Batu belah, batu bertangkup, tangkuplah aku, telanlah aku, aku kempunan telur tembakul....
Antara bait-bait kata yang popular dari cerita lama, kisah seorang ibu yang kecewa kerana tak dapat makan telur ikan tembakul.
Ramai yang menggunakan cerita ini sebagai pengajaran supaya si anak jangan tamak.
Ada juga yang mempersoalkan, mengapa si ibu bertindak terlampau, hanya kerana telur, sanggup tinggalkan anak-anak...
Pernah tak kita terfikir versi lain cerita ini? Apa akan jadi, kalau si anak tak makan telur itu ? Ibu akan makan dengan seronoknya semua telur yang sedikit itu.... Iyakah?
Pandangan saya sebagai seorang ibu :
Ibu akan makan dahulu sedikit, kemudian akan dibahagi-bahagikan kepada anak-anaknya, walau seorang sedikit, asalkan sama-sama merasa. Tak mungkin rela ibu melihat anaknya terkulat-kulat menelan air liur, sedang ibu puas hati, menghabiskan telur ikan tembakul itu.
Sebenarnya, apa yang cuba disampaikan ialah, TANDA INGATAN.
Ibu kecewa berlari ke batu belah batu bertangkup kerana terlalu sedih, bersusah payah si ibu berusaha mendapatkan makanan untuk hari itu, dalam keadaan kehidupan yang dhaif, namun tidak terkesan langsung di hati seorang anak.
Ya, mungkin kita patut ambil kisah tentang umur PEKAN yang masih kecil, mungkin tidak mengerti akan erti BERKONGSI atau HORMAT. Dia tentu fikir, pasti telur itu lebih sedap.
Tapi hati ibu, kadang-kadang kita lihat tenang, namun sebenarnya bergejolak.Lalu bila salah sedikit,, terus karam...kekecewaan.
Melor mungkin perlu lebih tegas, atau, lebih mudah untuk makan bersama ibu. Tunggu sehingga ibu siap membersihkan diri, lalu makan bersama.
Apapun, entri ini sekadar mengajak kita berfikir, sejauh mana ibu kita letak di dalam hati kita, dalam kehidupan kita, dalam ingatan kita. Sedang seorang ibu, tak kan pernah lupa anaknya.
Walau dia telah membuangnya, walau dia kata dia tak mahu lagi anaknya. Semua itu dusta.
Kandungan yang keguguran saja tak mampu aku lupakan.... inikan pula anak yang aku besarkan......
************************************
Agaknya, kalau adalah batu belah batu bertangkup, berapa ramai ibu dah masuk dalam tu zaman sekarang ya ?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?
Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN
Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.
Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.
Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.
Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Apa kata anda....