Setiap hari di FB, saya asuik ternampak gambar-gambar durian crepe ni...... demam FB'ers yg baru. Nak beli, malas. Bila saya cari resepi di internet, rupanya tak susah membuatnya....Kebetulan siang tadi, saya ke kedai runcit, ada pula durian dijual. Jadi, dengan gembiranya saya mencuba. Alhamdulillah, sedap rasanya. Anak-anak suka. :) Saya ada jumpa 2 resepi, terpulanglah anda semua nak cuba yang mana satu. Rasanya lebih kurang saja. selamat mencuba...♥
RESEPI PERTAMA
BAHAN2
250 gm tepung gandum
3 biji telur ( reen guna 2 biji telor gred A)500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pes pandan dan sedikit pewarna hijau
untuk kulit berwarna hijau
1 sudu teh pewarna kuning untuk kulit berwarna
kuning
Cara :
1) Satukan semua bahan & masukkan dalam blender
dan kisar.Kemudian tapiskan
) Panaskan non-stick pan
3) Bubuh sikit minyak reen guna minyak jagung sapu
guna tissue
4) Tuang 1 senduk ke dlm non-stick pan.
5) Angkat pan lenggokkan bulat ikut arah jam macam
lenggok inul ye supaya cantik bulat
6) Bila dah masak angkat dengan perlahan romantik2
gitu .tak perlu terbalikkan
7) Ulang hingga adunan habis.
Bahan inti :
1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya
Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya.
Cara :
Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipatlah crepe
Kemudian simpan dalam peti ais sebentar
Enak di hidangkan dingin
*********************************************
Letakkan Whipping Cream di tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipatlah crepe
Kemudian simpan dalam peti ais sebentar
Enak di hidangkan dingin
*********************************************
RESEPI KE DUA
BAHAN2
Durian.. Diambil isi sahaja
Durian.. Diambil isi sahaja
50 gram tepung
gandum..
1 penutup esen vanilla..
Pewarna
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 sudu besar tepung ubi kayu
sebiji telor..
3 sudu teh/kecil butter, kemudian cairkan..
160 ml air
3 sudu teh/kecil butter, kemudian cairkan..
160 ml air
40 ml susu cair / fresh
milk
2 sudu besar gula halus / kastor
2 sudu besar gula halus / kastor
CARA
MEMBUATNYA :
campurkan tepung gandum dgn
tepung ubi ( di ayak kedua2nya terlebih dahulu ).. masukkan sekali gula
Kemudian..
tuang susu cair keatasnya..
Kacau sebati dgn
menggunakan whisker (pemukul tangan)
Selepas itu, masukkan
pula telor yg dah di kacau menggunakan garfu terlebih dahulu.. telor dikacau begitu
saja, bukan pukul sampai kembang.. lepas
masukkan telor tu sila kacau sebati..
Seterusnya, masukkan
esen vanilla.. kacau lagi..
Masukkan pula air..
kacau lagi..
Pastu lak, masukkan butter
cair.. kacau..
Masukkan pewarna.. ikut
pilihan masing2
sila tapiskan adunan
tersebut sebelum di masak
CARA MASAK CREPE :
Sediakan kuali anti
lekat ( non stick pan ).. panaskan dgn api yg kecil..
Kemudian, ambik
sesenduk kecik adunan..
Tuang dgn lemah
lembut.. bentukkan adunan menjadi bulat dgn menggunakan bontot senduk tu aje..
adunan tersebut jgn tebal sgt atau nipis sgt.. just nice org kata..
Masak sampai bahagian
bawah adunan tu mcm nak kering.. kering tau, bkn hangit.. adunan ni JANGAN di
terbalikkan masa proses memasak..
Bila dah masak,
diangkat dengan berhati2 dan diterbalikkan ke atas bekas/pinggan.
Hasilnya, permukaan crepe
yg kering di bahagian atas, yg licin di bahagian bawah.. masak lagi sampai
adunan abis..
BAHAN INTI :
150 ml fresh cream../
whipping cream
Putar whipping krim/fresh
cream sampai kental.
CARA
MENGGULUNG CREPE :
Letak sesudu krim,
Letak pula sesudu isi durian..
Lapiskan semula
dgn krim.. tak perlu tebal sangat, nanti susah nak balut..
Lipat crepe
anda, simpan dalam peti sejuk sebelum di makan……
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Apa kata anda....