Isnin, 25 Julai 2011

CONFIRM KE MASUK SYURGA ?

 Itulah antara ayat yang pernah didengarkan di telinga saya.... Bila ayat tu di sebut? oleh siapa ?

Disebut oleh seorang gadis yang tak bertudung kepada seorang gadis yang bertudung, dan diceritakan kepada saya oleh seseorang.

Sebenarnya, itu adalah antara perkara biasa yang terlintas di fikiran hamba-hamba Allah yang tidak berfikiran jauh.

Sedarlah. Mentutup aurat itu adalah kewajipan. Menutup aurat pula tidak memberi kita jaminan masuk ke syurga. Tetapi, jika kita melakukan apa sahaja dalam dunia ini kerana Allah, kita pasti tidak fikirkan syurga atau neraka. Kita cuma fikirkan dan harapkan keredhaan Allah sahaja.

Habis tu ? Tak nak masuk syurga ke ? Mungkin ada yang tertanya-tanya.

Setiap perkara yang telah diperintahkan seperti solat, puasa, zakat, pergi Haji ke Makah, menutup aurat, menuntut ilmu dan lain-lain akan menjadi ibadat jika kita melakukannya kerana Allah. Malah, setiap pekerjaan baik yang kita lakukan, jika diniatkan kerana Allah, juga akan jadi ibadat. Ke syurga atau tidak jika kita berniat begitu ? Semuanya atas izin Allah SWT.

Allah sahaja yang berhak menentukan siapa yang akan ke syurgaNYA dan siapa pula yang akan ke nerakaNYA. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.


Berapa banyak pahala yang kita dapat, ke syurga mana yang akan kita pergi, berapa banyak dosa yang telah kita kumpul, dan adakah kita akan menjadi penghuni neraka...... itu semua dalam lingkungan pengetahuan ALLAH SWT. Tak perlu kita persoalkan. Kita sebagai hambanya hanya ditugaskan untuk beribadat dan bersyukur, serta menjadi khalifah yang membawa islam di bumi Allah ini.


إِنَّ صَلَاتِيۡ وَنُسُكِيۡ وَمَحۡيَايَ وَمَمَاتِيۡ لِلَّهِ رَبِّۤ ٱلۡعَالَمِيۡن

Ya Allah, sesungguhnya solatku dan ibadahku, dan hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan Semesta Alam.

Bukankah itu yang kita baca setiap hari dalam solat kita ? Hayatilah ayat itu dengan sebenar-benarnya.

Allah telah mengajar kita bagaimana menjadi hambaNYA yang terbaik di dalam solat kita. Setiap perkara yang dilakukan, atau perkataan yang kita lafazkan, biarlah kerana Allah.

Ya Allah, aku tidak layak untuk syurgaMu, namun tak upaya menghadapi api neraka Mu..........

Jumaat, 22 Julai 2011

AISKRIM NANAS --- SEDAP !



Nampak sedap tak ? Buat lah sendiri senang aje...... Saya dapat pun dari seseorang yang suka berkongsi resepi di  My Resepi.com ---> YANI. Resepi dari puan yani ni sedap-sedap tau ! Tapi maaf ye puan Yani, saya ubah sikit mengikut bahan yang ada dirumah sahaja. Sebab saya sebenarnya tak tahu nak buat apa dengan nenas madu yang seorang kenalan berikan. Bila jumpa resepi ni, saya pun cubalah ! Hasilnya memang sedap!

Bahan2 :

Nanas 1 biji (saiz kecil)
1/2 cawan Jus lemon (saya guna jus lemon : sunquist)
3/4 cawan Gula
Air sejuk (dari dalam freezer)

Potong dadu buah nanas
Masukkan ke dalam blender bersama jus lemon, dan gula.
Masukkan air sejuk cukup untuk blender semua bahan. tak perlu banyak sangat.
Masukkan dalam bekas dan simpan dalam icebox.

Bila sudah beku, belnd sekali lagi, kemudian simpan semula di dalam icebox.
Ulang 2-3 kali, sehingga dapat tekstur yang halus......

Bila dah dapat tekstur yang memuaskan hati anda, bolehlah anda nikmati aiskrim nanas buatan anda !

Saya nak cuba buat dengan buah lain pula... mungkin mangga ke..... mesti sedap kan !

