Ahad, 1 Disember 2013

FEAR FACTOR KHALID AL WALEED

Assalamualaikum.. dah lama tak mengarang di blog kesayangan ini. Hari ini nak cerita tentang fear factor. Rasanya saya pun dah lama tak menonton rancangan Fear Factor atau yang seumpamanya.

Kenapa ada rancangan macam tu? Untuk kita mengatasi ketakutan ke atas sesuatu? Untuk apa ? Supaya kita dapat teruskan perjalanan tanpa rasa gentar dan rasa lebih yakin.

Apa pula dengan Saidina Khalid Al Waleed?

Dari pembacaan sejarah Islam dan rujukan dari beberapa sumber, kita tahu tentang siapa Khalid Al Waleed. Sahabat Rasulullah ini adalah seorang wira Islam yg mendapat gelaran Saifullah. Benar sekali, beliau ialah PEDANG ALLAH dan telah membawa kemenangan demi kemenangan kepada Islam dalam peperangan dengan Izin Allah. Beliau sangat berani hingga kehadiran beliau menjadi kegerunan setiap musuh Islam dalam peperangan.

Namun apakah sebenarnya FEAR FACTOR bagi Khalid Al Waleed ? Kiranya kita berada ditempatnya, peratusan mengatasi faktor itu amat tipis.. tetapi tidak beliau...

Sebaik memeluk  Islam, setiap muslimin pasti akan mendalami Al-Quran. Begitulah yang dilakukan Khalid Al Waleed.  Berapa ramaikah antara kita tahu tentang kisah Al Waleed iaitu bapa Khalid yang diceritakan di dalam Al Quran ? Siapakah Al Waleed ini ?

Al Waleed adalah antara pembesar di Kota Makkah yang menentang dakwah Rasulullah. Terkenal dan amat dipercayai sebagai orang yang bijaksana dalam berkata-kata di antara para pembesar. Al Waleed telah di pilih untuk menawarkan Rasulullah SAW pelbagai pilihan antaranya menawarkan kuasa dan juga wanita-wanita untuk meninggalkan dakwah. Namun dengan baik dan bijaksana, Rasulullah SAW telah membalas ajakannya itu dengan membacakan ayat-ayat dari surah Al Fusilat. Ayat-ayat yang membuatkan Al Waleed terpegun dan mengakui bahawa Rasulullah membawa kebenaran.

Namun setelah berhadapan dengan semua pembesar Makkah yang menanti berita dari hasil pertemuannya dengan Rasulullah, Al Waleed yang awalnya mengakui kebenaran Rasulullah telah menarik balik pengakuannya demi pengaruh dan kehormatan dari kaumnya. Dia yang telah mengakui kebenaran menutup pula kebenaran itu.  Kerana itu, turunlah ayat Al-Quran menceritakan tentang ini di dalam surah Al Mudassir yang bermaksud :

{Janganlah engkau bimbang wahai Muhammad} Biarkanlah aku sahaja membalas {orang yang menentangmu} yang aku telah ciptakan dia seorang diri {tidak berharta dan beranak-pinak}.
Lalu aku jadikan baginya harta yang banyak serta anak-pinak yang ramai yang sentiasa disisinya. Dan aku mudahkan kepadanya mendapat kekayaan dan kekuasaan dengan semudah-mudahnya.
Kemudian dia ingin sangat untuk Aku tambah lagi. Tidak sekali-kali akan ditambahi. Sesungguhnya dia telah menentang dengan degilnya ayat-ayat Kami {Al Quran yang disampaikan oleh Rasul Kami}.
Aku akan menyiksanya dengan azab yang memuncak beratnya. Kerana sesungguhnya dia telah memikirkan dan mereka-reka berbagi tuduhan terhadap Al Quran. Maka binasalah dia hendaknya!
Bagaimana dia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu). Kemudian dia telah bertenung dan memikirkan (berkali-kali jalan-jalan mencaci Al Quran, tetapi dia gagal). Kemudian dia memasamkan mukanya serta dia bertambah masam dan berkerut. Kemudian dia berpaling dari kebenaran dan berlaku sombong angkuh.
Lalu dia berkata "Al Quran ini tidak lain hanyalah sihir yang dipelajari dari ahli-ahlinya". "Ini tidak lain hanyalah kata-kata rekaan manusia'. (Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia kedalam neraka Saqar.
 (Al Mudassir 11-26)

