Suami marah macam mana yang boleh kita elakkan ya ? Antara yang saya biasa amalkan dalam rumahtangga ialah, membaca surah Ash-Syarh (Alam Nasyrah) semasa membasuh sayuran, ikan, beras, memasak dan menghidangkan makanan kepada suami dan keluarga. Surah itu membantu menenangkan hati dan melembutkan jiwa. Tidak lupa selawat kepada Nabi. Serta jangan lupa masuk ke rumah dengan memberi salam dan menyebut nama Allah dan langkah dengan kaki kanan. Jika tidak, kita meberi peluang kepada anak syaitan berikut melakukan kerjanya :
Syaitan Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
Namun begitu, itu tidak memberi jaminan suami tidak marah. Cuma, ia boleh membantu suami mengawal kemarahannya. Bila kita atau anak-anak buat salah, haruslah kena marah kan ?
Tentang marah suami.
Okay, cerita pasal suami marah. Kita mestilah kenal pasti, apa yang menjadikan suami kita marah-marah, kan? Atara perkara yang sepatutnya menjadi kemarahan suami ialah :
- Menolak ajakannya bersama tanpa alasan yang munasabah. Sedangkan Sabda Nabi Muhammad SAW, "Tunaikanlah hajat suami sekalipun engkau berada di belakang unta. Jangan berpuasa sunat tanpa izin suami......."
- Tidak menjalankan tangungjawab sebagai seorang Islam seperti solat, puasa, dan lain-lain.
- Keluar rumah tanpa izinnya.
- Tidak menyambut kepulangan suami dengan wajah yang mesra
- Tidak menunjukkan sikap berterima kasih dan suka mengungkit malah selalu rasa tidak cukup
- Suka meminta-minta sesuatu yang tidak mampu suami penuhi sedangkan si isteri tahu setakat mana kemampuan suami
- Suka bercerita hal rumahtangga kepada orang luar
- Tidak menjalankan tangungjawab sebagai seorang isteri dengan baik
-banyak lagi kalau saya nak senaraikan
Antara perkara yang tak patut menjadi kemarahan suami ialah
- Isteri yang sakit dan tidak dapat memenuhi kehendaknya. Antara isi khutbah terakhir Rasulullah SAW : "....Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan belemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia....."
- Ditegur isteri supaya suami menjadi seorang islam yang lebih baik dan biasanya terjadi kepada suami yang suka judi, tidak solat, minum arak dll.
- Marahkan isteri yang tidak mahu memberikan wang kepadanya lebih-lebih lagi untuk perkara yang sia-sia. Suami tidak berhak meminta wang dari hasil pekerjaan yang dilakukan oleh isterinya apatah lagi dengan cara paksa. Sabda Rasulullah SAW : “Tidak halal harta seorang muslim yang lain melainkan dengan kerelaan hatinya” (HR Imam ad-Daruqutni dari Anas bin Malik). Dalam kitab Maratib al-Ijma’ ada ditegaskan; “Para ulamak telah sepakat menegaskan bahawa tidak halal suami bersedekah dari harta milik isterinya melainkan dengan izin isterinya” (Maratib al-Ijma’, Imam Ibnu Hazm, 1/92).
- Isteri yang solehah dan taat. Biasa menjadi kemarahan suami yang tidak sedar akan kelebihan yang dia ada.
-pun sangat banyak kalau nak disenaraikan
Kesimpulannya sekarang, kenal pasti punca kemarahan suami. Adakalanya, patut suami marah pada kita, dan adakalanya tak patut. Jadi kalau nak cerita pasal amalan biar suami tak marah ni, kita mesti jelas, adakah kita seorang isteri yang tidak mengabaikan tangungjawab sebagai isteri dan ibu serta seorang muslimah.
Kita sendiri marah jika suami buat perangai, kan ? Mungkin cara kemarahn suami itu yang sebenarnya kita perlu cuba ubah. Jalan yang paling mudah :
- Diam bila dia sedang marah. (Kadang-kadang saya terkucil jugak bab ni, semoga dapat di atasi.)
- Minta maaf apabila kemarahannya reda. (saya suka part ni)
- Bincang bersama bila dia dalam keadaan tenang (pun saya suka part ni, masa nilah kita guna kelebihan kita iaitu kelembutan dan kemanjaan seorang wanita untuk bercakap dari hati ke hati bersama suami. Gunakan bahasa yang mudah tapi lembut supaya dia faham.).
Kalau suami panas baran tak bertempat ? Suami naik tangan dengan isteri ? Okay.... itu topik lain lah rasanya.......... Dah panjang dah entri ni.....
SUKA BACA ENTRY MACAM NIH..MACAM MANA LA KALAU SAYA DAH KAHWIN SUATU HARI NANTI AGAKNYE..HURMMM
BalasPadamrumahtangga tu sama aje, yang membezakan ialah cara kita menghadapi dan yang pentiong ikutlah panduan dalam agama... semua lengkap... tak tahu, tanya yang tahu, senangkan ? InsyaAllah.....
BalasPadam