Selasa, 16 Ogos 2011

Masak apa hari ni ?

Hari ni nak cerita pasal diri sendiri lah...Dah tak ada idea nak fikir topik apa kan.......

Semalam baru pertama kali pergi bazar sepanjang bulan puasa nih. Dah tak ada idea nak masak apa... Sebab tak ke pasar. Kalau pergi pasar tu, beli lah bahan mentah tuk seminggu kan... tapi dah banyak hal lain pulak, tak lah saya ke pasar. Peti sejuk pun sejuk aje. Tak ada bahan mentah.

Hari sabtu hari tu dah buat roti jala ngan kari ayam. Hari ahad masak laksa penang.Semalam, memandangkan tak tau nak masak apa hasil dari lawatan ke pasar mini, saya mintak tolong orang-orang kat bazar tu masakkan..... hehehe... beli.... Saya dan suami makan nasi ambeng. Beli jugak murtabak dan cempedak goreng. Anak saya ada yang makan nasi ayam nasi kerabu dan nasi ambeng jugak. Ada satu dua jenis kuih lagi ikut permintaan anak-anak....... Tapi alhamdulillah, kenyang.........

Saya rasa, bulan puasa tahun ni, untuk kami sekeluarga, lebih baik dari tahun lepas dari banyak segi. Makanan banyak yang habis belaka. Jarang membeli... biasanya kami beli air dan kuih muih. Kalau dulu, rajin pergi ke bazar. Semua bazar kami nak pergi. Kota Tinggi, Pasir Gudnag, Bandar Putra, Bandar Kulai, sempat aje. Bila sampai bazar, semua macam sedap. Sampai tak tahu nak beli apa. Dalam tak tahu tu pun, penuh juga meja makan. Sampai tak tahu nak menyusun. Tahun ni, saya tak banyak tanya selera anak-anak. Saya masak aje ikut menu saya. Apa yang ada makan. Suami pula, biasanya dia yang akan meronda kat bazar kecil depan taman tu, cari kuih muih dan air. Alhamdulillah, puasa kali ini, kami tak mengikut nafsu sangat. semoga kekallah semangat memasak saya sampai hujung Ramadhan ni. Hehehehe.......

Sahur, alhamdulillah, walau pun ada 2 hari yang terjaga dah pukul 5.00 pagi, tapi, semuanya sempat makan dan kenyang. Cukuplah tenaga sampai waktu berbuka. Dari segi anak-anak pun, seronok saya rasakan. Ain baru 1 hari aje ponteng. Itu pun, sebab masa bersahur, dia tak larat nak celik mata, tengah hari dah lapar, tak cukup makan masa sahur. Huhuhu.......

Hari ni, nak masak apa yer? Saya dah ambil keputusan, masak mi goreng saja........ hehehehe........ nak buat bubur kacang sikit.......... ok lah tu kot......


Selamat berbuka semua........ Esok Nuzul Quran..... Semoga dapat berkahnya....... Amin.....

Isnin, 15 Ogos 2011

KALAU LELAKI BOLEH, KENAPA PEREMPUAN TAK BOLEH ?

Itulah antara ayat yang pernah terkeluar dari bibir-bibir wanita yang tidak puas hati kerana sering dicurangi oleh lelaki. Kata mereka, apa salahnya saya ada lebih dari satu teman lelaki ? Lelaki boleh kahwin 4, perempuan tak boleh ?

Pertama sekali, boleh atau tidak itu ditentukan oleh Allah. Boleh pula bukannya suka hati saja. Berpoligami ni ada tatacaranya. Kalau nak bahgia hingga akhirat, kena lah ikut cara yang telah diberikan dalam Islam. Keadilan, kerjasama, hormat menghormati, dan paling penting, bukan semata-mata kerana nafsu. Bukannya hukum halal poligami itu di berikan suka-suka kepada semua jenis orang.....

Wanita memang tidak boleh ada lebih dari satu suami. Tidak mungkin dia mampu dari segi zahir dan batin. Anak-anak tu nanti binti/bin kepada suami ke berapa ? Yang melahirkan pun hanya wanita. jadi lelaki-lelaki tu buat apa ye ? Dari ramai lelaki yang ada dalam hidup wanita tu, semua urusan rumahtangga pun wanita juga yang kena fikirkan....

Penatkan?!

