Cemburu ada banyak jenis, betul tak ? Cemburu yang biasa kita jumpa ialah cemburu dalam percintaan, hubungan kekeluargaan, cemburukan kesenangan orang lain. Ramai yang mencemburui orang lain kerana sebab yang tidak patut. Kadangkala tidak bersebab. Bak kata budak-budak sekarang, suka suki dia aje!
Ada yang cemburu hingga menyimpan dendam. Ada yang cemburu hingga merosakkan diri sendiri. Ada yang cemburu hingga lupakan indentiti sendiri. Kemanakah cemburu itu membawa kita pergi?
Berapa ramai antara kita yang cemburu melihat orang yang sentiasa dekat dengan Allah ? Tak ramai.Berapa ramai orang kita yang cemburukan kanak-kanak yang hafiz AlQuran ? Cemburu dalam hal baik, boleh membentuk diri dan pemikiran yang baik.
Tahukah kita bahawa Allah itu lebih pencemburu dari kita ?
Asma’ binti Abu Bakar radhiyallahu’anhuma meriwayatkan, suatu saat dia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Tidak ada seorang pun yang lebih pencemburu daripada Allah ‘azza wa jalla.”
(HR. Bukhari dan Muslim, lihat Syarh Muslim li an-Nawawi [9/28] cet. Dar Ibnu al-Haitsam Tahun 2003)
Apa agaknya yang membuatkan Allah cemburu ?
Abu Hurairah radhiyallahu’anhu meriwayatkan, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Sesungguhnya Allah merasa cemburu. Dan seorang mukmin pun merasa cemburu. Adapun kecemburuan Allah itu akan bangkit tatkala seorang mukmin melakukan sesuatu yang Allah haramkan atasnya.”
(HR. Bukhari dan Muslim, lihat Syarh Muslim li an-Nawawi [9/28] cet. Dar Ibnu al-Haitsam Tahun 2003)
Cemburu itu tandanya sayang, cemburu buta itu mata hatinya hilang . Cemburulah seadanya kepada suami/isteri kita, supaya sayang dan kasih kita terus mekar. Tapi jangan lebih dari kadarnya, kerana ia akan membawa binasa. Allah itu Maha besar kasih sayangNya.......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?
Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN
Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.
Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.
Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.
Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Apa kata anda....