoklah pula pada lorong kecemasan tu, kecil sahaja. Kalau ada kenderaan yang rosak, atau berlaku kemalangan, atau apa-apa kecemasan, amatlah membahayakan. Bayangkan kalau motor yang ikut laluan kecemasan tu lalu sebelah lori besar, bahayanya..........
Memandangkan satu lorong sahaja, lebih kurang dalam 2 km dari tol, jalan "jammed". Tengok kenderaan sebelah kereta kami, dia mula buat laluan sendiri, potong kiri !  





Dah nampak plaza tol, tapi tak sampai-sampai. Yelah, memang banyak sangat kenderaan, tapi lorong laluan cuma satu, memanglah jammed kan..........


Tapi, masa saya pergi ni, hari minggu, saja nak cuba jalan baru. Memang lebih cepat sampai, tapi memenatkan ! Masa tu saya tak nampak kenderaan berat. Kalau hari biasa, mesti banyak kenderaan berat, macam mana ya ?

Saya dan suami nekad, kalau tak kerana terpaksa, kami tidak akan memilih "lebuhraya yang tidak mencapai standard lebuhraya" ni. Nasib baik masa kami cuba ni, tak kena tol. Tak tahulah berapa tol nya nanti ye?

LAKSA JOHOR



  Hari ni, tekak ni teringin nak makan laksa Johor. Apa lagi, pergi pasar, dan dapatkan bahan-bahan. Yang menyedihkan, hampir-hampir tak ada mee spaghetti nya. Bahan semua dah cukup, kalau  tak ada mee, nak makan dengan apa, kan? Okay, Jom kita masak!

 BAHAN-BAHAN :

Kari ikan (saya guna adabi)
1 1/2 biji santan kelapa sederhana pekat
2 kuntum bunga kantan
2 keping asam keping
Kerisik dari 1/2 biji kelapa.
Sedikit kayu manis, cengkih dan bunga lawang untuk menumis.

BAHAN KISAR :

Bawang besar :  2-3 biji
bawang putih : 2-3 biji
Halia :4-5 cm (agak2 lah ya..)
Lengkuas : 3-4 cm (pun agak2 lah
Serai : 2 batang
Lada kering : 15 - 20 helai (ikut selera pedas anda)

Ikan tenggiri : Lebih kurang 1/2 kilo lebih di rebus (boleh guna ikan kembung/parang) kemudian di kisar selepas dibuang tulang.
*Saya suka ikan tenggiri putih sebab rasanya yang sedap dan mudah nak asingkan tulang.

Mee spaghetti

BAHAN HIASAN / TAMBAHAN

Timun - di hiris
Telur - direbus
Cili merah - dihiris
Daun kesum - dihiris
Sambal belacan

CARA-CARA :

  1. Tumis bahan kisar tadi dengan minyak yang cukup. Jangan lupa masukkan kayu manis dan kawan-kawannya.
  2. Setelah naik bau, masukkan kari, lebih kurang 1 cawan atau lebih. Kalau anda letak lebih, kuah boleh jadi pekat. Tumis sehingga garing / naik bau karinya.
  3. Masukkan bunga kantan yang telah dipotong empat.
  4. Masukkan ikan yang telah di rebus. Kacau hingga rata.
  5. Masukkan santan. 
  6. Setelah mendidih, masukkan bahan perasa seperti garam, gula dan perisa. (saya guna sos tiram)
  7. Masukkan kerisik.
  8. Masukkan asam keping. 
  9. Setelah mendidih dan cukup rasa, bolehlah dihidang.
* kalau nak tambah kuah, nak kurangkan pekat, lebih sedap kalau gunakan air rebusan ikan.

Tuesday, June 14, 2011

MENJADI ISTERI CEMERLANG MELALUI ASMA UL HUSNA

Saya ingin kongsikan sesuatu yang baru saya terima dari seorang kenalan. Ia amat membantu kita yang mudah lupa diri bila marah atau kecewa. atau cemburu atau pun berpaling dari kasih Allah.  Jom kita bangkitkan semula rasa kecintaan dan kesedaran kepada Yang Maha Agung.

Sumber : Ananymous dari Emel yang diterima

Layarilah bicara hati ini dengan penuh tunduk, tawadduk dan penuh kerendahan hati kepada Allah Yang Maha Agung dan Maha Tinggi, semoga dirimu dapat mencari jawapan kepada persoalan hidupmu selama ini.

 1.2.    Siapakah Diriku?

Sesungguhnya Engkau Ya Kholiq (Yang Maha Pencipta) yang telah menciptakan diriku daripada tanah yang hina dan kemudian dari air mani yang juga hina, dari tiada kepada ada. Engkau Ya Kholiq Yang Maha Pencipta dan Ya Malik Yang Maha Berkuasa dan Raja Yang Memiliki Segala Isi Langit dan Bumi telah ciptakanku dan sesungguhnya diriku hanya ciptaanMu dan hambaMu yang dulunya tiada dan kini ada.

Engkau Ya Wahhab Yang Maha Pemberi telah memberikanku segala kesempurnaan tubuh badan, pakaian, rezeki dan juga Engkau Ya Wadud Yang Maha Pencinta telah mengurniakan CintaMu kepada suamiku dan diriku, yang dengan rasa CintaMu itulah kami membina rumahtangga ini sehingga kehari ini.

Sesungguhnya diriku adalah seorang isteri yang Engkau kurniakan sedikit WadudMu (CintaMu) untuk ku curahkan kepada suamiku demi melaksanakan tugas KhalifahMu di dunia ini. Engkau telah menugaskan diriku sebagai seorang isteri agar memberikan cinta yang tulus yang telah Engkau, Ya Jalil Yang Maha Tulus dan Ya Quddus Yang Maha Suci ilhamkan kepada diriku.

 Dengan sedikit WadudMu, JalilMu dan QuddusMu inilah, diriku melayarkan bahtera rumahtangga dan denganNya lah diriku menghadapi segala gelombang dan badai yang sentiasa Engkau, Ya Rahman. Ya Rahim berikan. Kerana dengan menghadapi gelombang dan badai inilah, kami akan bangkit dengan kekuatanMu Ya Aziz Yang Maha Perkasa, Ya Qawwiy Yang Maha Memiliki Kekuatan dan Ya Matin Yang Maha Sempurna Kekuatan dan Maha Teguh untuk membina satu rumahtangga yang padu dan kuat bagi melahirkan dan membina generasi hambaMu yang taat dan patuh kepadaMu.

Ya Allah, Ya Mani’ Yang Maha Mencegah, Engkau telah menjadikan diriku seorang isteri yang Engkau tugaskan untuk menjadi wakilMu bagi mencegah suamiku daripada melakukan dosa dan lalai kepadaMu. Perasaan cemburu, sayang dan rindu yang Engkau Ya Rahman Ya Rahim berikan kepada diriku yang lahir dari sifat Ya WadudMu itu adalah semata-mata untuk mencegah suamiku daripada tergelincir daripada landasan fitrahMu. Diriku harus menggunakan perasaan itu sebaik mungkin agar tidak bercampur dengan bisikan nafsu dan syaitan yang hanya ingin memecahkan rumahtangga yang terbina daripada Ya Rahman, Ya Rahim dan Ya WadudMu Ya Allah.