Allah itu maha mengetahui dan Maha Penyayang..... Dia tahu kemampuan makhluknya dan dia sangat sayangkan hambanya. Allah tidak akan sekali-kali menyusahkan hambanya. Biasanya, kita saja yang suka menyusahkan diri kita sendiri. Memutarbelitkan hukum yang ada sehingga memihak kepada diri sendiri, dan akhirnya kita yang susah sendiri........

Apa yang penting di sini ialah, janganlah sekali-kali kita mempertikaikan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah untuk apa-apa perkara pun kerana Allah Maha Mengetahui perkara yang kita tidak tahu......

Selasa, 9 Ogos 2011

KERUGIAN DALAM PELABURAN CINTA

Zaman sekarang ramai yang rugi. Rugi bukan dari segi perniagaan, harta atau wang, tapi rugi dari segi cinta.

Kenapa saya cakap macam tu ? Ye, rugi bila kita terlalu menghabiskan semua cinta yang ada dalam hati untuk satu orang sahaja. Cinta itu menjadikan hati kita besar. Jika dibahagikan kepada sepuluh, takkan sepuluh-sepuluh bahagian itu kita nak berikan kepada satu hati sahaja ?

Berilah bahagian pertama kepada ALLAH SWT, kemudian kepada Rasulullah SAW, kemudian kepada suami, bagi seorang isteri, kemudian kepada ibubapa, bagi seorang lelaki, kemudian kepada ahli keluarga yang lain.... anak-anak... sahabat handai..... muslimin dan muslimat

Bukan untuk pakwe, makwe, rakan yang mengajak kepada maksiat, dan dunia. Rugi jika kita cintakan dunia. Bila terlalu cintakan dunia, maka hanya di dunialah kita rasa "macam syurga".

Tapi, jika kita cinta kepada ALLAH dan Rasulnya, maka insyaAllah, kita akan berbahagia di dunia dan akhirat !

Bila kita cinta kepada suami, ganjarannya pun banyak. Dapat cinta dari suami dan Allah juga!

Bila kita memanggil mak kita dengan penuh sayang dan cinta, pun ada ganjarannya !

Tapi bila kita curahkan cinta kepada yang bukan halal dengan kita seperti teman lelaki/wanita, ia mendekatkan kita dengan zina. Ada yang berpendapat, cinta yang berlandaskan ajaran islam yang betul, boleh menjauhkan diri dari zina. Betul juga. Tapi, jika kita benar-benar ikhlas, percepatkan tali pertunangan dan diikuti dengan pernikahan.

Dari pengalaman hidup, mencintai orang lain walaupun mengikut landasan yang betul, tetap merugikan saya. Belum tahu lagi dia jodoh saya. Seandainya dapat saya putar masa, ingin saya sekat cinta dan rindu saya hanya pada Allah dan rasul serta keluarga. Biarlah cinta kepada lain jantina saya serahkan buat suami saya sahaja.

Ruginya saya pernah merasa rindu kepada orang lain. Pernah mencintai orang lain, yang akhirnya bukan menjadi suami saya. Memang, bila kita bercinta, kita akan iringkan doa untuk dijodohkan sehingga ke akhir hayat. Namun, Allah lah sebaik-baik perancang. Mungkin Allah biarkan saya melalui pengalaman sebegitu supaya saya boleh menjadi isteri yang sangat menghargai suami saya kini. Subhanallah, Allah jualah yang Maha Mengetahui.

Bagi yang belum terlanjur mencintai bukan muhrim, dan resah bila tiada siapa yang singgah di hati, bersyukurlah. Sesungguhnya Allah memelihara hati mu dan membiarkan kamu sedar, cinta yang ada hanya untuk Allah. Bila yakin pada Allah, pasti Allah akan kurniakan kegembiraan hati. Pintalah pasangan hidup yang beriman dan bertaqwa, Allah itu Maha Mendengar dan Maha Penyayang.

Untungnya mencintai ALLAH ! Dia pasti akan menjaga hati orang-orang yang mencintaiNYA. Sedangkan cinta yang ada di dalam diri kita pun di kurniakan oleh Allah, maka serahkanlah cinta kepada yang berhak, yakni pemiliknya, ALLAH SWT. Maka tidaklah andan kerugian dalam pelaburan cinta !

Jumaat, 5 Ogos 2011

Macam mana nak fahamkan anak tentang puasa ?

Alhamdulillah... dah 4 hari anak saya ain - 6 tahun, puasa sampai waktu berbuka. Tak ada pun puasa setengah-setengah hari. Hari pertama berpuasa, kesian juga tengok. Bila dah petang tu, dah asyik tanya bila boleh minum. Adik-adiknya pulak dah macam "penggoda", asyik minum air depan ain aje.... kesian ain. Hari kedua masih begitu. Bila waktu petang, lepas mandi, dia hampir-hampir terminum air kotak adiknya yang ada atas meja.