Apa yang terjadi kepada Khalid Al Waleed ? Dari beberapa sejarah yang disampaikan, Sebaik Khalid Al Waleed memeluk Islam, beliau telah cuba menghafal ayat-ayat Al Quran dan antara ayat-ayat terawal yang beliau mahu hafalkan ialah ayat-ayat di atas........ayat-ayat yang menceritakan kemarahan Allah kepada bapa kandungnya.

Bagaimana beliau menahan hati nurani, membayangkan hukuman yang bakal diterima oleh bapanya sedangkan beliau telah diselamatkan oleh Kalimah Syahadah yang diucapkannya ? Sanggupkah kita berada ditempat beliau ? Dengan mengetahui keadaan dan azab yang diterima oleh penghuni di neraka Saqar ?
Mengetahui yang ayahnya adalah salah seorang penghuni neraka Saqar itu ?

Namun Khalid Al Walid mengatasi perasaan sedihnya dengan kecintaannya kepada Allah dan Rasul. Beliau telah  berjuang demi mendapatkan kemenangan Islam. Beliau telah bersedia untuk syahid pada bila-bila masa.........Beliau tidak takut mempertaruhkan nyawanya untuk memperjuangkan kebenaran.

Tiada lagi faktor takut, kecuali takut kepada Allah Swt. Jadi apakah perkara yang lebih besar yang kita hadapi dalam menegakkan keimanan kita berbanding Khalid Al Waleed ?


Sabtu, 7 September 2013

Stokin....Stokin.....Stokin.....

Sebenarnya, pada pemerhatian saya, masih ramai lagi yang berusaha menutup aurat, pakai baju kurung, pakai tudung melepasi dada, pakai seluar besar dengan blaus besar..... alhamdulillah... tetapi yang selalu orang tak perasan, lupa atau tak ambil port ialah bahagian KAKI.

Dari atas elok tertutup semua, tp bila dipandang ke bawah, jarijemari terkembang2 mintak ditutup. Amalkan sarung STOKIN bila keluar rumah. bukan setakat dapat tutup aurat dengan baik, dapat juga jaga kemulusan kaki tu dari di cemari debu2 dan habuk2 liar diluar. Dan pilihlah stokin yang panjang serta bewarna lebih gelap dari kulit kita. Agar ia membawa fungsi yang sebenar.....

Cuba anda perhatikan kaki2 wanita bila duduk menunggu di bank, pejabat pos atau duk makan di kedai2 makan. Yg mana lgi sedap mata memandang? bg saya, kaki yg tetutup molek.

Sekadar peringatan bersama... Dulu, saya pun rasa macam leceh nak berstokin... Alaaah, pergi kedai kejap je, sapa yg nak tengok punn... masa tu saya lupa, Allah Maha Melihat !! Kita hidup bukan untuk dipandang manusia, tetapi, untuk dipandang Allah.. Wallahualam....




Rabu, 4 September 2013

Pinjamkan saya 20 sen, tambang bas tak cukup

Orang sibuk berkisah tentang 20 sen........

Pagi ini aku duduk merenung kembali perjalanan hidupku...

Dari kecil hingga tamat sekolah, mak dan ayah terus mencukupkan segala keperluan dan kehendak ku, memandangkan aku anak bongsu dan harapan mereka yang tinggal. Hidup sebagai seorang anak peneroka, aku serba sederhana. Mak memang sentiasa melengkapkan anak-anaknya bila hari raya tiba. Mak main undi(kutu), macam-macam jenis undi. Undi periuk, undi karpet, undi cadar, undi tunai..... mak tak berpelajaran. Langsung tak ke sekolah. Tetapi, mak lah yang menjadi perancang kewangan keluarga. Mak berjaya mencukupkan keperluan sekeluarga dengan macam-macam cara. Mak bekerja, ayah peneroka. Bila giliran aku belajar, adik beradik lain sudah besar panjang dan bekerja. Abang-abang dan kakak-kaka memberi sokongan dan bantuan utnuk menjadikan aku seorang graduan. Mak nak aku jadi seorang doktor !