Ya Allah, Ya Malik, Sesungguhnya Engkau adalah Raja yang memiliki diriku ini. Diriku milikmu ya Allah, segala apa yang ada pada diriku ini, kecantikanku, kesihatanku, hartaku, wangringgitku hatta suamiku dan anak-anakku adalah milikMu sepenuhnya. Diriku sedar Engkau akan mengambil semuanya itu daripada diriku pada bila-bila masa, dan diriku tidak seharusnya merasa sedih dan kecewa kerana sesungguhnya ianya bukan milikku, Engkau Ya Maha Pemberi telah memberikannya kepada diriku sebagai amanah dan pinjaman untukku melaksanakan tugas khalifahMu didunia ini dan alat bagiku mengutip redhaMu bagi bekalan untuk akhirat nanti.
 
Suamiku yang ku sayangi, kau harus sedar, diriku bukanlah milikmu sayang. Kita adalah milik Ya Malik dan Ya Kholiq. Oleh itu diriku tidak mampu untuk menghambakan diri kepadamu suamiku, kerana diriku hanyalah hamba kepada Tuhan yang menciptakanku dan Tuhan yang telah memberikan seluruh kasih dan sayangNya kepada diriku selama ini.

Suamiku yang ku sayangi, apa yang diriku lakukan kepadamu hanyalah kerana Dia Ya Rahman dan Ya Rahim dan Ya Wadud. Sesungguhnya suamiku sayang, kasih sayangmu, cintamu selama ini kepada diriku adalah sesungguhnya cinta dari Ya Wadud, kasihsayangmu adalah kasih sayang dari Ya Rahman dan Ya Rahim kepada diriku. Oleh itu diriku harus membalas cinta Allah itu dengan taat dan patuh kepadaNya dengan sepenuh hatiku.
 
Maafkanku suamiku sayang, diriku tidak mampu mencintaimu dan mengasihimu melebihi Tuhanku kerana Dia menyayangiku setiap masa, ketika diriku muda dan jelita dan ketika diriku tua dan tidak menawan lagi. Dia mencintaiku ketika kau suamiku akan melupaiku satu ketika nanti, ketika kau sudah tidak merasa diriku menawan dan menarik lagi, tetapi Dia Ya Wadud yang Maha Pencinta tetap mencintaiku dari dunia hingga akhirat walau bagaimana keadaanku sekalipun. Namun suamiku, diriku tetap menyayangimu kerana kau telah mengikut petunjukNya bagi mencintaiku dan melindungiku selama ini.

Suamiku sayang, sedarlah bahawa diriku hanya diutuskan oleh Allah kepadamu untuk kau membalas cinta kepadaNya dan Dia Ya Mani’ Yang Maha Mencegah telah menciptaku sebagai isterimu agar dapat membantumu memelihara dirimu daripada dosa dan lalai kepadaNya kerana Dia mahu kau sentiasa taat dan patuh kepadaNya, kerana dengan taat dan patuh kepadaNya sahajalah yang akan menjamin kebahagiaan hakiki di hari kemudian nanti.

Oleh itu suamiku sayang, sesungguhnya kita ini diciptakan oleh Ya Malik dan dipunyai olehNya dan kita akan kembali kepada Ya Mu’id Yang Mengembalikan dan Dia Ya Muhshi Yang Maha Menghitung akan menghitung setiap perbuatan kita didunia ini untuk diberikan balasan di akhirat nanti. Oleh itu suamiku, marilah kita bersama-sama berjalan diatas permaidani makrifatullah dengan bergantung sepenuhnya kepada Dia Ya Rahman dan Ya Rahim yang sentiasa menyayangi dan mengasihi kita.

 1.3.    Siapakah Diri Suamiku?

Ya Malik, Engkau Sesungguhnya Raja yang Maha Memiliki seluruh makhluq di alam ini dan suamiku adalah milikMu sepenuhnya. Dia adalah hamba kepadaMu ya Kholiq ya Malik. Dia bukan milikku ya Allah. Dia milikMu dan Engkau Ya Muqtadir Yang Maha Menentukan akan tetap menentukan urusan dan kesudahan suamiku.
 
Suamiku yang ku sayangi, Diriku sesungguhnya tidak memilikimu, dan tidak wajar bagiku merasa kau milikku dan merasa kau tidak akan diambil oleh Allah.

Suamiku yang ku sayangi, sesungguh kau diciptakan oleh Allah Ya Muhaimin Yang Maha Memelihara untuk mewakiliNya bagi melindungi isterimu ini. Kau diciptakan oleh Ya Haadi, Yang Maha Memberi Petunjuk agar kau mampu memberi petunjuk, memimpin dan membimbing isterimu ini kearah Jalan Allah. Kau juga diciptakan oleh Ya Mani’ yang Maha Mencegah dan Ya Roqib, yang Maha Mengawasi agar kau mampu menjaga, mengawasiku dan mencegahku daripada dosa agar diriku sentiasa taat kepada Engkau Ya Afuw Ya Maha Pemaaf.

Suamiku yang ku sayangi, sesungguhnya kau diciptakan oleh Ya Razak Yang Maha Memberi Rezeki, Ya Ghoniy Yang maha Kaya, Ya Mughni Ya Maha Memberi Kekayaan, Ya Nafi’ Yang Maha Memberi Manafaat untuk kau berusaha bagi mendapatkan kebaikan dan manafaat dunia ini untuk menampung kehidupan keluarga kita agar dengan kehidupan yang sejahtera dapat mewujudkan rasa aman dan bahagia bagi membolehkan kita sekeluarga mengabdikan diri kepada Ya Wahid yang Maha Esa dan kepada Ya Mutakabbir yang Maha memiliki segala kebesaran.

Suamiku sayang, Dia Ya Mumit yang Maha Mematikan mungkin akan mengambil nyawamu pada bila-bila masa. Dia Ya Waaliy yang Maha Mengatur segala urusan mungkin akan mengambilmu dan diserahkan kepada wanita lain dan sekiranya itu ketentuanNya yang Maha Menentukan, diriku tetap redha kepadaMu Ya Muqtadir seperti redhanya Nabi Ismail ketika ingin dikorbankan oleh ayahnya Nabi Ibrahim, kerana sesungguhnya redha kepada ketentuanMu adalah bukti kecintaan sepenuhnya kepada Engkau Ya Dzal Jalali Wal Ikram Yang Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Namun, diriku tidak perlu bimbang dan gusar sama sekali, kerana Engkau Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud sesungguhnya sentiasa ada disampingku, sentiasa mengatur urusanku dan melindungiku dengan sifat Ya Waaliy dan sifat ya MuhaiminMu.

Ya Rahman Ya Rahim, Kau mungkin mengambil suamiku daripadiriku hanya kerana ingin membuktikan kasih dan sayangMu kepada diriku, kerana diriku pasti akan menadah tangan memohon, merayu dan merintih kepadaMu Ya Hafidz yang Maha Melindungi, Ya Muhaimin ya Maha Memelihara agar membantuku dan melindungiku dan menyerahkan seluruh harapan dan pergantungan kepadaMu Ya Ghoniy Yang Maha Kaya dan diriku pasti akan memohon kepadaMu Ya Basith yang Maha Melapangkan hidup agar Engkau melapangkan hidupku. Sesungguhnya Engkau mencintai hambaMu yang menadah tangan memohon kepadaMu kerana Engkau mempunyai segala kebesaran dan kemuliaan itu.

