Rabu, 20 Julai 2011

Kemana Hilangnya Malu ? Atau dah hilang kemaluan ?

Tajuk entri yg agak geram..... Sebenarnya saya sangatttt.... terkejut. Rancangan saya, cuma nak tengok sekejap saja cerita kawan-kawan di FB, dan lepas tu nak sambung kerja yang berserabut dalam kepala ni, tapi ternampak dua account FB dari dua orang budak perempuan melayu yang sangat lucah. Hilang idea saya.

Gambar pic profile nya, bukan setakat mendedahkan aurat yang biasa kita tengok di tepi jalan, tapi, yang biasa di tayangkan di laman web porno ! Dan mereka juga tidak segan silu meng "up kan status " yang sangat lucah di wall FB mereka.

Saya tahu, perkara itu bukan baru terjadi... tetapi saya terkejut sebab saya terjumpa sendiri. Sebelum ni, saya banyak dengar saja.

Mana maruah mereka semua ? Dalam hati dan jiwa dah dirasuk nafsu ! Saya tak tahulah, itu gambar badan mereka sendiri atau orang lain, tapi mereka memang jelas tidak ada malu lagi. Agaknya, kalau keluar rumah boleh telanjang bulat, oarang macam mereka dah buat !

Maaflah, bahasa agak kasar kali ini, tapi, nampak sangat, walaupun banyak perkara berfaedah boleh dibuat dengan duania IT ni, tapi ramai sangat yang pilih perkara yang tak elok dan tak ada faedah langsung. Saya tak hairan kalau orang yahudi yang buat, atau senang cerita, kalau orang bukan islam yang buat.....

Tapi yang menyedihkan, nama nya siap ada "SITI" lagi....... tak payahlah saya bagitahu siti apa kan....

Untuk anak-anak semua......juga adik-adik.... juga rakan-rakan.... selagi malu masih ada dalam diri kita, bersyukurlah, kerana walau sedikit iman kita masih ada, tapi kalau dah tak ada malu langsung........ maksudnya, iman kita telah hilang entah ke mana.......

Adik-adik dan anak-anak, kasihanlah pada ibu bapa... dan kasihanlah pada diri sendiri... Allah jadikan kita ini sangat mulia kedudukan di antara makhluk, jangan lah letakkan diri kita sdi bahagian yang paling bawah...... hargailah agama ISLAM yang diwariskan oleh ibu bapa, pupuklah iman kita, semoga hidup kita lebih sejahtera di dunia dan bahagia di akhirat.....

10 ulasan:

  1. nauzubillah..ape la nak jd..jauhkan la kite sume drpd benda-benda mcm tu..

    BalasPadam
  2. anak anak melayu sekarang semakin hilang pegangan agamanya

    BalasPadam
  3. tu la... bila mak ayah bertegas, dia kata terkongkong, bila diberi hak buat pilihan, perkara yg tak betul yg dipilih..... semoga mereka akan sedar kelak... insyaALLAH...

    BalasPadam
  4. tak tau nak kata apa...
    may be dah terbiasa...
    dan tak de teguran dari ibu-bapa...

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. milo : kadang2 ada juga ibu bapa yg tak berehenti menegur, tp perangai anak remaja sekrg yg mudah rasa mereka betul...... bila dah jadi bubur, macam mana nak dapat nasi kan ?

    BalasPadam
  7. astafirullah...semoga DIA membuka pintu tuk budak2 tu..dan yang penting kita juga harus cuma mengingatinya..

    BalasPadam
  8. aduuuus..bahaya sunggoh mereka tu..kakNo memang pilih kawan skang..tengok profile klo was2 dan xkenal terus block..

    BalasPadam
  9. bunga : betul, semua kena beringat, sebab kalau bukan diri sendiri , kita ada adik, kakak, anak saudara, anak sendiri, saudara dekat, jauh, kawan-kawan.......

    k no : betul lah... saya pun sangat berhati2 nak add kawan kat fb tu.....

    BalasPadam
  10. eh, silap: admin brhom plus tu sy lah juga... salah sign in lah tadi... hehe...

    BalasPadam

Apa kata anda....

Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?

Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN

Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.

Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.

Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.

Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.

Terima kasih.