Jumaat, 30 Disember 2011

Isteri pun kena ada ilmu berpoligami ?

Hari ni kita cerita tentang poligami.

Suami yang mahu berpoligami kena ada ilmu poligami. Begitu juga isteri. Kenapa ? Perlu ke ?

Ya, perlu. Sebagai isteri yang dipoligamikan oleh suami, kita perlu tahu hak kita, hak suami dan hak madu kita, juga hak anak-anak. Kita perlu tahu bagaimana menjaga kerukunan rumah tangga. Kita tidak boleh membabi buta marah-marah dalam setiap hal.

Apa-apaun dalam perjalanan hidup kita, perlulah berbalik kepada Allah. Rujuk semula rukun iman. Rukun iman yang terakhir ialah percaya kepada hari kiamat. Jika kita percaya hari kiamat, kita pasti tahu, setiap apa yang kita lakukan akan dikira dan dihisab nanti di depan Allah SWT yang maha adil lagi maha mengetahui.

Jadi, jika kita cintakan Allah, kita cintakan suami kita, tentu kita mahu menjadi yang terbaik kan ?  Bila kita faham tanggungjawab sebagai seorang muslimah, maka akan terlaksanalah dengan baik tanggungjawab sebagai seorang isteri. Ia tidak akan menjadi sempurna, kerana manusia tiada yang sempurna, tapi ia adalah usaha kita yang terbaik buat diri kita dan keluarga kita.

Jangan pernah salahkan hukum yang membenarkan poligami, kerana ia datang dari Allah SWT. Yang membuatkan poligami nampak teruk dan berimej buruk ialah pengamal poligami itu sendiri.

Suami perlu mendalami ilmu poligami dan mengajar kepada isteri. Jika si isteri dapati suami jahil tentang cara poligami tapi tetap mengamalkan poligami, dapatkanlah nasihat dari yang berkenaan, seperi ustaz/ustazah yang baik, jabatan agama, alim ulama.... dan yang terbaik, dalami sirah poligami Rasulullah..... Jika isteri mapu bertolak ansur, suami juga mudah beri keadilan. Jika suami bersikap telus dan jujur, isteri juga insyaAllah mampu beri kerjasama yang baik.

Pemahaman ilmu poligami bukanlah hanya untuk isteri pertama sahaja. Ia perlu difahami oleh setiap isteri.

Pesaan kepada kaum suami :  Jika mahu berpoligami, perkara yang perlu diingat ialah, "di akhirat kelak, lelaki yang menanggung isteri, anak-anak dan saudara perempuannya.

Pesanan kepada kaum isteri : Jangan terus marah-marah bila suami minta izin kahwin lagi. Untung dia mahu minta izin daripada sembunyi. Untung juga kita kerana diberi hari rehat oleh suami selepas itu. Fikirkanlah yang positif, bukan yang negatif sahaja.

Ya, setiap kita pasti mempunyai impian di hari pernikahan, iaitu untuk hidup bahagia bersama suami hingga ke akhir hayat tanpa ada gangguan dari pihak lain. Tapi siapa tahu rancangan Allah SWT ? Masa yang ada untuk suami, hargailah sebaik mungkin.......

Selasa, 27 Disember 2011

Ade2 aje anak mama ni...

Kisah sayeeda (2 tahun)

Sambil menyusukan sikecil Maisarah, saya melayan berbual dengan sayeeda. Dan kononnya saya nak bercerita dengan dia........

"Pada zaman dahulu, ada seorang budak bernama sayeeda." (Saya berhenti) 

Terus pula disambung oleh Sayeeda 

"yang comel. Dia sangat nakal...." 

wah! Ayat sambungannya tu memang tepat. Hehehehe... itulah hiburan yang setiap hari saya dapat dari anak-anak.

Kisah Afiqah (4 tahun)

Sewaktu saya sedang menyiapkan baby maisarah selepas mandi;

Mama, ain nak pakai bedak, biar putih..

Afiqah menyampuk :

Afiqah x payah pakai bedak, muka afiqah dah putih, rambut afiqah dah cantik...

Itulah sebab saya tak suka orang puji Afiqah depan mata dia. Nanti dia kembang semacam. Takut bila dah besar, terlalu obses dgn kecantikan yang sementara....

Kisah Ain (6 tahun)

Mama mainlah Zuma yang nama ain.......

Tak maulah, hari tu mama dah mainkan sampai menang, kenapa ain buat nama baru? Suruh mama menangkan aje, penatlah....bukannya ain yang main sendiri...