Namun perancangan Allah, kita tak tahu. Aku juga sangka aku akan jadi doktor. Tetapi, dalam menjalani hidup sebagai seorang pelajar, aku dapati minat dan fokusku bukanlah dalam perubatan. Aku lupakan cita-cita menjadi doktor. Dipendekkan cerita, selepas tamat belajar di kolej, aku pernah bekerja dalam pelbagai bidang. Akhirnya aku menceburi bidang perniagaan. Cabaran hidup aku yang sebenar bermula di sini.

Di sini aku menambah ego, di sini juga aku belajar membuang ego. Dalam bidang perniagaan, ternyata mengajar aku terlalu banyak perkara. Aku pernah berurusan dengan orang koporat, orang kerajaan, orang berpelajaran tinggi, orang berpangkat tinggi, orang yang tidak bekerja, orang yang malas, orang yang bersungguh-sungguh, orang yang banyak alasan, dan macam-macam jenis orang. Daripada orang-orang itu juga aku belajar koreksi diri. Buang ego, buang rasa "enjoy", buang "cinta kawan", kurangkan "cinta dunia."

Dan ia bukanlah perjalanan yang mudah.

Dari Iswara, Wira, Mercedes benz, Naza Citra, Vios S, BMW 3 Series, BMW 5 Series, Alphard...Semua aku dah merasa....Kini hanya Kancil...... kancil yang setia dari awal kami (aku dan suami) berniaga , kini sedang minta di belai lebih... sudah beberapa kali masuk "ICU".

Dulu semasa perniagaan diambang kejayaan, aku puas merasa pelbaai keseronokan "hidup di dunia" bersama suami dan keluarga. Bercuti setiap tahun di tempat-tempat mewah. Duduk di hotel 5 bintang, dan makan di hantar kebilik, bermalas-malasan sepenuhnya.

Kini semuanya sudah jauh dibelakang. Dan aku tidak kesal. Kerana aku telah memilih untuk menghidupkan "cinta akhirat". Memang benar, kaya juga boleh masuk syurga. Tapi, sekiranya kita jadi orang yang alpa, kemanakah kita nanti? Dimata orang, kami seperti jatuh dari bangunan tinggi, hampir berkecai segalanya.  Namun, aku menggap semua itu kafarah dosa, semoga semua yang Allah datangkan kepada kami, akan meninggikan kedudukan kami di akhirat. Hati kami lebih tenang sekarang.

Untuk apa cerita ini semua? 20 sen. Ya. berkait dengan isu 20 sen. Ku lihat ramai yang mendabik dada, mengatakan, "CUMA 20 SEN, x payah kecoh!".

Cerita ini, cuma mahu mengingatkan aku dan sesiapa yang terbaca. Jangan lupa kawan-kawan, hidup ini umpama roda. Dulu, RM 2000.00 pun aku tak hairan. Sekarang, 20 sen akan ku tabung, untuk mengharungi hidup sebelum mati.

Mereka yang tahu nilai 20 sen, bukan kedekut, bukan berkira, bukan mengada-ngada. Mereka biasanya bukan dari golongan yang mengeluh. Mereka juga redha bila di duga Allah hidup susah di dunia, dan tak mahu duduk di tepi jalan meminta-minta. Mereka kebanyakannya tidak berkata apa. Mereka terima.

Namun di mana tanggungjawab kita, yang Allah turunkan sebagai khalifah, untuk saling membantu? Walau tidak menghulur wang, cukuplah jangan menghina. "Alahhh 20 sen pun berkira...!"

Lihatlah jika roda hidupmu berputar, yang atas turun ke bawah... jangan pula nanti kau yang mendabik dada mengetuk pintu rumah si penjual kuih, "pinjamkan saya 20 sen, tambang bas tak cukup..."

Wallahualam......

Selasa, 7 Mei 2013

Melayu mudah lupa ?