Tetapi Ya Rahman, Ya Rahim dan Ya Wadud, diriku yakin dengan kasih sayang dan cintaMu yang melimpah ruah, Kau mampu mencurahkan sedikit cintaMu dari sifat Ya wadudMu kepada suamiku agar dia tetap menyayangiku didunia ini, walaupun diriku sudah tidak menawan lagi dimata kasarnya, kerana keindahan dan kecantikan itu sesungguhnya lahir daripada Engkau Ya Badi’ Yang Maha Mencipta Keindahan dan Ya Barr Yang Maha Baik dan Ya Halim yang Maha Penyantun.

Diriku mohon kepadaMu agar kau curahkanlah sedikit sifat Badi’Mu, BarrMu dan HalimMu kepada ku agar diriku dapat mengindahkan dan menyantunkan diri dan akhlaqku disisi suamiku. Diriku memohon kepadaMu ya Hafidz dan ya Muhaimin agar dia tetap melindungiku dan tidak meninggalkanku di dunia ini. Dan diriku yakin, kau Ya Mujib yang Maha Mengabulkan akan mengabulkan doa dan rayuan hambaMu yang lemah dan tidak berdaya ini. Sesungguhnya Engkaulah Ya Matin, tempat yang paling teguh yang diriku bergantung sepenuhnya dan Engkaulah Ya Samad, tempat meminta dan tempatku curahkan dan luahkan permintaanku didunia ini.
  
1.4.    Siapakah Ibuku?

Ibu yang kusayangi, sesungguhnya kasih sayangmu dan keperihatinanmu kepada diriku selama ini tidak mampu ku balas kerana sesungguhnya semuanya itu adalah sifat Ya Rahman dan Ya Rahim Allah, yang Allah campakkan kepadamu ibuku agar kau menyayangiku dan melindungiku sejak kecil sehingga dewasa. Sifat Ya Rahman dan Ya Rahim Allah ini lah yang masih kau rasakan walaupun diriku ini sudah bersuami. Kau tetap merinduiku dan ketika diriku balik kerumahmu kau tetap mencurahkan perhatianmu dan kasihmu sebagaimana diriku masih kecil dulu, tidak sedikitpun ada kekurangan yang kurasakan. Kau sentiasa mendoakan  kesejahteraan kepada diriku dunia dan akhirat dengan sifat Ya Salam Yang Maha Sejahtera yang dicampakkan kedalam hatimu.

 Namun ibuku sayang, diriku ini hanyalah hamba kepada Ya Rahman dan Ya Rahim. CintaNya dan KasihNya kepada diriku tidak akan mampu ku tukarkan dengan cinta dan kasih manusia. Maafkanku ibu, kerana diriku tidak mampu menyayangimu dan mencintaimu lebih dari sayang dan cintaku kepada Tuhanku Ya Malik yang Menciptakanku dan Ya Wahhab Yang Maha Pemberi, yang memberiku segala apa yang ku kecapi didunia ini.

Maafkanku ibu, kerana diriku terpaksa meninggalkanmu sentiasa demi melaksanakan tugas khalifah Allah untuk berbakti kepada suami dan mendidik anak-anak bagi membina generasi yang mengenal siapa dirinya dan siapa Tuhannya. Setiap arahan Allah akan pasti ku taati ibu, walaupun diriku tidak sempat menjengokmu sentiasa, kau masih ku sayangi sepertimana kau menyayangiku sejak masih kecil.

Tetapi sedarlah ibu, walau kau tidak merasa kasih sayangku, kasih sayang Allah Ya Rahman Ya Rahim kepada ibu tidak berbelah bagi, dan Dia tetap mendampingi ibu dan tidak pernah meninggalkan ibu walau sesaat sekalipun. Dia Ya Syakur amat menghargai jasa ibu membesarkan ku sehingga menjadi manusia yang berguna. Dia Ya Aliyy Yang Maha Tinggi Martabatnya tentu akan menaikkan martabat ibu kepada martabat yang tinggi atas pengorbanan ibu selama ini.

Ibu yang kusayangi, sekiranya ibu merasa sunyi, ingatlah kepada Ya Bashir, yang sentiasa menampakkan keagungan dan kewujudannya melalui setiap apa yang berlaku di dunia ini. Dia amat dekat kepadamu ibu, lebih dekat dari urat lehermu sendiri. Dia sentiasa berada disisimu menunggu-nunggu kau merayu dan merintih kepadanya ketika kau rasa kesunyian, ketika kau rasa tidak dipedulikan oleh anak-anakmu. Dia tetap mempedulikanmu ibu, usahlah ibu gusar, bimbang dan sedih. Dia Ya Mukmin akan memberi ibu rasa aman dan tenang.

Oleh itu ibuku, dekatkanlah diri kepadaNya, kepada Ya Hasib, yang Maha mencukupkan, nescaya dia akan mencukupkan keperluanmu. Ibuku, ingatlah kita akan kembali kepada Ya Malik dan Ya Kholiq, Yang Memiliki kita dan menciptakan kita. Persiapkanlah diri ibu dengan amalan mulia agar kita akan berjumpa di akhirat kelak dibawah lindungan Allah. Diriku akan sentiasa mendoakan mu ibu bagi kesejahteraanmu di dunia dan di akhirat dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah yang dicampakkan didalam hatiku.
  
1.5.    Siapakah Mertuaku?

Ibu mertua yang kusayangi, sesungguhnya kasih sayangmu dan keperihatinanmu kepada suamiku selama ini tidak mampu dia membalasnya kerana sesungguhnya semuanya itu adalah sifat Ya Rahman dan Ya Rahim Allah, yang Allah campakkan kepadamu ibuku agar kau menyayangi suamiku dan melindunginya sejak kecil sehingga dewasa.

Sifat Ya Rahman dan Ya Rahim Allah ini lah yang masih kau rasakan walaupun dirinya ini sudah berumahtangga. Kau tetap merinduinya dan ketika dia balik kerumahmu kau tetap mencurahkan perhatianmu dan kasihmu sebagaimana dia masih kecil dulu, tidak sedikitpun ada kekurangan yang dia rasakan. Kau sentiasa mendoakan kesejahteraan kepadanya dunia dan akhirat dengan sifat Ya Salam Allah yang dicampakkan kedalam hatimu.

Namun ibu mertuaku sayang, suamiku yang juga anakmu itu hanyalah hamba kepada Ya Rahman dan Ya Rahim Allah. CintaNya dan KasihNya kepada anakmu tidak akan mampu anakmu tukarkan dengan cinta dan kasih manusia. Maafkan suamiku ibu mertuaku, kerana dia tidak mampu menyayangimu dan mencintaimu lebih dari sayang dan cintanya kepada Tuhannya yang Maha Pemberi, yang memberinya segala apa yang dia kecapi didunia ini.

Maafkan suamiku ibu mertuaku, kerana dia terpaksa meninggalkanmu sentiasa demi melaksanakan tugas khalifah Allah untuk berbakti kepada keluarga dan mendidik anak-anak bagi membina generasi yang mengenal siapa dirinya dan siapa Tuhannya. Setiap arahan Allah akan pasti dia taati ibu, walaupun dia tidak sempat menjengokmu sentiasa, percayalah, kau masih dia sayangi sepertimana kau menyayanginya sejak masih kecil.