Memanglah mama, mama yang selalu tak kasik ain main......macam mana ain nak main ?

Terdiam saya, huhuhu... Memang tak mau biasakan anak-anak dengan game di komputer. 

Saya nak mereka lalui zaman kanak-kanak yang seimbang, bukan hanya dikelilingi baranan elektronik, gadget-gadget dan sebagainya. Teringat zaman kanak-kanak dulu, seronok bermain dengan alam sekeliling, ciptaan Allah yang indah.

Tiba masanya nanti, bolehlah main semua tu..... 

(lagipun anak saya bukannya seorang, ada 7 orang sekarang, kalau dah bagi seorang main, tentu yang lain pun akan tunggu turn, adehh!)

Ahad, 25 Disember 2011

Putus cinta tak mengapa !

Sebulan dua ni, ramai kenalan yang mengadu tentang putus cinta. Lepas seorang, seorang lagi. Semua ceritanya sedih-sedih belaka. Yelah cerita putus cinta, tentulah sedih kan.....

Ramai daripadanya lelaki. Ditinggalkan teman wanita yang dah diletakkan sebagai bakal suri di dalam hati. Bila sebelah pihak bersungguh, sebelah lagi pula yang tak pasti. Mengapa kes putus cinta ni berlaku ? Apa yang saya lihat, ada beberapa sebab. Antaranya :

Cuba-cuba.
Usia yang muda membuatkan hati mudah rasa teruja. Tanpa menyedari ia mampu menghiris hati pihak yang satu lagi bila hati dah jemu.

Mangisi kekosongan hati
Sekepas ditinggalkan kekasih lama, kebiasaannya hati mudah berasa sunyi. Kehadiran orang baru membuatkan diri rasa seronok kerana ada peneman. Sayangnya, di dalam hati sebenarnya tidak benar-benar serius dengan hubungan tersebut. Bila pasangan mengajak untuk ke langkah yang setersunya, baru timbul kesedaran yang dia tidak benar-benar suka.

Tidak terima kekurangan dan tidak mahu berubah
Benar-benar cinta, tetapi, ada sifat-sifat pasangan yang tidak dapat diterima. Tidak menepati citarasa. Rela melepaskan cinta asalkan tidak terseksa. Maing-masing tak mahu berubah.

Hmmm...... sebenarnya, banyak lagi sebab yang kita boleh senaraikan. saya pernah juga bincangkan dalam post saya yang lalu, Cara dan doa hadapi kecewa dan putus cinta. Sebenarnya, semua perkara di atas tidak akan terjadi jika berbalik mengikut Islam. Bagaimana ?

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia."

Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.

Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia." Inilah yang perlu kita praktikkan. Bukan diaplikasi kepada wanita sahaja. Wanita yang ingin menerima jodoh juga, boleh menggunakan hadis ini sebagai rujukan.

Orang akan kata, mana ada lagi perempuan / lelaki macam tu sekarang...kalau ada pun susah nak jumpa. Betul. Tapi kita nak atau tak ? Untuk dapatkan yang baik, persiapkanlah diri kita. Layakkah kita mendapat seorang yang baik tetapi kita sendiri tidak baik. Terjagakah dia nanti ?

Bukan boleh kita terus menjadi orang yang alim atau warak. Untuk menjadi alim, perlu terus-terusan menimba ilmu. Untuk menjadi warak, Allah sahaja yang tahu. Itu semua memang bukan di bawah kekuasaan kita. Namun cukuplah niat kita mahu menjadi muslim/muslimah yang baik. Disertakan pula dengan perbuatan dan pemikiran yang menjurus ke arah mencari keredhaan Allah. Allah pasti memberikan yang selayaknya untuk kita.

InsyaAllah, buat adik-adik akak dan kawan-kawan yang putus asa kerana cinta, itu tak mengapa. Asalkan kita tidak berputus asa mendapatkan kasih sayang Allah. Mencari redha Allah lebih utama dari mengejar cinta manusia. Percayalah kepada Allah. Itulah rukun iman kita yang pertama. Maka wajiblah kita percaya sepenuhnya bila kita mengaku sebagai hambaNYA.

Wallaualam.

Manfaatkan ilmu

Tak sempat nak buat entri, jom kita dengar ni, semoga bermanfaat....




Sabtu, 24 Disember 2011

apakah nanti yang akan menanti aku ?