Tadi ke pej pos, poskan barang customer. Ramai orang. Didepan saya seorang wanita cina menunggu giliran sambil cuba tersenyum dan cuba memulakan perbualan dengan wanita melayu disebelahnya.. namun hanya dibalas senyuman kelat..

Datang seorang lelaki india, memulakan perbualan dengan wanita cina itu, dan setelah agak mesra perbualan, akhirnya wanita cina menolong untuk membayar kan bil lelaki india itu walau pun giliran lelaki india itu masih jauh. Katanya, x salah, bukan susah pun, memandangkan lelaki india itu ingin bergegas ke tempat kerjanya.

Saya duduk agak jauh dari mereka, dan dapat melihat pandangan2 berlainan makna dari wajah2 yg ada di dlm pej pos itu. Kesimpulan yang saya dapat, memang kaum Melayu tinggi EGO, kerana mereka mengaku bumi bertuah Malaysia bukan milik bangsa lain.... kasihan.... ego mereka membuat mereka lupa yang bumi Malaysia ini adalah milik Allah.... dan Allah menyuruh kita berbaik2 antara kaum yg berlainan.... untuk mengambil pelajaran.....

*saya pula, ramai yg ngeri nak berbual dengan saya sebab cuma nampak 2 biji mata saya aje....saya x salahkan mereka, mungkin mereka tidak tahu saya sedang tersenyum...... :)

Selasa, 5 Mac 2013

Bahagia rumahtangga bukan kerana Hubungan Intim ?


Benar, hubungan intim bukanlah kunci kebahagian rumahtangga. bukan juga faktor mengekalkan hubungan suami isteri yang aman.

Yang paling kuat ialah saling memberi dan menerima seadanya.
Saling memahami dan bersyukur sentiasa.

Namun, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa hubungan intim yang sihat dan ikhlas mampu menyegarkan hubungan suami isteri, dan membuatkan keadaan bahagia itu berterusan dari awal perkahwinan hingga ke akhir hayat.

Jika ia tidak begitu penting untuk mencipta bahagia, tidak pula ia dijadikan perkara yang wajib bg suami dan isteri memenuhi kehendak pasangan masing-masing.

Rasulullah SAW bersabda: ”Seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia tidak menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia berada di belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak.” (Diriwayatkan oleh al-Thabarani dengan isnad yang baik. Berkata al-Haithami : Perawi hadis ini adalah perawi al-Sahih kecuali al-Mughirah bin Muslim, beliau adalah thiqah)

Rasulullah SAW bersabda lagi : ”Jika seorang suami itu memanggil isterinya kerana berhajat kepadanya, maka pergilah kepadanya walaupun ketika itu dia sedang membakar roti.” (Diriwayatkan oleh Ahmad, al-Nasa-ie dan al-Tirmizi ; beliau berkata : hadis hasan sahih)

Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah SAW bersabda : ”Demi jiwaku yang ditanganNya, tiada seorang lelaki yang memanggil isterinya untuk bersama, lalu dia menolak, dan suami tidur dalam keadaan marah (tidak redha) maka malaikat akan melaknatnya hingga ke subuh.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)

Dalam sirah Ummahatul Mukminin radhiyallahu ’anhunna pula, kita dapat lihat dalam sebuah hadis, ’Aisyah radhiyallahu ’anha berkata : ”Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha : ‘Aku perlu melangsaikan beberapa hari puasa Ramadhan (yang ditinggalkan), dan tidaklah aku mengqadha’nya melainkan dalam bulan Sya’aban (kerana menyediakan diri untuk Rasulullah shallallahu ’alayhi wa sallam).” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim]

jadi, untuk menghangatkan suasana kamar, selalulah kita koreksi diri. Perlu mendengar dan memahami pasangan.

Ada suami tidak akan cakap terus terang, "Awak punya tuu berbau x sedap."

Tetapi, cubalah, kita betul2 bersihkan diri, dan berwangi-wangian, pasti suami akan rasa lain dan gembira.. kerana itulah kewajipan kita sebagai isteri.

Dan bagi suami pula, perlulah berhalus dalam menyatakan kekuranganyg perlu dibaiki isteri, malah sebaiknya, belikan saja produk2 baik yang boleh membuat isteri anda lebih sihat, lebih cantik, lebih wangi dan lebih berahi.

