Khamis, 13 Oktober 2011

Nak jadi macam EMAK !

Satu masa dahulu.......

Emak bangun seawal sebelum subuh, jam masih pukul 3.00 pagi. Bunyi air, bunyi periuk belanga berlaga, bunyi pinggan mangkuk bertemu. Salah seorang anak perempuan bangun membantu emak... menyusun pinggan mangkuk, menyediakan sarapan....Sehinggalah azan subuh berkumandang, emak dan anak perempuannya tadi telah siap sedia hendak ke tempat kerja, selesai solat, dia mengejutkan anak-anak yang lain untuk bangun solat dan bersiap untuk ke sekolah. Ayah juga sudah duduk di meja makan, menghadap sarapan dan minum pagi, sebelum ke ladang. Sarapan yang ringkas, nasi goreng saja......Bekalan untuk anak kecilnya juga telah siap, juga ringkas, hanya nasi putih, telur goreng dan kicap. Itu sudah cukup membuat anak bongsunya kenyang di sekolah nanti. Dia saja yang nampaknya menyerlah dalam pelajaran berbanding tujuh abang dan kakaknya. Mak akan buat apa saja untuk anak-anak.

Kenderaan untuk emak ke tempat kerja sudah sampai. Bunyi treler yang kuat, bisa saja membangunkan sesiapa yang masih diulit mimpi. Emak pergi mencari sesuap nasi. Bukan kerja yang duduk santai, kerjanya x jauh seperti ayah juga, mengerjakan ladang dan estet milik seorang tuan tanah. Anak perempuannya pula melangkah masuk ke dalam van kilang yang sudah menanti. Mencari rezeki tambahan untuk keluarga. Anak-anak lelaki ada pengangkutan sendiri. Masing-masing mula bergerak ke tempat kerja. Ayah menghantar anak kecilnya ke sekolah, kemudian pulang mengambil sebatang galah yang sangat panjang dengan sebilah sabit menuju ke ladang sawit.

Di hari minggu, emak akan mengajak anak-anaknya ke kebun kecil di mana ada macam-macam tanaman yang emak usahakan... perlu menyeberangi anak sungai yang cantik, dan akan kelihatan susunan tanaman yang menghijau. Emak tanam jagung, pucuk manis, ubi kayu, bayam, kangkung, cili, buah rambutan, buah duku, buah manggis dan macam-macam... Kata emak, bukan untuk di jual, keluarga kita yang sepuluh orang ni saja dah boleh habiskan semua yang emak tanam ini......emak tersenyum......

Di malam hari, emak akan setia menunggu anak bongsunya mneyiapkan tugasan dari guru. Emak akan sediakan secawan besar milo panas buat anak manjanya menghilangkan dahaga dan mengantuk. Hanya dia kini harapan emak, nak melihat anaknya ke menara gading. Tak sia-sia usaha emak, akhirnya anaknya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Emak gembira.... dan kemudian masa berputar dengan pelbagai cerita...

20 Tahun kemudian....

Emak duduk di tepi pintu, melayan cucunya yang sedang bermain di anjung rumah. Cucu dari anak perempuannya yang dulu menolongnya di setiap pagi. Merenung jauh ke ladang sawit yang nampak berbalam di hadapannya. Duduk sambil mengingati satu persatu peristiwa yang terjadi di pintu itu selama bertahun-tahun.... Di pintu itulah salam di hulur sebelum semuanya bergegas meninggalkan rumah, mencari rezeki. Dipintu itulah salam di hulur, semasa anak-anak meninggalkan rumah membina rumahtangga sendiri. Di pintu itulah salam di hulur bila anak-anak hanya pulang sehari dua meraikan lebaran.

Di pintu itulah emak melihat ayah pergi meninggalkan rumah untuk selama-lamanya...... Ya, emak kini sendiri.... Walau ada anak, walau ada cucu, siapa yang menemaninya di malam sepi ? Siapa yang menemaninya di pagi hari ? Teman bergaduh tak ada lagi,

Mungkinkah cerita emak akan terjadi kepada anaknya ini ? Atau cerita anakmu ini akan jadi lebih sedih lagi ? Ya Allah, kurniakanlah ketabahan emak kepada aku untuk menjalankan kewajipanku sebagai isteri, mama, anak perempuan dan muslimah.......

Emak tidak bersekolah, tetapi emak sangat bijak mengatur keluarga.... mampukah aku yang jauh berpendidikan dari emak ini mengatasi atau paling tidak menyamai keperibadian serta keimanan emak yang sangat tinggi ? Emak ! Anak bongsu mu ini sangat bangga punyai ibu seperti emak.... Aku doakan, emak akan sentiasa dibawah rahmat dan redha Allah..... Amin..

3 ulasan:

  1. hahahha..berangan tak salah...tapi biar jadi kenyataan....

    insayAllah ayu boleh jadi ibu yang mithali lagi penyayang....:)

    BalasPadam
  2. bergenang air mata kakNo nak abiskan entri ayu ni..sedihnya bila mengenangkan kenangan lama kan...

    kakNo harap ayu juga setabah ibu ayu..termasuk kakNo juga untuk membesarkan anak2 kita ke jalan yang ALLAH redhai..amiiin,,,

    BalasPadam
  3. Yutaka : insyaAllah Amin....

    Kak no : Yelah k no, dah nak bersalin ni teringat pulak pengorbanan emak pd kita....... sama2lah kita berusaha memperbaiki diri...

    BalasPadam

Apa kata anda....

Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?

Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN

Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.

Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.

Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.

Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.

Terima kasih.