Selasa, 15 Mei 2012

Facebook Oh Facebook

Assalamualaikum......... Diharap semua sihat hendaknya. Musim sekarnag ni dah tak tentu, anak-anak saya pun bersilih ganti demamnya. Saya rasa ramai yang sama macam saya kan? Sambil ber"FB", sambil berblog dan membaca berita terkini di internet.

Sememangnya seronok bila dapat menghiburkan hati, bergurau senda dengan orang yang dulu kita tak kenal, namun semakin hari, semakin rapat dan semakin terbuka gurauan dan senda kita dengan seseorang. Mungkin ada yang rasa perkara itu semua biasa. Ramai yang beranggapan begitu.

Kita jangan lupa, gurauan kita di internet atau online ini tak jauh beza dengan gurauan di alam nyata. Bezanya cuma kita tidak bersua muka dan jauh dari bersentuhan. Apa yang saya risaukan di sini, terlalu banyak penyamaran berlaku. Maknanya, setiap hari ada orang tertipu jika tidak berjaga-jaga atau berhati-hati memilih kawan.

Bukan satu dua orang yang tidak memperlihatkan status sebenar. Mereka mungkin punya alasan yang munasabah. Contohnya, " saya kuat berpolitik dan tidak mahu keluarga telibat sama " atau, " Isteri / suami saya low profile dan tak minat lama-laman sosial ni.." dan bermaca-macam lagi alasan.

Saya dulu risau bila suami saya tidak ambil kisah tentang Facbook ini. Saya pernah sekali deactive akaun saya kerana suami tidak dapat terima keujudan Facebook ini. Tapi, bila dia sedar, saya juga perlukan teman dan mahu juga berkawan walau sibuk dengan tugasan harian dan tak dapat ke mana-mana. Akhirnya, dengan galakan dari saya, suami membuka satu akaun untuk dirinya.

Bagi saya ia perlu  kerana beberapa sebab :

  • Sebelum anak belajar tentang teknologi, biar kita, sebagai ibu bapa faham dulu teknologi itu. Bagi saya, perlu bagi kita melihat perkembangan anak-anak melalui laman sosial ini. 
  • Selain itu, saya rasa lebih baik dia tahu apa yang saya buat di laman sosial dari pada dia tidak ambil peduli dengan apa pun yang terjadi dalam kehidupan maya saya.
  • Kami berniaga dan berniat mahu memasarkan produk kami secara online juga, Jadi, ia antara medium yang amat penting bagi peniaga online di masa ini.
Namun, kepercayaan yang diberi oleh suami dan ibu bapa haruslah di genggamdengan sepenuhnya. Saya sudah banyak memdengar kes pergaduhan antara pasangan suami isteri, yang sebahagiannya membawa kepada perceraian terjadi kerana ketagihan Facebook.

Saya sendiri pernah mengalami satu situasi di mana seorang lelaki yang berstatus suami orang menghantar pesanan ke inbox saya untuk berkenalan dengan "lebih dekat". Oleh kerana tidak mahu keadaan semakin memburuk, saya terpaksa keluarkan dia dari senarai teman FB saya, sedangkan dia juga salah seorang prospek saya.

Perkara sebegini, tanpa Facebook, tetap juga akan berlaku, tapi di FB, ia seolah-olah didatangkan untuk menguji sejauh mana kita jujur, kerana lebih mudah berahsia dan menipu menerusi FB berbanding dunia realiti.

Berbalas komen dengan "bersayang-sayang" dengan lelaki/wanita lain, bergurau mesra dengan bukan muhrim, berkongsi gambar-gambar yang sepatutnya tdak dikongsikan........perlukah itu semua ? Adakah itu saja cara kita mengisi masa lapang ? Itu sajakah kegunaan FB yang kita ketahui ?

Tepuk dada, tanya iman, jagalah hati dan kawal lah nafsu. Manusia bukan sempurna, manusia sentiasa perlukan perhatian, tapi perhatian siapa yang peling baik ? Tentu sahaja perhatian dari Allah SWT, bukan dari orang yang tidak dikenali, bukan dari orang yang hanya tahu memuji, bukan dari orang yang hanya berkongsi riang.

Facebook oh Facebook ~ baik atau buruk, kita yang memilih, ada banyak jalan dakwah dan mencari ilmu, boleh juga dapat dari muka buku...........

2 ulasan:

  1. kena pandai lah membatasi pergaulan di alam maya ni...
    ehhh... ekceli not only di alam maya - laman2 sosial saja kan????

    tapi sekarang ni banyak juga baca kes2 yg tak best disebabkan kemesraan melampaui batas di laman sosial....

    iols jarang dah ngan fb skang ni.... nak kata seminggu sekali on fb pun jarang....

    BalasPadam
  2. mmg pun...mmg banyak kes..... risau gak, risau kat anak2, huhuhu.....

    ayu kena menghadap FB ni hari2, sbb ada wat biz online, jadi, mcm2 benda dah jumpa... huhuhu

    BalasPadam

Apa kata anda....

Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?

Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN

Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.

Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.

Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.

Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.

Terima kasih.