Isnin, 11 Februari 2013

Aurat dan Malu


Aurat itu apa ?

Dari segi bahasa aurat bermaksud setiap benda (anggota) yang dilindungi manusia kerana malu apabila kelihatan. Makna lainnya adalah kecacatan dan kelemahan.

Dari segi syarak ialah semua anggota yang wajib ditutup atau haram di pandang. Atau sebahagian anggota tubuh badan manusia yang malu apabila dilihat orang.

Malu atau dalam bahasa Arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’ yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”

Pakaian yang mudah untuk menjaga aurat dan menjaga malu ialah pakaian yang boleh dipakai untuk solat. Tidak semestinya telekung. Selain telekung ialah :

*Baju yang longgar dan labuh melebihi punggung

*Seluar atau kain yang longgar dan labuh tapi tidak terseret.

*Tudung yang melepasi paras dada BUKAN di atas dada. Dibahagian tepi tudung juga perlu diperhatikan kelabuhannya pastikan menutup bahagian tepi dada.

*gunakan fabrik yang tidak jarang atau terlalu nipis hingga boleh ternampak warna kulit atau bentuk tubuh

*Pakailah stokin dan sebaiknya yg lebih gelap dari warna kulit.

*Jika lengan baju longgar, gunakan kaf tangan yg menutup sehingga pergelangan tangan.

*jika memakai kain atau jubah, pakailah seluar yang panjang dan longgar untuk melindungi aurat kaki.

♥ Menutup aurat itu menunjukkan sifat malu. Rakan-rakan yang baik semua, saya pasti kita ada sifat malu. Malu itu sebahagian iman. Malu lah kita dengan Allah, pasti kita akan malu dengan dunia...InsyaAllah.....


2 ulasan:

Apa kata anda....

Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?

Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN

Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.

Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.

Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.

Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.

Terima kasih.