Rabu, 11 Januari 2012

Ain ke Sekolah : Darjah 1 !

Hari ini dimulakan dengan kebisingan pagi... hehe.... Ain hari pertama ke darjah 1, dia nampak tak sabar tapi nampak nerves jugak... tapi yang lebih nerves mama dia je sebenarnya...

Yang paling kesian bila tengok dia pakai beg sekolah, ya Allah, berat nye beg dia, dah lah badan kurus keding.... Bila tanya cikgu, nasib baik cikgu kata, 2 minggu ni, belum guna buku lagi, saya pun, dengan mendukung baby, bersungguh-sungguh keluarkan buku yg berat drpd beg tu, dan bawa balik.


Pesanan saya : " Ok, mama balik yer, nanti ain balik mama ambil ye, dengar cakap cikgu tau. Yang baju biru tu pengawas, dengar cakap pengawas tau... (dalam hati, apa lagi nak pesan ye...) jangan lupa, masa rehat nanti, makan bekalan yang mama dah bawakkan tu ye....ok mama balik ye..."

Rasanya dekat 3-4 kali saya cakap, ok mama balik ye, tapi saya masih lagi di situ, memerhatikan anak saya yang berwajah selamba... huhuhu

Ramai lagi ibu bapa yang masih menunggu, saya tak boleh tunggu kerana masih banyak kerja yang menanti saya dirumah. Lagipun, Ain kan anak mama. Dulu masa mama sekolah, mama siap suruh atok mak balik, tak perlu tunggu mama, jadi, tentu Ain pun beani macammama juga kan !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa kata anda....

Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?

Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN

Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.

Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.

Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.

Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.

Terima kasih.