Rumahtangga kita, tanggungjawab kita. Tak perlu tunggu jadi teruk baru nak menyesal. Fikir-fikirkanlah.

Selasa, 12 Februari 2013

Sedikit Tips anak cepat membaca dan mengaji


Assalamualaikum........Mula-mula :

* Ajarkan dulu mengaji ..... mulakan dengan cara iqra atau muqaddam, cubalah ikut kesesuian anak....

*seawal usia 3 tahun anak2 sudah boleh mula mengenal bacaan iqra...

*tak perlu gesa, tak perlu paksa, cuba-cuba aje, bila nampak dia minat, kita layankan....

*lebih mudah jika ibu-ibu suka membaca semasa mengandung, banyakkan membaca buku ilmiah dan mengaji al-Quran pastinya, ia sangat membantu minat dan perkembangan otak anak-anak

*ibu perlu ada aura suka belajar, kerana aura ibu dengan aura kanak-kanak sangat kuat...

*selalu ajarkan atau perdengarkan anak-anak dengan alunan zikir serta surah-surah pendek seawal usia bayi, dan jangan berhenti sehingga anak-anak masuk ke alam persekolahan.

*Alunan zikir yang biasa di dengar dari dalam kandungan, sewaktu bayi  dan semasa membesar sangat membantu anak memahami bunyi dan sebutan

jangan tunggu waktu yang tepat untuk ajar anak, ajar bila kita ada bersamanya, walau sedang menyusukannya, kita sebenarnya sedang menyampaikan sesuatu padanya........

mungkin dia belum faham apa yang kita cakapkan, tetapi dia menyimpannya dalam ingatan, kelak bila kita ulang, ia akan timbul semula dari kotak memorinya....

perkembangan otak itu bermula dari usia dalam kandungan..... jadi jangan tunggu....

**saya akan kongsi lagi yang lain-lain ye...insyaAllah.......

Guna Akal untuk Ikut Rasa ?

Pepatah pujangga pun turut berkata, yang patah kan tumbuh penghujungnya....
tetapi hatiku tak dapat menerima yang datang tiada serupa........


Tiba-tiba sambil berehat, terngiang-ngiang lagu ini......

Betul, setiap yang datang tidak pernah serupa. Tapi, itukan bukti kekuasaan Allah,? Betapa banyaaaaaknya kejadian-kejadian Allah dalam dunia ini, sedangkan kembar 12 pun masih ada perbezaannya... Begitu berkuasanya Allah SWT, dan MAHA PENCIPTANYA DIA, tiada satu pun yang serupa dengan yang lainnya.


Itulah manusia, sibuk sangat melayan hati yang "duka lara". Itu salah, ini salah, semua serba tak kena. Tapi cuba kita tenangkan hati, dan lihatlah hikmah dan nikmat dari setiap kejadian. Tak terhitung kita akan tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah SWT. Hidup ini sepatutnya kita isi dengan memerhati segala yang terjadi untuk menjadikan kita hamba yang lebih bersyukur dari sebelumnya.

Kecewa kerana putus cinta, "Takkan ada orang yang sama macam dia, takkan ada orang yang sebaik dia, takkan ada orang yang sekaya dia, takkan ada orang yang sejujur dia....". Sedarkah kita, ayat-ayat itu menunjukkan seolah-olah kita ini manusia yang "berlagak tahu dan berlagak pandai ?" Macam mana kita tahu  "TAKKAN ADA LAGI" ? Malaikat yang dijadikan menjaga alam dan makhluk Allah pun tidak tahu apa yang ada dalam pengetahuan Allah, sedangkan malaikat itu lebih taat dari kita ? Bagaimana dengan yakin kita boleh kata, "TAKKAN ADA LAGI"?

Siapalah kita ini...... kita hanyalah manusia yang sentiasa berbuat dosa. Berhakkah kita mendapat apa yang kita mahukan sedangkan apa yang Allah perintahkan tidak kita tunaikan ? 