2011 semakin sampai ke penghujung
Tahun yang penuh cabaran dan dugaan,
walau bagaimanapun, tetap kutemui kemanisan
Allah itu Maha Adil
Ditarik nikmat di satu sudut,
DIA berikan nikmat lain di sudut lain
di sebalik setiap tangisan,pasti ada tawa,
di setiap kedukaan, pasti ada gembira

Kehidupan yang sementara ini,
kadangkala amat memenatkan bagi yang tidak bersabar dan yang tidak bersyukur
Saya juga sesekali termasuk ke dalam golongan itu.
Syukur masih diberi peringatan oleh NYA..

Lelah sungguh rasanya mengadap dunia yang semakin membingitkan
Ketenangan itu seakan jauh hilang...
Mudah juga hilang sabar bila yang dirancang menjadi sebaliknya..
marah juga dengan diri sendiri bila tidak dapat melakukan sesuatu mengikut kemahuan

Namun bila terduduk dan bersujud,
sedarlah aku,
aku hampir saja menjadi golongan orang yang tidak redha

Allah itu ada
Maka pasti aku juga terjaga.....

2011 berakhir hanya untuk membari laluan kepada 2012
apakah nanti yang akan menanti aku ?

Apa jua, akan ku redha.....

Bab malu.

Bila kita cerita bab malu ni, ia sebenarnya sangat luas. Biasa kita akan ajar anak-anak kecil yang berlari ke sana ke mari dengan tidak berpakaian dengan cara begini :

"Eeee...tak malu.... nampak tuu.... Tak malu....."
Dari kecil dah di ajar tentang malu. Tapi tidak diajar sehingga tamat ilmu malu itu.

Malu bila buat salah, malu bila kena marah, malu bila baju tak cantik, malu bila dipanggil bodoh, malu bila dihina, malu bila dikutuk. Itu semua sebenarnya perkara kecil yang datang bila kita tidak malu kepada satu perkara yang besar iaitu :

Malu kepada Allah dan diri sendiri.

Bermulalah dari awal. Malu kepada Allah. Allah sentiasa melihat kita. Sebelum berbuat sesutu kesalahan, malulah dulu kepada Allah. Bila kita benar-benar dapat rasa persaan MALU KEPADA ALLAH, yang lain-lain akan datang dengan sendirinya. Tidak perlu kita risau, ia pasti dikawal selia dengan baik oleh Allah.

Malulah bila kita tidak menutup aurat. Malulah bila kita tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik kepada Allah. Malulah bila kita berbohong. Malulah bila mencuri. Malulah bila melawan orang tua. Malulah bila berkasar dengan suami. Malulah bila terlebih marah kepada anak-anak. Malulah dalam segala hal. Malu itu sangat penting untuk membentuk peribadi muslim.

Malu itu adalah pakaian wanita. Jadi, kita kaum wanita, perlu menghayati malu dalam ertikata sebenar.

Jumaat, 23 Disember 2011

hiburan semata2.....hihi!

*TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU YANG TELAH MENINGGAL DUNIA*

Jejaka duduk sendirian, tersandar kepenatan. Letih betul hari ini. Tak sempat berehat. Terkejar kesana kemari. Ah! Belum lagi mendatangkan hasil. Ke mana agaknya dia pergi ? Puas juga pusing keliling kampung. Panjat pokok, daki bukit, ikut denai, seberang anak sungai, masih tak jumpa!

Alamak, hari dah nak gelap. Kesian Sayang. Jejaka dah cari, tapi tak jumpa. Sayang merajuk dengan jejaka ke? Jejaka tak sangka kata-kata jejaka tadi buat sayang tersinggung.... Tolonglah pulang sayang..... Jejaka tak boleh tidur selagi tak jumpa sayang....

Usai solat isyak, jejaka keluar membawa lampu suluh.

Jejaka mesti cari sayang sampai jumpa. Kalau nak lapor kat balai, malulah jejaka! Sapa nak tolong jejaka! Jejaka yang salah.... Orang tak patut tahu sayang merajuk sebab jejaka punya kata-kata. Mana sayang ni.....

Selepas 3 jam mengelilingi kampung, akhirnya jejaka pulang jua.... Tersandar lagi di tepi pintu. Airmata mengalir......Tiba-tiba jejaka terasa ada kehangatan di belakang badannya. Di menoleh dan melihat dengan keadaan yang hampir terlompat kegembiraan.

