Selalu saya rasa bersyukur dengan kehidupan sekarang, siapa agaknya punya rutin harian seperti saya ? Impian saya sewaktu anak dara terlaksana, walaupun tidak seperti yang saya bayangkan, tetapi ia amat sesuai dengan situasi saya sekarang.
Apa impian saya itu ? Saya mahu bekerja sendiri, punya pejabat sendiri, bersama suami, dan menjaga anak-anak sendiri tanpa perlu dihantar kepada orang lain untuk dijaga. Alhamdulillah, saya telah mendapatkannya. Walau sibuk dan kadang kala rasa tak tertanggung lagi beratnya tangungjawab, tapi, di saat saya duduk, menaip entri ini, anak saya, sayeeda, 3 tahun, berada dibelakang saya, membelai-belai saya, memicit-micit bahu saya, mencium-cium kepala dan wajah saya, dan semua ini berlaku di pejabat !
Saya tak pasti berapa ramai wanita yang mendapat kehidupan sebaik saya, yang saya pasti tidak ramai ! Ya Allah! SesungguHnya, saya bersyukur. Anak sememangnya anugerah terindah dalam hidup saya....mereka memberi dugaan, dan ada banyak kali mereka menjadi penawar ketika saya terduga dan bersedih......
Alhamdulillah, syukur YA ALLAH........
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?
Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN
Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.
Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.
Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.
Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.
Terima kasih.
:)
BalasPadamalhamdulillah...syukur..
BalasPadamrutin saya sekarang macam ayu skit...tapi bakal berlalu pergi beberapa bulan lagi sebab dah nak habis cuti belajar, p masuk kerja semula...yang pasti tanggungjawab lain plak sedia menanti ...huhuhuuu
aida: :)
BalasPadamSz: Walau apapun, tempuhi dengan ketenangan ya... senyum selalu... :)