JOM LIHAT KEBESARAN ALLAH SWT

Hari jumaat yang mulia ni, jom kita muhasabah diri. Betapa besarnya anugerah Allah dan betapa indahnya ciptaan Allah SWT. Kita sendiri hari ini telah diberikan masa tambahan untuk mengecapi nikmat dan pemberian dari ALLAH. Nyawa yang kita ada, kesihatan  yang kita rasa, pancaindera yang berfungsi seperti biasa, adalah antara sebab kenapa kita WAJIB sentiasa bersyukur......

Disini, saya nak kongsikan gambar-gambar yang saya ambil dari www.avoza.com , yang mana menunjukkan kekuasaan Allah menciptakan alam ini. Ada banyak lagi jenis gambar yang akan membuka minda kita tentang kekuasaaan Allah SWT di avoza.com. Jom kita hayati sama-sama !








Rabu, 20 Julai 2011

Kemana Hilangnya Malu ? Atau dah hilang kemaluan ?

Tajuk entri yg agak geram..... Sebenarnya saya sangatttt.... terkejut. Rancangan saya, cuma nak tengok sekejap saja cerita kawan-kawan di FB, dan lepas tu nak sambung kerja yang berserabut dalam kepala ni, tapi ternampak dua account FB dari dua orang budak perempuan melayu yang sangat lucah. Hilang idea saya.

Gambar pic profile nya, bukan setakat mendedahkan aurat yang biasa kita tengok di tepi jalan, tapi, yang biasa di tayangkan di laman web porno ! Dan mereka juga tidak segan silu meng "up kan status " yang sangat lucah di wall FB mereka.

Saya tahu, perkara itu bukan baru terjadi... tetapi saya terkejut sebab saya terjumpa sendiri. Sebelum ni, saya banyak dengar saja.

Mana maruah mereka semua ? Dalam hati dan jiwa dah dirasuk nafsu ! Saya tak tahulah, itu gambar badan mereka sendiri atau orang lain, tapi mereka memang jelas tidak ada malu lagi. Agaknya, kalau keluar rumah boleh telanjang bulat, oarang macam mereka dah buat !

Maaflah, bahasa agak kasar kali ini, tapi, nampak sangat, walaupun banyak perkara berfaedah boleh dibuat dengan duania IT ni, tapi ramai sangat yang pilih perkara yang tak elok dan tak ada faedah langsung. Saya tak hairan kalau orang yahudi yang buat, atau senang cerita, kalau orang bukan islam yang buat.....

Tapi yang menyedihkan, nama nya siap ada "SITI" lagi....... tak payahlah saya bagitahu siti apa kan....

Untuk anak-anak semua......juga adik-adik.... juga rakan-rakan.... selagi malu masih ada dalam diri kita, bersyukurlah, kerana walau sedikit iman kita masih ada, tapi kalau dah tak ada malu langsung........ maksudnya, iman kita telah hilang entah ke mana.......

Adik-adik dan anak-anak, kasihanlah pada ibu bapa... dan kasihanlah pada diri sendiri... Allah jadikan kita ini sangat mulia kedudukan di antara makhluk, jangan lah letakkan diri kita sdi bahagian yang paling bawah...... hargailah agama ISLAM yang diwariskan oleh ibu bapa, pupuklah iman kita, semoga hidup kita lebih sejahtera di dunia dan bahagia di akhirat.....

MAAF YER ..!

Salam semua... semoga hari-hari yang dilalui semakin banyak memberikan impak positif dalam diri kita semua.... Maniskna kurma itu...! Hahahaha Sepah punya demam tempias sikit....

Ok, maaf lah. Puan ayu tersangat lah sibuk melayan tugas seharian sehingga tak sempat nak menjenguk blog kawan-kawan dan blog sendiri juga ! Habis blog ni, dah macam rumah tinggal... tapi yang buat saya terharu, ada juga orang menjengah blog ini walaupun dah sebulan tuan rumah sendiri tak masuk !

Ok, petnag sikit nanti, saya akan buat entri untuk makanan yer. tengah refresh balik otak ni..... jangan merapu pulak,nanti, orang singgah sini, bukan jadi tenang, tapi jadi bengang ! Ok, nanati saya sambung celoteh ye....

Salam sayang semua.....

Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?

Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN

Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.

Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.

Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.

Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.

Terima kasih.