Isnin, 12 Mac 2012

PELANGI KU....HEHEHEHE

Saya teringin betul nak makan kek pelangi tu... tapi tak ada sesiapa pun yang sudi buatkan...ahaks! Akhirnya, saya berusaha juga buat sendiri...... dengan resepi yang saya dapat dari sini : 

http://kakzusemanisgula.blogspot.com/2011/08/rainbow-cake.html?spref=fb




BAHAN BAHAN

shortening - ni untuk sapu2 kat loyang aje..minyak pun boleh

3 cwn tepung serbaguna ( tepung gandum je )

4 sdk baking powder

1/2 sdk garam

1 cwn butter - suhu bilik

2 cwn gula castor ( kurang kan skit sbb manis kek ni )

5 biji putih telor - suhu bilik

2 sdk esen vanila

1 1/2 cawan susu segar - suhu bilik

pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu n hijau


CARA CARA


1.Ayakkan tepung, baking pwder n garam - letak tepi jap.

2.Pukul butter n gula sampai kembang n gebu2 .

3.Masukkan telur putih , pukul lagi sampai sebati n gebu .

4.Masukkan esen vanila

5.Pastu masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

6.Dah siap putar sebati .. bahagikan sama rata adunan tu dlm 6 mangkuk dan setiap mangkuk letak pewarne yang berlainan.

7.Pastu bakar satu2 gune loyang 8 inci ..jangan gune loyang besar nanti kek jadik nipis..bakar pade suhu 170c/ 180 c dlm 10 @ 15 minit..bakar sampai habis 6 loyang tu pastu sejukkan atas rak dawai..dah siap keknya..tinggal nak kasik mekap je.

8. Bole gune topping non dairy whipping cream , buttercream ,cheesecream atau apa yang kita suka.....

9.Bole jugak lapis2 kan dengan kiwi / strawberry / blueberry filling.. saya lapiskan dengan cream cheese fosting....strawberry flavor just cukup tuk lekatkan dia je... x buat lebih... hehehehe (berkat org malas, dah penat sebenornya....)

Cubalah buat, seronok tau ! hehehe....anak-anak saya semua suka....... makan ikut warna....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa kata anda....

Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?

Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN

Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.

Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.

Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.

Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.

Terima kasih.