Di bulan yang penuh barakah ini, banyak amalan-amalan yang boleh kita lakukan untuk mengisi waktu-waktu terluang. Tidak kurang juga yang berjinak-jinak melakukan solat malam. Tidak ada yang lebih indah selain dapat bersujud dan berdoa kepadaAllah SWT di bulan yang mulia ini.
Namun, budaya bertadarus tenggelam timbul di dalam masyarakat kita... mungkin alasan SIBUK yang sangat popular itu yang di bawa kemana sahaja. Allah swt itu MAHA MENGETAHUI dan MAHA ADIL. DIA telah datangkan teknologi dalam kehidupan kita, jadi banyak cara kita boleh bertadarus.
Saya bersyukur kerana beberapa tahun kebelakangan ini kesedaran demi kesedaran terlahir dalam diri saya. Namun, ia bukan mudah untuk beristiqamah. Jadi, apakah cara untuk kita membuang segala alasan yang ada dalam benak fikiran kita ?
Ada banyak cara, bagi yang suka menghadap internet, berFB, sambil-sambil tu boleh mendengarkan bacaan alQuran melalui internet sambil membacanya, atau menggunakan al-Quran digital bagi yang sentiasa bergerak, atau boleh juga kita simpankan bacaan di dalam Smartphone kita.
Saya kini lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Namun, dengan menjaga si kecil, untuk duduk lama di satu tempat, amak terduga. Saya telah mendapatkan sebuah al-Quran yang baik bagi diri saya sendiri. Al-Quran wanita ini yang lengkap dengan tafsir dan pelbagai panduan untuk wanita mudah di bawa ke mana-mana.
Membacanya seolah-olah membaca novel, tidak mudah untuk berhenti. Kisah-kisah yang biasa kita dengar dari ustaz atau ustazah di sekolah atau di mana-mana ceramah, lebih dekat bila kita baca sendiri dari al-Quran.
Semoga amalan yang kita lakukan di bulan Ramadhan ini mampu kita teruskan di bulan-bulan yang lain. Semoga Allah memberi kekuatan dan sentiasa memberi petunjuk kepada kita dan dilindungi dari hasutan syaitan durjana.
bagi yang berminat mendapatkan al-Quran seperti ini, boleh lihat di sini : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.444499978904837.99797.382055481815954&type=1
Selamat beramal......Assalamualaikum.
salam BW,
BalasPadamMS pun di bulan mulia kalau boleh nak khatam tapi kekangan masa sebab kerja MS bawa al quran digital ke ofis. Dengar sambil ikut sama semasa buat kerja, kalau sempat baca sesambil dengar bacaan dari qari.
http//memoriessharidz.blogspot.com
BalasPadamAlhamdulillah, khatam atau tidak, itu cerita lain, yg penting kita x sia2kan masa kita, kan ? :)
BalasPadamtq menyinggah.....saya pun akan singgah ke "rumah" awak juga ye.....