Tetapi sedarlah ibu mertuaku, walau kau tidak merasa kasih sayang anakmu lagi, kasih sayang Allah Ya Rahman Ya Rahim kepada ibu tidak berbelah bagi, dan Dia tetap mendampingi ibu dan tidak pernah meninggalkan ibu walau sesaat sekalipun. Dia Ya Syakur amat menghargai jasa ibu membesarkan anakmu sehingga menjadi manusia yang berguna. Dia Ya Aliyy Yang Maha Tinggi Martabatnya tentu akan menaikkan martabat ibu kepada martabat yang tinggi atas pengorbanan ibu selama ini.

Ibu mertua yang kusayangi, sekiranya ibu merasa sunyi, ingatlah kepada Ya Zohir, yang sentiasa menampakkan keagungan dan kewujudannya melalui setiap apa yang berlaku di dunia ini. Dia amat dekat kepada ibu, lebih dekat dari urat leher ibu sendiri. Dia sentiasa berada disisi ibu menunggu-nunggu ibu merayu dan merintih kepadanya ketika ibu rasa kesunyian dan ketika ibu rasa tidak dipedulikan oleh anak-anak ibu. Dia Ya Muhaimin Yang Maha Memelihara tetap mempedulikanmu ibu, usahlah ibu gusar, bimbang dan sedih. Dia Ya Mukmin akan memberi ibu rasa aman dan tenang.

Oleh itu ibu mertuaku, dekatkanlah diri ibu kepadaNya, kepada Ya Hasib, yang Maha mencukupkan, nescaya dia akan mencukupkan keperluan ibu. Ibuku, ingatlah kita akan kembali kepada Ya Malik dan Ya Kholiq, Yang Memiliki kita dan menciptakan kita. Persiapkan diri ibu dengan amalan mulia agar kita akan berjumpa di akhirat kelak dan berkumpul disyurgaNya. Diriku dan suami akan sentiasa mendoakan ibu bagi kesejahteraan ibu di dunia dan di akhirat dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah yang dicampakkan didalam hati kami.
  
1.6.    Ketika Diriku Ditinggalkan Suami..

Ya Allah, Ya Malik, sesungguhnya suamiku itu kepunyaanmu dan kau mengambilnya daripada diriku kerana dia hanya pinjaman sementara buatku di dunia ini serta amanah yang Engkau akan persoalkan kelak. Diriku ini hanya hambaMu yang tetap akan redha atas segala ketentuanMu kerana sesungguhnya Engkau adalah ya Muqtadir Yang Maha Menentukan. Sesungguhnya suamiku hanyalah hamba kepadaMu dan dia tidak punya apa selain apa yang Kau kurniakan. Cintanya tidak kekal dan akan musnah dan hilang, ianya datang dan pergi bila-bila masa.

Ya Allah, hanya cintaMu kekal abadi dijiwaku ini. Kau masukkanlah rasa cinta kepadaMu ya Wadud agar jiwaku sentiasa tenang dan diriku pasti tidak akan merasa kehilangan kerana sesungguhnya Engkau Ya Awal yang Maha Awal dan Ya Akhir Yang Maha Akhir dan Ya Hayyu Yang Maha Hidup tidak akan meninggalkan ku walau sesaat sekalipun.

Diriku amat yakin segala ketentuanMu ini adalah kerana Engkau Ya Rahman dan Ya Rahim ingin memberikan sepenuh cintaMu kepada diriku dan diriku yakin semuanya mempunyai kebaikan kepada diriku walaupun fikiranku tidak mampu menjangkaunya. SifatMu Ya Allah yang Maha Pengasih, Penyayang, Pencinta, Pemberi Manafaat, Pelapang Hidup, Petunjuk Jalan sudah tentu tidak ingin membuat hambaMu ini menderita, dan sudah tentulah semuanya baik bagiku dan diriku bersyukur banyak-banyak kepadaMu Ya Allah.

Ya Allah Ya Muhaimin dan Ya Hafidz, Engkau pasti akan terus melindungiku walaupun suamiku sudah tiada lagi disisiku. Engkau akan terus memberiku kekuatan kerana Engkau sesungguhnya Yang Maha Kuat Ya Qawiy dan Maha Teguh Ya Matin. Diriku pasti tidak perlu bimbang dan gusar kerana diriku bergantung kepada taliMu yang sangat kukuh Ya Matin.

Ya Allah, Ya Haadi, berikanlah petunjukMu kepada diriku agar diriku mampu mengharungi cabaran hidup ini dan Ya Wahhab, Ya Razzak, Ya Ghoniy, berilah diriku sedikit rezekiMu dan KekayaanMu agar diriku mampu meneruskan hidup ini dan berbakti kepadaMu ya Ilahi. Bangkitkanlah semangatku Ya Ba’its Yang Pemberi Semangat, agar diriku mampu bangun dan bangkit meneruskan perjuangan hidup ini sebagai khalifahMu di dunia ini.
  
1.7.    Ketika Diriku Merasa Tidak disayangi dan dihargai..

Diriku sedar, Ya Allah Ya Wadud dan Ya Syakur akan sentiasa menyayangiku dan menghargaiku walaupun suamiku sudah tidak menyayangi dan menghargaiku. Engkau ya Rahman dan ya Rahim sentiasa akan mencurahkan kasih dan sayangnya kepada diriku melimpah ruah dan tidak ada tolok bandingnya. Engkau Ya Majid Yang Maha Mulia yang akan sentiasa memuliakanku walaupun orang lain menghinaku.

Ya Wadud, curahkanlah sedikit sifat WadudMu, SyakurMu dan MajidMu kepada suamiku dan orang-orang dikelilingku agar mereka mampu mencintaiku, menyayangiku dan menghargaiku kerana dengan cinta dan penghargaan dan penghormatan itulah menjadikan kami sentiasa berkasih sayang dan menghormati satu sama lain.

 1.8.    Ketika Diriku ditegur oleh Suami..

Diriku sedar Ya Allah, ya Mani’ yang Maha Mencegah, ya Khobir yang Maha   Waspada, apabila suamiku menegurku, sesungguhnya Engkaulah yang menegur itu kerana Engkau ingin agar diriku sentiasa berjalan diatas jalanMu yang lurus menuju redhaMu. Diriku harus berterima kasih kepada suamiku kerana mampu menjalankan amanah yang diberikan Engkau Ya Mani’.
 
Ketika suamiku menyampaikan peringatan dan pengetahuan baru, diriku harus sedar itu adalah ilmu Engkau Ya Alim dari Ya Haadi yang Maha Memberi petunjuk dan tentulah diriku akan mengutip setiap ilmu dari Ya Alim itu untuk ku jadikan panduan didalam hidup ini.
  
1.9.    Ketika Diriku Merasa Lemah dan Tidak Berdaya..

Ketika diriku merasa lemah dan tidak berdaya, diriku sedar diriku mempunyai Ya Aziz yang Maha Perkasa, ya Qawwiy yang Maha Kuat dan Ya Matin ya Maha Teguh dan Sempurna KekuatanNya. Dia Ya Aziz tentu akan menguatkanku dan membangkitkan semangatku. Dia ya Wahhab ya Maha Pemberi, Ya Mujib yang Maha Mengabulkan pasti akan memberi dan mengabulkan segala permintaanku.

