Rabu, 12 Oktober 2011

Untuk para isteri yang kehidupannya normal......

Wahai teman-teman ku dari kalangan wanita, kita selalu mengeluh mengatakan kita menjadi mangsa. Mangsa kepada keadaan, mangsa kepada kerakusan lelaki, mangsa kepada mainan emosi. Untuk wanita yang kehidupannya normal, tiada dugaan dari suami yang kaki pukul, taik judi, kaki perempuan, sedikit-sedikit kecil hati dengan suami itu tak perlulah dilayan....lupakan sahaja. Untuk wanita yang suami masih boleh bertolak ansur dan boleh di bawa berbincang, jangan samakan diri anda dengan mangsa keganasan rumahtangga

Kadangkala kita tercari-cari dimana kebaikan pasangan kepada kita sewaktu kita marah padanya, pernahkah kita berfikir, dimana kebaikan kita kepadanya selama kita hidup bersamanya ? Pernahkah kita terfikir berapa kali dia bersyukur kerana memiliki diri kita ? Cukupkah semua kecintaan dan sayang kita curahkan untuk dia ? Adakah kita sesuatu yang bernilai untuk dirinya ?

Tak perlu kita tanya semua persoalan itu kepada dia.... tapi, kita kena buat sesuatu supaya semua persoalan itu ada jawapan yang baik di akhirnya.

Setakat mana anda sayangi suami anda ? Cukupkah dengan melafazkan sayang dan cinta ? Cukupkah dengan hadiah intan permata ? Apa bekalan yang tersayang akan bawa bila meninggalkan dunia ini nanti ? Kita penyumbang kepada dosa atau pahala nya ? Dan kemanakah kita akan tarik dia ? Syurga atau neraka ?

Wah, banyak persoalan yang saya letakkan di sini, sebab saya nak ajak semua sama-sama muhasabah, apakah cuup amalan kita selama kita duduk di dunia ini.....dan sedarlah, apa saja yang kita buat, bukan kita tanggung seorang diri...... Ada anak-anak yang mengikut jejak langakah kita, baik atau buruk... Ada ayah, abang, adik lelaki, suami, anak lelaki yang mendapat impak dari perbuatan kita di dunia, jangan kata, mati kubur lain-lain.... hayat kita bukan setakat sampai kubur sahaja, kita akan hidup selamanya di akhirat nanti, cuma entah di mana tempat kita.......Wallahualam..........

2 ulasan:

  1. Soalan ini menyentuh kalbu. 'Kita penyumbang kepada dosa atau pahala nya ? Dan kemanakah kita akan tarik dia ? Syurga atau neraka ?'

    Semoga diriku tangkas dalam melakukan amal soleh dan penguat suami dalam melakukan ibadah. amin.

    Salam singgah dari heliantuse[dot]com :)

    BalasPadam
  2. insya Allah....amin... terima kasih kerana sudi singgah....

    BalasPadam

Apa kata anda....

Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?

Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN

Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.

Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.

Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.

Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.

Terima kasih.