Sayang abang ! Dah balik !Maafkan abang sayang, abang janji tak buat lagi. Abang janji takkan panggil sayang NEGRO lagi, walau pun badan sayang hitam keseluruhan dari kepala sampai kaki.....  Jangan merajuk lagi yer.....

Miaaaoooowww... sayang menggesel-geselkan badannya ke tangan jejaka....... Malam itu, jejaka tidur dengan senyuman.....

Rabu, 21 Disember 2011

Shoutmix tidak lagi percuma.....bayor2 !

Ye, siapa yang gunakan Shoutmix untuk chatbox mereka, ia tidak lagi percuma... jadi bayarlah yer, pilihlah pakej yang anda suka. Macam saya, belum ada bajet nak bayar shoutmix tu, jadi sementara lum bayar tu, saya tukar kepada cBox je.... sama je kan...



itu ajelah berita ringkas dari saya tengah hari ni yer.... Maisarah ku udah menagis tu... Assalamualaikum...

Perlu jadi baik untuk jumpa orang baik

Semalam teringat pesanan suami semasa awal perkenalan dulu, masa tu, cinta belum berputik, hehe.... Katanya, kalau nak jumpa orang baik, kita kena jadi baik dulu. Macam senang bunyi dia kan. Tak mudah, kerana semuanya bermula dari hati.

Bila kita nekad mahu berbuat baik, adakalanya kita tergugat dengan ujian di sepanjang perjalanan. Merubah diri dari yang dulu, kepada yang baru, untuk menjadi yang lebih baik, bukan hanya yang terlihat, tetapi lebih kepada yang tidak terlihat.

Saya letakkan diri saya sebagai contoh. Dari dulu saya memang seorang yang baik. Ye, baik. Tak mencuri, tak clubbing, tak minum arak, tak suka bergaduh, tak suka cari musuh, tak suka lepak-lepak tepi shopping kompleks.

Namun, selain baik dari segi luaran, hati saya belum cukup baik. Saya sangat mudah dalam segala hal, terutama yang berbentuk hiburan. Hati saya suka mencari hiburan. Hiburan dunia. Maklumlah, jiwa remaja. Jelas mudah segalanya bagi saya. Mudah mendapat kawan yang sehati dengan saya. Mudah mendapat jalan yang menghibur jiwa saya. Namun jiwa yang kosong semakin jelas dengungnya bila dijerit di dalam kotak jiwa itu.

Bila saya pulang ke pangkuan keluarga, saya jauh dari kehidupan yang penuh hiburan dunia itu. Tapi cuma sebentar, bila sudah mula dapat pekerjaan, saya masih ditemukan dengan orang yang tahap "gila-gila" nya itu sama dengan saya. Saya berhibur bukanlah sampai masuk kelab dan sebagainya... Cuma saya kurang memperhatikan amalan saya. Hanya semak jadual waktu untuk yang 5 waktu sahaja. Bahgian lain, entah di mana. Sehinggalah satu masa.....

Entah dari mana datangnya, yang pasti Allah yang telah memberi petunjuk. Saya rasa letih, penat dan lemas hidup begitu. Ketawa, tapi bila susana sunyi, jiwa tak keruan, hati tak tenang. Di mana sebenarnya saya di dunia ini ? Ke mana tujuan saya sebenarnya ? Hanya bila saya tersedar, saya mampu menjauhi semua itu. Saya mahu mengubah hati, lalu saya berusaha mengubah cara berfikir.

Saya kuatkan hati untuk menjauhi suasana yang bising dan lagha. Saya kuatkan hati untuk menghindar dari bergaul dengan mereka yang membawa saya ke dunia lagha. Tidak lah saya memutuskan silaturrahim, cuma saya tidak lagi mengikut aktivit di luar selain urusan kerja. Selain itu, saya diam di rumah.

Dipendekkan cerita, selepas menjaga hati, menjaga pemikiran, saya sering ditemukan dengan orang yang banyak membimbing saya dalam hal-hal menjaga hati dan agama. Saat itu jugalah saya ditemukan dengan suami saya sekarang.

Dan sehingga ke saat ini, saya rasa, orang yang berada di lingkungan harian saya hanyalah orang-orang yang membawa saya ke arah yang lebih baik...InsyaAllah.....

Selasa, 20 Disember 2011

Lega rasanya...Syukur Alhamdulillah....