Ketika diriku merasa kesempitan hidup, kekurangan rezeki dan merasakan sedikit ujian kemiskinan, diriku pasti tidak perlu bimbang kerana diriku mempunyai Ya Basith yang akan pasti mengeluarkanku dari kesempitan hidup dan melapangkan hidupku dan Ya Razzaq akan pasti melimpahkan rezeki kepada diriku tanpa henti dan ya Ghoniy yang memiliki seluruh kekayaan langit dan bumi akan pasti mencurahkan sedikit kekayaanNya kepada diriku agar diriku mampu bersyukur dan mengabdikan diri kepadaNya denga penuh ikhlas dan yakin.

 1.10.          Ketika Diriku Merasa Bersalah dan Berdosa..

Diriku sedar diriku hanya ciptaan Ya Kholiq yang tidak lepas dari kesilapan. Ya Ghofur dan Ya Affuw sudah pasti menunggu-nunggu bilakan diriku menadah tangan memohon ampun dariNya dan Dia sudah pasti akan mengampunkan kesalahanku walaupun sebanyak buih di lautan. Sifat pemaaf dan pengampun Allah tidak ada tolok bandingnya.

Diriku memohon agar sedikit sifat Ghofur dan AffuwMu Ya Allah diberikan kepada diriku agar diriku mampu menjadi seorang yang pemaaf agar diriku mampu memaafkan suamiku, anak-anakku, jiran tetanggaku dan sahabat handaiku, agar dengan sifat memaafkan ini mampu melahirkan hubungan ukhwah yang lebih erat dan seterusnya diriku mampu berbuat baik sesama manusia dan terus mengutip redhaMu Ya Allah.
  
1.11.          Ketika Diriku buntu dan merasa tiada siapa..

Sekiranya diriku merasa buntu dan lemah pemikiran, tentulah Ya Hakim yang Maha Bijaksana, Ya Alim Yang Maha Berilmu dan ya Rashid yang Maha Cerdas akan memberikan kebijaksanaanNya, IlmuNya dan KecerdasanNya kepada diriku agar diriku mampu memikirkan yang terbaik dan Dia tentu akan melapangkan pemikiranku dan kehidupanku kerana Dia Ya Basith yang Maha Pelapang.

Ketika jiwaku merasa keseorangan dan kesunyian, tentulah diriku akan berpaling kepada Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Wadud, Ya Jalil, Ya Sami’ dan Ya Bashir kerana Dialah yang mampu menghilangkan kesunyianku dengan Ar-Rahman, ar-Rahim dan Ya WadudNya yang sangat tulus. Dan Dia Ya Sami’ sentiasa akan mendengar setiap keluhan, rayuan dan rintihanku setiap saat tanpa jemu dan Ya Bashir akan terus melihat kebajikanku dan memberi perhatian kepada diriku setiap saat tanpa henti. 

1.12.          Bagaimana Diriku Menggapai Cinta

Dengan menyerahkan seluruh cintaku buat Ya Wadud, diriku akan pasti mendapat cintaNya, cinta yang tidak ada tolok bandingnya. Ya Wadud akan pasti memasukkan perasaan cinta ini kedalam orang-orang disekelilingku termasuklah suamiku kerana Dia ingin diriku merasai betapa indahnya cintaNya, walaupun sedikit. Apatah lagi cintaNya di akhirat nanti, sudah tentu tidak terjangkau oleh akalku yang cetek ini. Oleh itu diriku menggapai cintaNya dengan menanamkan cintaNya jauh dihati sanubariku dan diriku keluarkan cinta-cinta selain Allah dari hatiku, cinta manusia, makhluq, dunia dan nafsu itu diriku genggam sekuat-kuatnya di genggamanku sebagai amanah Allah.

Diriku sedar cinta makhluq digenggamanku ini akan pergi meninggalkanku pada bila-bila masa dan ketika dia meninggalkanku, diriku akan melepaskannya dengan penuh rasa redha dan syukur kepada Tuhanku kerana kehilangan cinta sementara itu ada kebaikan buatku.

Cinta Allah dihati akan ku jaga sebaik-baiknya yang akan menyuluh hatiku dengan An-Nurnya dan akan menyalakan bintang-bintang dihatiku umpama bintang-bintang dilangit yang akan menjadi petunjuk jalan kepada diriku disepanjang kehidupan ini. Dengan cara ini, jiwaku pasti tenang kerana diriku pasti tidak akan kehilangan cinta yang begitu tulus, suci dan abadi daripada Ya Wadud, Ya Jalil dan Ya Quddus.

 1.13.          Bagaimana Diriku Menggapai Kemuliaan

Kemuliaan itu adalah hak milik Ya Dzal Jalali Wal Ikram Yang Maha Memiliki Kemuliaan dan Kebesaran, Ya Majid Yang Maha Mulia, Ya Adzim Yang Maha Agung dan Ya Kabir yang Maha Besar. Dialah Yang Maha Mulia, dan segala kemuliaan yang dirasakan oleh manusia semuanya milikNya dan beruntunglah orang-orang yang menggunakan kemuliaan dan harga diri ini untuk melakukan kebaikan kepada Allah dan kepada manusia dan rugilah yang menggunakan untuk memuaskan nafsu demi kebahagiaan dunia yang sementara.

Diriku akan bermohon kepadaNya agar diriku ini dimuliakan, dihargai dan dihormati oleh seluruh manusia di dunia ini. Dengan kemuliaan dan harga diri inilah diriku mampu mengharungi perjuangan hidup ini yang begitu mencabar dan penuh duri dan ranjau demi mencari redhaMu Ya Ilahi.
  
1.14.          Bagaimana Diriku Menggapai Kecemerlangan Hidup

Diriku sedar, diriku hanyalah seorang hamba kepada Yang Maha Esa dan Khalifah kepada yang Maha Agung, Maha Kaya dan Maha Bijaksana. Kebijaksanaan, kecerdasan dan Yang Maha Perancang itu adalah Miliknya Ya Baari’ Yang Maha Perancang, Ya Musowwir Yang Maha Kreatif, Ya Alim Yang Maha Berilmu, Ya Hakim ya Maha Bijaksana dan Ya Rashid Yang Maha Cerdas.

Diriku sedar pada diri setiap manusia yang berjaya itu, ada kurniaan Allah dari sifat Ya Baari’Nya. Ya AlimNya, Ya HakimNya dan Ya RasyidNya. Sesungguhnya kehebatan seseorang itu bukanlah milik dirinya, tetapi milik Allah semuanya dan Dia mengurniakan kepada sesiapa yang dia mahu dan Dia jua boleh mengambilnya pada bila-bila yang Dia mahu.

Oleh itu diriku akan sentiasa bermohon kepadaNya agar diberikanku sedikit ilmuNya, kebijaksaanNya dan kecerdasanNya, sifat perancangNya dan sifat kreatifNya agar diriku mampu mencipta idea dan perkara baru dalam hidup ini bagi berbakti kepadaNya dan kepada manusia seluruhnya.