Marah. Kita marah sebab boss tak mahu naikkan gaji kita. Kita marah sebab kawan kita lupa bayar hutang. Kita marah sebab anak-anak tidak cemerlang. Kerana semua perkara itu, kita bisa marah-marah. Tapi pernahkah kita fikir atau bayangkan, andai Allah tunjukkan kemarahan kepada kita, kita takkan mampu menanggung ? Astaghfirullahalazhim...

Perasaan itu memang lah sesuatu yang semulajadi. Bagaimanapun, akal itu adalah satu anugerah yang tidak ada pada malaikat yang taat, yang tidak ada pada syaitan yang dilaknat, yang tidak ada pada binatang yang kuat, yang tidak ada pada matahari yang hangat.....

Allah kurniakan AKAL agar kita boleh membezakan antara betul dan salah, jahat dan baik, marah dan sabar, syukur dan tamak, taat dan khianat.

Maka gunakanlah akal untuk mengawal perasaan.

Setiap dugaan dan cabaran dalam hidup, tetap ada hikmahnya.

Orang gila itu kelihatan sangat kasihan di dunia, malah ada yang mengutuk golongannya.... Tapi dia beruntung kerana tak perlu melalui timbangan amalan..... Yang lebih kasihan ialah orang yang berakal, yang tidak peduli apa akan terjadi di hari timbangan...... Orang yang kita lihat kudung kaki dan tangan, bukan Allah jadikan untuk menyeksa dia, tapi dihadirkan di dunia ini untuk menguji orang-orang yang fizikalnya sempurna...... Kutukan kita kepada kekudungannya itu seperti kita mengutuk kejadian Allah...... 


Adakah kita di dunia ini hanya untuk mengkritik setiap yang Allah jadikan ? TIDAK. Kita dijadikan sebagai khalifah di dunia yang mempunya tugas untuk menghambakan diri kita kepadaNYA..... 


Jadilah kita hambaNYA yang sebenar.... bukan menjadikan diri kita hamba kepada dunia yang sebentar......

Gunakanlah akal untuk mengawal rasa, bukan untuk mengikut rasa...... 

***Aku juga manusia penuh dosa, andai aku pernah membuat cela di dunia, atau membuat rosak di hati semua, maafkanlah aku, ingatkanlah aku, yang aku ini bukan siapa-siapa, aku ini hanya lah manusia yang sedang belajar menyucikan hati, yang mahu menghabakan diri kepada PENCIPTAku***

Isnin, 11 Februari 2013

Aurat dan Malu


Aurat itu apa ?

Dari segi bahasa aurat bermaksud setiap benda (anggota) yang dilindungi manusia kerana malu apabila kelihatan. Makna lainnya adalah kecacatan dan kelemahan.

Dari segi syarak ialah semua anggota yang wajib ditutup atau haram di pandang. Atau sebahagian anggota tubuh badan manusia yang malu apabila dilihat orang.

Malu atau dalam bahasa Arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’ yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”

Pakaian yang mudah untuk menjaga aurat dan menjaga malu ialah pakaian yang boleh dipakai untuk solat. Tidak semestinya telekung. Selain telekung ialah :

*Baju yang longgar dan labuh melebihi punggung

*Seluar atau kain yang longgar dan labuh tapi tidak terseret.

*Tudung yang melepasi paras dada BUKAN di atas dada. Dibahagian tepi tudung juga perlu diperhatikan kelabuhannya pastikan menutup bahagian tepi dada.

*gunakan fabrik yang tidak jarang atau terlalu nipis hingga boleh ternampak warna kulit atau bentuk tubuh

*Pakailah stokin dan sebaiknya yg lebih gelap dari warna kulit.

*Jika lengan baju longgar, gunakan kaf tangan yg menutup sehingga pergelangan tangan.

*jika memakai kain atau jubah, pakailah seluar yang panjang dan longgar untuk melindungi aurat kaki.

♥ Menutup aurat itu menunjukkan sifat malu. Rakan-rakan yang baik semua, saya pasti kita ada sifat malu. Malu itu sebahagian iman. Malu lah kita dengan Allah, pasti kita akan malu dengan dunia...InsyaAllah.....


Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?

Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN

Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.

Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.

Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.

Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.

Terima kasih.