Alhamdulillah, tengah hari tadi ambil pc untuk pejabat. Lega rasanya dah dapat semula workstation tu. Pc tu penting untuk kerja-kerja dokumentasi saya. Agak pening bila masuk ofis tapi tak boleh guna pc.... huhuhu.....

Saya rasa tahun ini adalah antara tahun yang sangat menguji ketabahan saya sebagai seorang hamba Allah. Dugaan yang datang seperti serupa dengan tahun-tahun yang lalu, tetapi ia sebenarnya lebih dahsyat. Apa yang berlaku biarlah saya simpan sendiri. Bukanlah ia cerita yang perlu saya heboh-hebohkan.

Namun apa yang saya syukuri di sini, saya semakin hari semakin tabah. Likuan yang saya lalui, meskipun semakin sukar, semakin licin dan tajam batuannya, semakin berhati-hati dan semakin rasional saya melaluinya. Namun saya tetap juga menyerahkan segala urusan saya kepada yang MAHA PERANCANG DAN MAHA BERKEHENDAK.

Diwaktu seperti ini, saat-saat saya berhadapan dan bertemu dengaNYA, semakin saya hargai, semakin saya rindui. Hanya di hadapan DIAlah saya mampu menangis semahunya. Hanya di hadapan DIAlah saya mampu mencurahkan segala isi hati saya, tanpa perlu memikirkan kesannya. Saya sangat pasti, di akhir likuan saya nanti akan ada denai yang sangat indah, dan diseberangnya ada hamparan rumput yang menghijau buat saya berehat dalam ketenangan.

Oleh kerana dugaan yang Allah berikan, saya bersyukur kerana saya telah menjadi orang yang lebih menghargai masa, kasih sayang, kepercayaan dan keimanan. Saya rasa sangat lega bila memikirkannya....Alhamdulillah, syukur ya ALLAH.

Khamis, 8 Disember 2011

DUIT! DUIT! DUIT!

DUIT. Penting sangat ke duit ? Kalau kita lihat dari kita lahir, sampai sekarang, semua gunakan duit. Baju-baju yang kita pakai, makanan yang kita makan, tempat tinggal kita, pelajaran... semua memerlukan duit. Bukan mudah nak kata yang duit tak penting dalam hidup.

Di malaysia ni, kalau kita tidak berduit, apa yang boleh kita makan ? Bila tidak berduit, tentulah tidak ada tanah sendiri. Yelah, kalau ada tnah sendiri, boleh juga buat cucuk tanam untuk makan sendiri sekurang-kurangnya. Kalau menjadi, boleh di jual untuk cari pendapatan lebih.

Mahu ke hidup bergelap ? Sanggup ke tinggal di hutan ? Ambil air di sungai ? Duit itu satu keperluan yang sangat mustahak. Dengan duit macam-macam boleh jadi. Kerana duit pun, macam-macam boleh tak jadi.

Bila jadi hamba duit, kita tidak akan rasa cukup dengan duit yang kita ada. Bila kita sedar duit itu hanyalah keperluan dunia yang sementara, kita pasti tenang bila di duga dengannya.

Kalau di duga dengan duit, mampukah kita bertahan ? Masa kita senang dan berduit, orang pinjam duit kita. Bila tiba kita susah, si penghutang tidak dapat pula memulangkan duit kita. Kita boleh buat apa ? Tak kan nak jadi Ah Long ? Masa susah, bukannya boleh tiba-tiba kita minta sedekah. Kudrat empat kerat yang Allah beri masih ada. Diusahakanlah apa yang boleh. Kemampuan tu, mintalah dari Allah.

Yang jadi sedih, bila suami dan isteri berpisah kerana duit. Keluarga kucar kacir kerana duit. Seharusnya kita malu pada Allah. Kita patut sedar, sepatutnya kita yakin dengan Allah. Yakin yang sebenarnya, tanpa duit kita boleh hidup. Itulah sifat orang yang zuhud. Orang yang tidak memandang harta dunia.

Orang akan kata, "Mana boleh hidup kalau tidak ada duit zaman sekarang ni ?"

Allah itu Maha Segala-galanya. Dia ada cara tersendiri, yang kita makhluk tidak mungkin faham. Ya, saya akui, kita sangat perlukan duit, untuk meneruskan urusan di dunia. Tapi, untuk menempatkan diri di tempat yang baik di akhirat, bukan duit, tapi keyakinan kita kepada Allah itu penting.

Terpulanglah kepada penerimaan masing-masing.

Selasa, 6 Disember 2011

Bila nak habis ye ?