Diriku juga akan terus bergantung kepada Ya Haadi yang sentiasa memberi petunjuk kepada diriku jalan terbaik dan Ya Ba’its yang sentiasa membakar semangatku agar diriku mampu mengharungi cabaran kehidupan bagi menempa kejayaan dan kecemerlangan. Dan sudah tentu diriku akan sentiasa mendampingi Ya Aziz agar semangatku sentiasa kuat, ya Matin agar jiwaku sentiasa teguh.

 1.5.          Penutup

Sabahatku, akhirilah penderitaanmu, kesunyianmu, kebuntuanmu dan kegelisahanmu selama ini. Marilah melangkah bersamaku, kita berjalan diatas Permaidani Makrifatullah. Seluruh Asma ‘Ul Husna Allah mampu mencipta keajaiban kepada yang ikhlas bergantung kepadaNya. Diriku amat yakin kepada Ya Mujib yang Maha Mengabulkan yang akan mengabulkan segala permintaan kita ini, Ya Sami’ Yang akan mendengar segala bicara kita ini kerana Dia Ya Rahman Ya Rahim amat kasih dan sayang kepada diri kita.

 Sedikit Panduan:

Setelah berbicara dan bermohon kepada Allah, dengarlah suara hati dan ikutlah suara hati itu kerana itulah dia petunjuk daripada Allah s.w.t. Janganlah dirimu membuat pelbagai alasan untuk tidak melakukannya dan pecahkan segala belenggu yang membelenggumu selama ini. Sesungguhnya selama ini dirimu sering dibelenggu dengan Prasangka Negatif, Pengalaman Pahit, Pandangan yang sempit, Merasa diri cukup berilmu, Prinsip Hidupmu yang goyah, Kepentingan Diri dan Sifat Selalu Membanding-banding dengan orang lain. Tanda itu suara hati ialah jiwa merasa tenang ketika melakukannya dan sekiranya itu bisikan syaitan, jiwa akan meronta dengan penuh penyesalan dan rasa bersalah.

Semoga jiwamu kini merasa bahagia dan damai, semoga dirimu sudah menemui jawapan kepada persoalanmu selama ini, semoga dirimu sudah berjumpa jalan keluar dari segala yang membelenggumu selama ini..

Salam kasihsayang dari seorang isteri kepada seluruh isteri-isteri didunia ini.

Maafkanku sekiranya terdapat kelemahanku didalam bicara ini. Yang baik itu adalah dari Ya Alim dan yang salah itu dari diriku yang masih sedang belajar dari Ya Alim.

Jumpa lagi dilain keluaran insyaAllah.
WASSALAM.

DAH HABIS GANTI PUASA KE BELUM ?

Pejam celik, pejam celik, dah nak puasa kan..... dah sibuk dah jualan kain baju sana sini. Yang jual kuih raya pun dah sibuk buat sample dah...... Sekejap betul masa berlalu. Dalam diam, dah habis 5 bulan lebih kita lalui 2011 ni. Bagi saya, tahun 2011 yang baru nak masuk setengah tahun nih, dah diwarnai dengan macam-macam warna dan corak.

Ha! Dah habis ganti puasa ke belum ? Soalan ni, khusus untuk kaum hawa aje ye.... Lelaki pulak, jangan simpan angan-angan nak cuti pulak tahun ni. Sekarang Rejab, lepas tu Syaaban, lepas tu Ramadhan...... Anda semua ni, tak sabar puasa ke tak sabar nak raya ? Ingat ye, raya sebenarnya bukan sebulan, cuma 1 hari saja. Sebab itu hari itu di haramkan berpuasa, sebab Allah nak kita bergembira dan merasai nikmat yang ada.

Ye, memang betul, Syawal ada 30 hari. Tapi bukan di suruh beraya 30 hari. Memang tak salah untuk berkunjung.... Anggaplah kita pergi menziarah saudara dan kawan-kawan. Tak perlulah cukupkan baju untuk 15 rumah terbuka. Islam tak suka pembaziran dan berlebih-lebihan. Cuba fikir semula, kenapa ada puasa sunat syawal ye ? Sebab Allah tak mahu kita leka dengan kegembiraan yang melampau-lampau.

Ada homework sikit untuk pembaca sekalian, cuba selidik dan cari sejarah, bagaimanakah Rasulullah merayakan Hari Raya Aidil Fitri ye ?

** Awal ke saya buka topik raya ni ? Sebenarnya, dah tak tau nak cerita apa, tetiba ada pulak kenalan cerita yang dia belum habis puasa ganti... Jadi saya pun menaiplah ! Selamat buat Homework ye !

Saturday, June 11, 2011

HORMAT TETAMU & ELAK NUSYUZ : kesinambungan dari entri lepas.



Memang tidak ada kaitan antara layanan tetamu dengan isteri nusyuz. Tapi, bagi sesiapa yang ada baca entri ini, anda akan faham kenapa saya buat tajuk yang tak ada kaitan ni.

Menyambut, melayani dan menghormati tetamu.

Tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak. Dalam Islam adalah dituntut untuk melayan tetamu yang menghadirkan diri ke rumah kita dengan layanan yang paling baik.



Sabda Rasulullah S.A.W : 


"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka dia hendaklah bercakap baik ataupun diam. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka dia hendaklah menghormati  jirannya dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka dia hendaklah memuliakan tetamunya. "

 (HR : Bukhari dan imam Muslim )




Firman Allah SWT yang bermaksud : 


“Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Ibrahim yang dimuliakan? Tatkala mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: “Salam sejahtera kepadamu!”, Ibrahim menjawab: “Salam sejahtera kepada kamu!” (sambil berkata dalam hati): Mereka ini orang yang tidak dikenali. Kemudian ia masuk mendapatkan ahli rumahnya dan dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). Lalu dihidangkan kepada mereka sambil berkata: “Silakanlah makan.” 


( adz-Dzaariyaat : 24-27).

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:


“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaklah memuliakan tetamu dengan member layanan kepadanya. Sahabat bertanya, “Apakah layanan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “ Layanan istimewa selama sehari semalam, dan tempoh layanan sebagai tetamu hendaklah dalam masa tiga hari, layanan yang diberikan selepas tempoh itu dikira sebagai sedekah.”


Oleh yang demikian, adalah wajib bagi umat Islam melayan tetamu yang hadir ke rumah kita. Menghormati tetamu itu boleh membantu kita menutup aib keluarga kita dan ibu bapa kita. Orang tentu akan terfikir , mungkin begitulah didikan oleh keluarga mereka....... Jadi, elakkankan dari menjadi punca buruk sangka orang lain.

Cara pertuturan dan layanan antara suami isteri

Pertuturan yang kasar dan tidak beradab boleh menyebabkan seorang isteri itu dikelaskan sebagai isteri yang nusyuz. Suami berhak menerima layanan yang baik dan berhak mendengarkan perkataan yang baik dari isternya. Sedangkan dalam islam sendiri menuntut sesama muslim bertutur dengna penuh kesopanan dan menghormati perasaan satu sama lain.


Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud :


 Sabda Rasulullah SAW:
"Dan ada empat golongan wanita yang akan dimasukkan ke dalam Neraka (diantaranya) ialah wanita yang kotor atau jahat lidahnya terhadap suaminya." 



