Selasa, 20 Disember 2011

Lega rasanya...Syukur Alhamdulillah....

Alhamdulillah, tengah hari tadi ambil pc untuk pejabat. Lega rasanya dah dapat semula workstation tu. Pc tu penting untuk kerja-kerja dokumentasi saya. Agak pening bila masuk ofis tapi tak boleh guna pc.... huhuhu.....

Saya rasa tahun ini adalah antara tahun yang sangat menguji ketabahan saya sebagai seorang hamba Allah. Dugaan yang datang seperti serupa dengan tahun-tahun yang lalu, tetapi ia sebenarnya lebih dahsyat. Apa yang berlaku biarlah saya simpan sendiri. Bukanlah ia cerita yang perlu saya heboh-hebohkan.

Namun apa yang saya syukuri di sini, saya semakin hari semakin tabah. Likuan yang saya lalui, meskipun semakin sukar, semakin licin dan tajam batuannya, semakin berhati-hati dan semakin rasional saya melaluinya. Namun saya tetap juga menyerahkan segala urusan saya kepada yang MAHA PERANCANG DAN MAHA BERKEHENDAK.

Diwaktu seperti ini, saat-saat saya berhadapan dan bertemu dengaNYA, semakin saya hargai, semakin saya rindui. Hanya di hadapan DIAlah saya mampu menangis semahunya. Hanya di hadapan DIAlah saya mampu mencurahkan segala isi hati saya, tanpa perlu memikirkan kesannya. Saya sangat pasti, di akhir likuan saya nanti akan ada denai yang sangat indah, dan diseberangnya ada hamparan rumput yang menghijau buat saya berehat dalam ketenangan.

Oleh kerana dugaan yang Allah berikan, saya bersyukur kerana saya telah menjadi orang yang lebih menghargai masa, kasih sayang, kepercayaan dan keimanan. Saya rasa sangat lega bila memikirkannya....Alhamdulillah, syukur ya ALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa kata anda....

Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?

Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN

Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.

Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.

Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.

Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.

Terima kasih.