Selasa, 27 Disember 2011

Ade2 aje anak mama ni...

Kisah sayeeda (2 tahun)

Sambil menyusukan sikecil Maisarah, saya melayan berbual dengan sayeeda. Dan kononnya saya nak bercerita dengan dia........

"Pada zaman dahulu, ada seorang budak bernama sayeeda." (Saya berhenti) 

Terus pula disambung oleh Sayeeda 

"yang comel. Dia sangat nakal...." 

wah! Ayat sambungannya tu memang tepat. Hehehehe... itulah hiburan yang setiap hari saya dapat dari anak-anak.

Kisah Afiqah (4 tahun)

Sewaktu saya sedang menyiapkan baby maisarah selepas mandi;

Mama, ain nak pakai bedak, biar putih..

Afiqah menyampuk :

Afiqah x payah pakai bedak, muka afiqah dah putih, rambut afiqah dah cantik...

Itulah sebab saya tak suka orang puji Afiqah depan mata dia. Nanti dia kembang semacam. Takut bila dah besar, terlalu obses dgn kecantikan yang sementara....

Kisah Ain (6 tahun)

Mama mainlah Zuma yang nama ain.......

Tak maulah, hari tu mama dah mainkan sampai menang, kenapa ain buat nama baru? Suruh mama menangkan aje, penatlah....bukannya ain yang main sendiri...

Memanglah mama, mama yang selalu tak kasik ain main......macam mana ain nak main ?

Terdiam saya, huhuhu... Memang tak mau biasakan anak-anak dengan game di komputer. 

Saya nak mereka lalui zaman kanak-kanak yang seimbang, bukan hanya dikelilingi baranan elektronik, gadget-gadget dan sebagainya. Teringat zaman kanak-kanak dulu, seronok bermain dengan alam sekeliling, ciptaan Allah yang indah.

Tiba masanya nanti, bolehlah main semua tu..... 

(lagipun anak saya bukannya seorang, ada 7 orang sekarang, kalau dah bagi seorang main, tentu yang lain pun akan tunggu turn, adehh!)

3 ulasan:

  1. anak2 sekrg dah x bole dipisahkan dngn gme komputer, ps sume.. :)

    BalasPadam
  2. Fatihahanapi : itulah yang jadi masalah, saya memang control habis, tunggu sek menengah baru boleh sentuh......... org nak kata apa pun katalah, saya x suka.... bukan penting pun bg umur diorg tu....

    Cik Rose : tq, sy dah follow cik rose...

    BalasPadam

Apa kata anda....

Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?

Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN

Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.

Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.

Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.

Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.

Terima kasih.