“Perempuan yang datang kepada suaminya dengan muka masam dan mengomil meminta belanka (lebih) atau mengadakannya maka tidaklah diterima Allah amalan perempuan seperti itu.”
(HR : Ahmad dan Abi Hurairah)
Firman Allah SWT yang bermaksud :
"................................................. dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Baqarah : 228
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Ar-Ruum : 21)
Bagaimana pula jika orang lain mendengar kata-kata kasar dair seorang isteri kepada suami atau sebaliknya ? Ia merupakan satu perbuatan yang membuka aib rumahtangga. Membuka aib orang lain. Dalam islam juga menutup aib sesama sendiri adalah dituntut apatah lagi sesama keluarga atau suami isteri.
"Barangsiapa menutupi (aib) seorang muslim, maka Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat.” 
(HR : Bukhari dan Muslim)

Sedarkah para suami, sekiranya anda semua membiarkan isteri anda bersikap kasar, kurang ajar, tidak menutup aurat, tidak bersifat malu dengan orang yang bukan muhrim atau orang luar, membiarkan anda dipandan gdengan aib dan macam-macam lagi, iakan meletakkan anda dalam golongan lelaki yang DAYUS ? Tahukah anda bahawa dayus itu berdosa besar ? (untuk maklumat mengenai dayus, sila klik sini. atau sini)




** Seperti biasa, saya mohon maaf jika tersilap cara atau bahasa. Saya cuma ingin kita sama-sama beringat. Kadang-kadang kita lupa. Bila kita tersilap, kita boleh perbaiki kesilapan hanya jika kita tahu dimana kesilapan kita. Sambil mengupasa topik-topik dalam blog ini, saya telah menemui perkara-perkara yang saya tidak tahu. Alhamdulillah, semoga kita boleh berkongsi ilmu.

Tuesday, June 7, 2011

BUAT BODOH + GARANG + BISING : KOMBINASI YANG MEMENINGKAN KEPALA ....



Sambil duduk-duduk berfikir nak makan apa hari ini, saya teringat satu peristiwa. Saya masa tu berada di rumah orang lain yang menjemput saya dan keluarga makan-makan. Ada jamuan hari lahir anak mereka. Anak mereka yang kecil sekali. Anak-anak yang lain dah besar. Dah ada anak dah......... Anak beranak ni datanglah, tolong masak dan sediakan makanan. Majlis itu akan berlangsung pada malam hari.

Situasi 1 ( perempuan yang macam eksen/berlagak) :

Saya sedang duduk melihat anak-anak saya bermain-main, salah seorang anak tuan rumah sampai dan di sambut gembira oleh adik beradiknya yang lain. Dia naik ke rumah, melihat saya sekali imbas, dan terus buat tak tahu berbual di hadapan saya tanpa menghiraukan saya yang cuba senyum dan hampir menghulurkan tangan untuk bersalam. Walaupun saya cuba juga senyum dan berusaha buat "eyecontact" untuk mendapatkan balasan, dia buat dek aje.... Sehinggalah bapanya menyebut nama suami saya (yang masa tu ada urusan lain dan akan kembali sebelum majlis bermula), barulah dia tanya, oh dia datang eh ayah ? Dengan pantas saya cakap, "saya ni orang rumah dia." Barulah dia nak pandang muka saya. Dan kemudian berbual sedikit. Kalau tak, buat bodoh aje.....

Situasi 2 (isteri garang) :

Sambil menunggu tu, saya terdengar (walau dah elak, tetap terdengar, tak boleh nak tutup telinga), salah seorang anak perempuannya yang baru sampai, memanggil suaminya dengan cara yang amat kasar. Biasanya saya dengar atau lihat di kaca tv saja. Belum pernah saksikan secara "live" lagi aksi macam ni. Bagi saya ini satu pengalaman yang "mengerikan". Begitulah sepanjang saya berada di situ, belum lagi saya dengar dia memanggil suaminya dengan nada hormat atau penuh kasih sayang. Tidak terdengar "abang", "sayang", atau sekurang-kurangnya "awak". Yang saya dengar cuma :

Hoi / orang tua ni / orang gila / razak (bukan nama sebenar)

dan ayat-ayat seperti :

hishh... lembab betul lah orang tua ni / pekak ke apa dia ni...

Macam-macam lagilah..... tak tersimpan pula dalam memori saya. Bila saya dengar semua ayat-ayat atau perkataan yang digunakan, jantung saya macam tersentap, otak saya rasa macam terkejut dan macam-macam lagilah perasaan yang bercampur baur. Ia buat saya rasa tak selesa.

Situasi 3 :

Selepas tamat menonton satu vcd, saya rasa macam lega sikit. Sebab, dalam keadaan yang agak "mentensionkan" itu macam penat pulak tengok cerita yang entah apa-apa. Tiba-tiba, si isteri garang tadi pasangkan pula vcd karaoke dangdut dengan volume yang tak boleh diterima oleh gegendang telinga saya. Dahlah jiwa saya ni tak boleh terima lagu-lagu dangdut indonesia, lebih-lebih lagi dalam keadaan resah gelisah macam tu, ades! Terus saya cabut, dan duduk bersantai di luar.

Jadi sepanjang masa nak tunggu majlis tamat, saya rasa nak balik sangat. Memandangkan tuan rumah adalah antara kawan lama suami yang baik dengan dia, saya hormatkan juga suami, dan tak ada sebut sepatah kata pun, "jom balik bang...". Yelah, nanti kalau kawannya kecik hati, kesian suami saya pula. Banyak lagi perkara yang buat saya rasa "oh! Kenapa aku harus saksikan dan dengar semua ini ?!"

Suami saya yang kemudiannya sampai setelah urusannya selesai, dah mula tanya bila nak makan, kerana dia sudah mula rasa tidak selesa dengan macam-macam lagi situasi yang saya dah malas nak cerita. Padahal dia baru sampai dalam setengah jam. Jadi, bila sudah dijemput makan, kami makan dan balik selepas bersalaman. Walaubagaimanapun, terima kasih kepada tuan rumah kerana hidangan yang mengenyangkan dan sedap.

Cuma, kesimpulannya, saya rasa tak selesa sangat sepanjang berada di sana kerana banyak sangat kelakuan, perkataan, percakapan, sikap, yang kononnya menunjukkan mereka keluarga yang tak kisah, sempoi, sporting sedangkan banyak sangat kelemahan yang boleh diperbaiki.

Bukan saya kata saya lebih baik daripada mereka, tapi mungkin bahasa kasar yang mereka biasa guna tu boleh diselindungkan dihadapan tetamu. Tanpa sengaja, mereka telah membuka keaiban mereka sendiri.

Saya bukan hendak mengaibkan mereka, cuma saya nak kita semua ambil iktibar dari peristiwa yang saya lalui. Banyak persoalan yang timbul dalam kepala saya, seperti :
  • Mengapa tidak menghormati tetamu ? (saya bukannya minta layanan VVIP)
  • Kenapa kasar sangat bahasa dengan suami? Tak tahukah itu semua dosa ?
  • Tak perlulah tayang "kegarangan" anda di hadapan orang luar... bukankah itu mengaibkan suami ?
  • Mengapa suami tak tegas dan biarkan isteri berkasar macam tu ?
  • Kenapa boleh hidup dalam keadan yang sangat "bising" ?
*Maaf jika ada perkataan yang tak sesuai saya gunakan, cuma saya nak kita sama-sama fahami situasi-situasi di atas. Saya cuma doakan, mereka-mereka yang berkenaan akan tersedar dari lamunan, dan sentiasa diberi petunjuk dari ALLAH SWT. Saya juga berdoa semoga saya dan keluarga serta pembaca sekalian dapat menjauhkan diri dari melakukan atau bercakap dengan cara yang tidak disukai Allah SWT.