Assalamualaikum semua.... Hari ni, dah 35 hari ayu berpantang.... Tadi dah pergi ofis... biasalah, ayu kalau pergi ofis memang bawa anak-anak kan.... Tapi sekarang musim cuti sekolah, jadi, ayu cuma bawa baby je, yang lain duduk di rumah dengan kakaknya. Dah siap di masakkan awal pagi lagi.

Aduh, letih. Yelah, lain anak lain ragamnya. Baby yang baru ni, Maisarah, amatlah sangat manjanya, (bongsu kot), tak boleh lama ditinggal, menangis saja. Kalau jenis nangis ala-ala romantik tak apalah kan, tapi, ni jenis terus nyanyi lagu rock aje. Terperanjat terus mama ni. Kelam kabut jadinya bila dengar suara dia menangis. Bila masuk ofis, kepala jadi 'mengong', dan tak tau nak buat apa dulu. Makan pun ala-ala orang diet. Padahal lapar sangat.

Sarapan Nesvita pukul 10.30 pg. Nasi lemak yang di bawa buat bekalan makan tengahari dapat dimakan 5-6 suap aje, itu pun pukul 4.00 ptg. Melayan Maisarah dan cuba mengatur kerja yang tak tahu mana satu nak buat tu....Semoga hari esok kan berjalan dengan jayanya.

inilah maisarah

Semoga semua ni tidak menghalang saya aktif semula berblog! Tak sabar nak habis pantang !

CERPEN : SEDIKIT BADAI

“Besarnya perut awak kali ni ye yang…”
“A’ah bang, bayangkan, hari tu baru 8 bulan dah 2.2 kg anggarannya… Esok check up, entah berapalah berat anggarannya nanti……anak yang dulu-dulu tak macam ni….sakit pinggang ni ha…..”
Amar senyum memandang ke arah ku. Aku mengerti senyumannya. Dia gembira. Keluarga kami semakin membesar. Dia sudah punya tiga orang anak perempuan dari perkahwinannya sebelum ini. Isterinya meninggal dunia lebih kurang 12 tahun lalu. Bersama aku, kami telah dikurniakan dua anak perempuan. Aku dan dia hidup tenang  bersama semua anaknya di dalam satu rumahtangga yang normal. 

Aku Ingin Pulang PadaMU

Pagi ini,
Ku tatap wajah suami tercinta,
tergambar kepenatan, keletihan mengharungi hidup seharian,
aku sendiri lelah menghadapi semua,
aku seakan ingin pergi jauh dari kenyataan,
ingin berbulan madu bersama suami,
meninggalkan segala nyata dan bergembira.

Tapi indahnya jika ia adalah untuk selamanya,
kerana pasti kita akan kembali dari mimpi,
dan segala yang ditinggal tadi kembali,
meminta masa, pengorbanan, pengertian, KESABARAN,
penelitian, perhatian,
dan segala kudrat yang ada.

Ya Rabbi,
Kadang kala,
airmata ini tiba-tiba jatuh berderai,
dan tidak dapat dihentikan,
kerana tidak terdaya menanggung cubaan,
ingin melepaskan berat yang tersekat di dada,
perasaan meronta-ronta seakan ingin menjeritkan kekecewaan.

Ya Allah,
Ampunkan aku
kerana aku seakan penat menerima dugaanMU.
aku sedar,
KAU hanya menduga hambaMU dengan dugaan yang mampu kami tanggung,
Aku seharusnya bersyukur,
Kerana sayangMU masih ada padaku,
Namun saat ini,
aku benar-benar rasa tidak mampu,
tidak tertangung,
Mungkin kerana EGO aku sendiri.

YA ALLAH YA RAHMAN,
Amat mudah mengucapkan,
Namun terlalu sukar melaksanakan.
Pinjamkan aku kesabaran,
buangkanlah rasa cinta dunia yg masih manggunung ini,
Kerana aku pasti,
Cinta padaMU sahaja yang memberi balasan indah,
dan aku juga amat pasti,
masih jauh lagi untuk aku mencapainya,
KAU bawalah aku ke dalam cintaMU ALLAH,
Padamkanlah titik hitam dihatiku,
Aku ingin segera pulang padaMU,
Selepas selesai semua urusan yang KAU amanahkan kepadaku.

Ya Rabbi, Ya Rahman, Ya Latif.............

Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?

Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN

Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.

Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.

Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.

Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.

Terima kasih.