Terjerit juga saya. Ain pun dah nak nangis, sedih tak apat minum. Sayang ! Lagi berapa minit aje nak buka..... Saya pun terfikir satu cara. Saya ambil kertas A4, tampalkan dengan paper tape ke dinding bilik.

"Ain, setiap kali dah siap makan untuk berbuka, ain tulis nombor kat kertas ni. Contoh macam ni, ain tulis 1, sebab semalam ain dah puasa penuh sampai waktu berbuka. Kejap lagi, lepas buka, siap aje makan, ain tulis 2 kat bawah nombor 1 ni. Kalau ain dapat puasa sebulan, maknanya ada 30 hari. Kalau ain dapat tulis sampai 30 hari, barulah ain boleh RAYA ! Kalau tak cukup 30 hari, ain tak boleh raya. Tak boleh pakai baju cantik-cantik."

"Kenapa mama?"

"Sebab, raya tu cuma untuk orang yang berpuasa aje. Faham tak ?" Dia angguk dan tersenyum.

Hari berikutnya sampailah hari ini, dia kelihatan bertenaga sangat. walau pun dah petang. Dia sangat tak sabar nak tulis "nombor" pada kertas A4 tu. Alhamdulillah.... cara saya nampaknya berhasil....

Macam mana akak2 dan kawan2 yang lain ?

p/s : saya dulu masa tadika, ada puasa setengah hari... hehehehe... bila 2 x setengah hari = 1 hari.... pengelat kan?

Selasa, 2 Ogos 2011

UNTUK APA KITA BERPUASA ?

Ramai yang akan tafsirkan berpuasa ni untuk menahan diri dari makan dan minum dan menjaga diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.........

Tapi ramai yang lupa puasa ni sebenarnya adalah masa untuk kita menundukkan nafsu yang sangat besar dalam diri kita...... Banyak lagi perkara yang kita kena perhatikan......

1. Tahan nafsu makan dan minum

Bukan aje waktu siang hari (tidak boleh makan dan minum) tapi masa berbuka dan sahur.... Biasanya yang susah nak kawal masa berbuka lah, kan ? kalau pergi bazar tu, semua nak. kalau anak ada 5 orang, 5 jenis makanan ada atas meja... tu belum lagi air yang macam-macam warna, silap-silap, maghrib pun hujung-hujung waktu (ada yang tak sempat !) yelah, sibuk layan makanan yang penuh atas meja tu!

2. Tahan lidah, tangan dan kaki, lindungi mata

Tahan lidah dari berbicara perkara yang tidak elok, bercakap kasar, mencaci maki, mencarut marut, mengumpat, ucapan berahi kepada bukan muhrim, dan macam-macam lah. Tahan tangan dari melakukan perkara yang maksiat. Tahan kaki dari melangkah menuju ke tempat-tempat maksiat, atau tempat yang menyebabkan nafsu tidak terkawal (contohnya: jualan murah !). Melindungi mata dari melihat, membaca, perkara-perkara maksiat dan haram.

3. Tahan hati dan fikiran

Tahan hati yang selalu "sakit". Didik hati jangan berdendam, jangan dikuasai amarah, dan jangan busuk hati. Tahan fikiran dari berfikir perkara-perkara yang kotor. Jangan berfikir untuk melakukan maksiat, dan jangan berfikir untuk menghabiskan duit untuk raya sakan.... itu nafsu tu.....

4. Mendidik khusyuk dalam solat

Semasa hari biasa (bukan dalam bulan ramadhan), kita suka salahkan syaitan bila kita tak khusyu solat. Dalam  bulan ramadhan ini lah masa terbaik untuk kita didik diri kita mencari khusyu dalam solat. Kita hanya memerangi nafsu yang kita sendiri didik sebelum ni... tiada lagi alasan.... Carilah penyelesaian.....

Sebenarnya banyak lagi kelebihan bulan ramadhan ni.... kita cerita lain kali ye.... Semoga saya pun berjaya mengawal nafsu dan menahan diri dari perkara-perkara di atas. Siapa yang berpeluang buat solat terawih tu, jangan sia-siakan ye ! Ramadhan bulan penuh barakah ! Assalamualaikum.

Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?

Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN

Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.

Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.

Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.

Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.

Terima kasih.