**Etri akan datang, saya akan sharekan hadis dan ayat Al-Quran yang berkaitan dengan peristiwa di atas.  Entri nni dah panjang sangat ler......

Monday, June 6, 2011

Sejarah "NAFSU".

Setiap hari kita berperang dengan nafsu. Kadang-kadang berjaya, kadang-kadang kalah. Semoga dengan mengetahui sejarah asal kejadian nafsu ini, kita dapat memahami kenapa kita susah nak lawan nafsu dan lebih bijak mengatasi godaannya selepas ini.


Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : 


"Wahai akal mengadaplah engkau." 
Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : 
"Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : 
"Wahai akal! Siapakah aku?". 
Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : 
"Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. 
Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "
Siapakah engkau dan siapakah Aku?". 
Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : 
"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". 
Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : 
"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

TOLONGLAH TENANGKAN JIWA SAYA............

Salam isnin semua..... hari ini tak mau cerita panjang-panjang sebab tengah pening kepala memikirkan masalah yang melanda di pagi hari.

Saya dah pindahkan semua fail dari laptop ke portable hard disk untuk keselamata, tapi bila cuba buka di pc saya, tak boleh pulak. HD tu ada bunyi berpusing, lampu menyala, tapi dalam my computer tak ada detect apa-apa, tak ada keluar baloon, atau ikon pun di menubar bahagian kanan tu....

Oooohhhh.... tolonglah...... merana rasanya............ nak fail tu..... laptop saya dah tak ada........... tinggal portable hd je....... meraunglah saya kalau macam ni................ tolong sesiapa yang ada idea..........tolong lah.......

Friday, June 3, 2011

9 JENIS ANAK SYAITAN

Hari ini saya nak kongsi tentang jenis-jenis anak syaitan yang sentiasa dan akan terus cuba merosakkan hidup kita. Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insya'Allah.


KAMI BERLINDUNG DARIPADA SYAITAN YANG DIREJAMMMM....




Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :


1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.


3. A'awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan  kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).


5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.


6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.


7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.



Semoga dapat menjauhkan diri dari godaan syaitan........Amin.

Thursday, June 2, 2011

AMALAN BIAR SUAMI TIDAK MARAH.......?

Hari ini, saya tergerak bercerita tentang topik ini. Saya dapat idea dari search keywords yang muncul di traffic source blog ini. Saya tak pernah terfikir tentang topik ini sebenarnya.

Suami marah macam mana yang boleh kita elakkan ya ? Antara yang saya biasa amalkan dalam rumahtangga ialah, membaca surah Ash-Syarh (Alam Nasyrah) semasa membasuh sayuran, ikan, beras, memasak dan menghidangkan makanan kepada suami dan keluarga. Surah itu membantu menenangkan hati dan melembutkan jiwa. Tidak lupa selawat kepada Nabi. Serta jangan lupa masuk ke rumah dengan memberi salam dan menyebut nama Allah dan langkah dengan kaki kanan. Jika tidak, kita meberi peluang kepada anak syaitan berikut melakukan kerjanya :

Syaitan Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).


Namun begitu, itu tidak memberi jaminan suami tidak marah. Cuma, ia boleh membantu suami mengawal kemarahannya. Bila kita atau anak-anak buat salah, haruslah kena marah kan ?

Tentang marah suami.

Okay, cerita pasal suami marah. Kita mestilah kenal pasti, apa yang menjadikan suami kita marah-marah, kan? Atara perkara yang sepatutnya menjadi kemarahan suami ialah :

  • Menolak ajakannya bersama tanpa alasan yang munasabah. Sedangkan Sabda Nabi Muhammad SAW, "Tunaikanlah hajat suami sekalipun engkau berada di belakang unta. Jangan berpuasa sunat tanpa izin suami......."
  • Tidak menjalankan tangungjawab sebagai seorang Islam seperti solat, puasa, dan lain-lain.
  • Keluar rumah tanpa izinnya.
  • Tidak menyambut kepulangan suami dengan wajah yang mesra
  • Tidak menunjukkan sikap berterima kasih dan suka mengungkit malah selalu rasa tidak cukup
  • Suka meminta-minta sesuatu yang tidak mampu suami penuhi sedangkan si isteri tahu setakat mana kemampuan suami
  • Suka bercerita hal rumahtangga kepada orang luar
  • Tidak menjalankan tangungjawab sebagai seorang isteri dengan baik

-banyak lagi kalau saya nak senaraikan

Antara perkara yang tak patut menjadi kemarahan suami ialah

  • Isteri yang sakit dan tidak dapat memenuhi kehendaknya. Antara isi khutbah terakhir Rasulullah SAW : "....Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan belemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia....."
  • Ditegur isteri supaya suami menjadi seorang islam yang lebih baik dan biasanya terjadi kepada suami yang suka judi, tidak solat, minum arak dll.
  • Marahkan isteri yang tidak mahu memberikan wang kepadanya lebih-lebih lagi untuk perkara yang sia-sia. Suami tidak berhak meminta wang dari hasil pekerjaan yang dilakukan oleh isterinya apatah lagi dengan cara paksa. Sabda Rasulullah SAW : “Tidak halal harta seorang muslim yang lain melainkan dengan kerelaan hatinya” (HR Imam ad-Daruqutni dari Anas bin Malik). Dalam kitab Maratib al-Ijma’ ada ditegaskan; “Para ulamak telah sepakat menegaskan bahawa tidak halal suami bersedekah dari harta milik isterinya melainkan dengan izin isterinya” (Maratib al-Ijma’, Imam Ibnu Hazm, 1/92).
  • Isteri yang solehah dan taat. Biasa menjadi kemarahan suami yang tidak sedar akan kelebihan yang dia ada.

-pun sangat banyak kalau nak disenaraikan


Kesimpulannya sekarang, kenal pasti punca kemarahan suami. Adakalanya, patut suami marah pada kita, dan adakalanya tak patut. Jadi kalau nak cerita pasal amalan biar suami tak marah ni, kita mesti jelas, adakah kita seorang isteri yang tidak mengabaikan tangungjawab sebagai isteri dan ibu serta seorang muslimah.

Kita sendiri marah jika suami buat perangai, kan ? Mungkin cara kemarahn suami itu yang sebenarnya kita perlu cuba ubah. Jalan yang paling mudah :


  • Diam bila dia sedang marah. (Kadang-kadang saya terkucil jugak bab ni, semoga dapat di atasi.)
  • Minta maaf apabila kemarahannya reda. (saya suka part ni)
  • Bincang bersama bila dia dalam keadaan tenang (pun saya suka part ni, masa nilah kita guna kelebihan kita iaitu kelembutan dan kemanjaan seorang wanita untuk bercakap dari hati ke hati bersama suami. Gunakan bahasa yang mudah tapi lembut supaya dia faham.).


Kalau suami panas baran tak bertempat ? Suami naik tangan dengan isteri ? Okay.... itu topik lain lah rasanya.......... Dah panjang dah entri ni.....