Ahad, 19 Jun 2011

LEBUHRAYA SENAI DESARU YANG MACAM TAK MASUK AKAL.

Assalamualaikum. Hari ini, saya nak buat sedikit liputan berkenaan LEBUHRAYA SENAI DESARU yang baru dibuka. Beberapa bulan sudah, laluan dari Senai ke Pasir Gudang  sudah dibuka. Mudahlah bagi saya yang selalu berulang alik dari senai ke Pasir Gudang dan Ulu Tiram selepas lebuhraya ni siap. Memang tol agak mahal sedikit, tapi, perjalanan yang tak melalui banyak lampu isyarat dan kemungkinan jalan sesak tu tak perlu saya tempuh. Walau berbayar, saya selalu guna lebuhraya ni ke Pasir Gudang. Memang jauh sikit dari laluan biasa yang saya guna, tapi, kalau tak payah jumpa 'jammed', saya suka.
TAPI, laluan yang baru dibuka dari Pasir Gudang ke Desaru ni, macam tak masuk akal pula pada saya. Kenapa ? Jom, ikuti laporan bergambar saya.

Laluan yang dibuat adalah satu lorong untuk satu haluan. Saya tak sangaka pula cuma satu lorong. Ia bertukar kepada dua lorong hanya di jambatan yang merentasi Sungai Johor. Habis Jambatan, kembali kepada satu lorong..   
Memandangkan satu lorong, halaju yang dibenarkan adalah 70 km/jam.Tengoklah pula pada lorong kecemasan tu, kecil sahaja. Kalau ada kenderaan yang rosak, atau berlaku kemalangan, atau apa-apa kecemasan, amatlah membahayakan. Bayangkan kalau motor yang ikut laluan kecemasan tu lalu sebelah lori besar, bahayanya..........
Memandangkan satu lorong sahaja, lebih kurang dalam 2 km dari tol, jalan "jammed". Tengok kenderaan sebelah kereta kami, dia mula buat laluan sendiri, potong kiri !  





Dah nampak plaza tol, tapi tak sampai-sampai. Yelah, memang banyak sangat kenderaan, tapi lorong laluan cuma satu, memanglah jammed kan..........


Tapi, masa saya pergi ni, hari minggu, saja nak cuba jalan baru. Memang lebih cepat sampai, tapi memenatkan ! Masa tu saya tak nampak kenderaan berat. Kalau hari biasa, mesti banyak kenderaan berat, macam mana ya ?

Saya dan suami nekad, kalau tak kerana terpaksa, kami tidak akan memilih "lebuhraya yang tidak mencapai standard lebuhraya" ni. Nasib baik masa kami cuba ni, tak kena tol. Tak tahulah berapa tol nya nanti ye?

10 ulasan:

  1. nina pun dah lalu hari tu..a'ah kan.satu lorong je dah bukan highway namenye.tapi sbb dekat ngan desaru..ai like!heheh.tak tau la kalau harga tol kang tak masuk akal..jambatan tu tinggi kan..

    BalasPadam
  2. eah..sejak ble akak jd pmberita lalu lintas ni..hehe..
    pLik nye nme highway tp 1 lane je..
    dh mcm jln lama nk p kota tinggi je..
    kalo camtu x ptut la d panggil highway..
    dh ler jln nye pusing jauh..
    kalo jem gak same je gune jln lama..
    hehe..:D

    BalasPadam
  3. nina : ha'ah tu la pasal, kita tunggu berapa tol dia plak nanti....

    aQi: tetiba nak cuba kerjaya baru keh3
    tu la pasal, nama hway, tp 1 lane je, ish3, tak lah patut dinamakan hway kan... akak n suami pun setuju tuk guna jalan lama... balik tu, kitaorang guna jalan lama je... lagi besat, lagi best, sbb sekrg jalan lama dah ada 2 lane!

    BalasPadam
  4. hahaa..kat cini xde tol..ehee

    BalasPadam
  5. ye cik bunga... sila ketawa.... huhuhu...

    BalasPadam
  6. org yg buat planning ni sepatutnya kena masuk kelas semula.

    BalasPadam
  7. tol yng dikenakan adalah rm 5.90...pihak sde takleh buat ape2..

    klau letak salah kontraktor pon takleh gak...so duit tuk pembinaan tu kemana?...sapa keje gomen sila jawab yer..

    BalasPadam
  8. lebuhraya ni gomen punye ke?bukan org persendirian eh.haha.pandai2 je

    BalasPadam
  9. tol RM 5.90 ? Tu dari P/ gudang ke ? kalau dari senai berapa pulak ye ? sebab dari senai ke p gudang je dah RM 7.90 kalau tak silap.... totalkan ? RM 13.00 la ye ? tak ada tempat boleh berhenti pon........

    BalasPadam
  10. salam kak...

    jom komen kt link entry wani ni.

    http://akuazwani91.blogspot.com/2011/07/i-saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

    thx a lot =)

    BalasPadam

Apa kata anda....

Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?

Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN

Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.

Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.

Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.

Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.

Terima kasih.