Rabu, 12 Oktober 2011

Kerana anak, mama gagahi jua.....

Selesailah tugas saya hari ini di pejabat....... saya sudah berada di rumah.... hehe....

Kerja-kerja menjahit juga sudah siap. Ain, yang bersekolah tadika bawa balik kain hari isnin lepas, cikgunya suruh buat baju kurung untuk persembahan akhir tahun, alahai...... dalam keadaan saya yang kira dah cukup bulan ni, nak menjahit punyalah seksa rasanya... dengan perut besar, dengan pinggang yang sakit.... tapi, takkan nak tempah pulak kan, kalau jahit sekejap je siap, baju kurung budak je.......

Akhirnya, semalam saya potong dan jahit tepi dekat kedai nyonya bawah ofis tu, hari ini, saya jahit. Dah pun siap. memang sekejap je buat.... nasib baik kain cotton biasa tu, kalau kain yang licin-licin, ke, lembut-lembut ke, alahai..... lambat lah siapnya..... Sempat juga saya siapkan jahit sarung bantal baru untuk baby yang bakal menjengah dunia ni..... pun dah siap jugak..... Alhamdulillah....

Kalau ikutkan sakit, memang satu kerja pun tak buat kan, tapi, bila untuk anak-anak ni, semua kita gagahi, betul tak para ibu ?

Yang mana belum ada anak, atau masih single-mingle lagi tu, kena ingat, mak kita sanggup buat apa saja untuk anak-anak tanpa hiraukan susah payah atau sakit perit dia......Bila kita ada anak sendiri, baru kita tahu pengorbanan ibu kita selama membesarkan kita dan memenuhi permintaan kita....

3 ulasan:

  1. assalam ayu...maaf ye lame benar kakNo tak singgah sini...alahai betul la kata ayu..pasal anak2 penat2 pom mama tetap usaha kan..kakNo doakan semoha ayu akan selamat melahirkan ya..jaga diri leklok tu..

    BalasPadam
  2. tak kisah lah kak no, saya sendiripun baru je menjengah blog saya nih, hehehe...... thanks....

    BalasPadam
  3. My familу membеrs all the tіme say that
    I am kіllіng my time heгe at web, but I know I am getting experience
    all the tіme by reaԁing thеs gooԁ aгtiсles.


    Fiгst off I would like to say fantastic blog! I had a quick questіon that Ӏ'd like to ask if you do not mind. I was curious to find out how you center yourself and clear your thoughts prior to writing. I have had difficulty clearing my thoughts in getting my ideas out there. I truly do enjoy writing however it just seems like the first 10 to 15 minutes are usually wasted simply just trying to figure out how to begin. Any ideas or tips? Thanks!
    Here is my weblog - akademi sulaman

    BalasPadam

Apa kata anda....

Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?

Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN

Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.

Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.

Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.

Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.

Terima kasih.