Khamis, 12 Mei 2011

Sup Kambing Tutup - BUKAK!

Assalamualaikum semua........ semoga sihat ye... Hari ini nak cerita pasal SUP KAMBING TUTUP- BUKAK. Haaaa........ apa benda lah Puan Ayu mengarut ni yer ?

Ok macam ni. Depan ofis saya ada sebuah gerai sup kambing yang sedap banget, baru beroperasi lebih kurang 5-6 bulan lah gitu. Anak-anak saya termasuklah Sayeeda yg 2 tahun tu, suka sangatlah makan sup kambing dia. Ada jugalah menu lain, nasi ayam, mi rebus, nasi lemak, ayam goreng berempah, kuih muih dan tentulah minuman kan....

Sejak 2 bulan lepas, sup kambing ni dah semakin maju, jadi gerainya dah besar, dah melekat lah kat situ kan (dulu berangkut dengan kereta). Sekarang dah banyak meja. Memang majulah kan, sebab sedap sangat......

Habis tu, apa yang tutup bukak tu ? Hehehehe.... Saya ni, asal pergi ofis je, semua anak-anak saya angkut. Jadi setiap pagi, bila sampai ofis, anak-anak saya tengok gerai tu, mereka akan cakap :

"ala.... sup kambing tutup..."

Terdengarlah dek adik kecik sorang nih.........

Lepas tu, setiap hari, bila nampak gerai tu, dia akan buat pengumuman : "chup ambing tutup!" (sup kambing tutup)

Mula-mula kita faham sebagai : gerai sup kambing tu tutup la kan.... Tapi, bila sup kambing tu buka, dia menjerit dengan gembiranya.... 

"chup ambing tutup ! chup ambing tutup! Mama ! Chup ambing tutup !"

Oh! Baru saya faham, dia sangkakan nama kedai tu sup kambing tutup! Bila kakak-kakak dia betulkan,

"Sup kambing buka la dik, bukan tutup...."

Pemahaman dia jadi macam ni :

"Mama !Chup ambing tutup - bukak lah ma! "

Haaaaaaa........... tu lah maksud tajuk entri saya ! Heheheheh.......

Jadi, anak saya dah bagi nama untuk gerai tu : SUP KAMBING TUTUP !

Adus! Kesian tauke ni, anak saya bagi nama yang tak best langsung! Hehehehe.... Maaf ye Tauke Sup!


Nampak tak khemah merah-merah tu.... itu lah gerai sup kambing. Masa ni masih pagi lagi, jadi Sup Kambing Tutup ! Maaflah ye, jauh sangat gambarnya............ nanti kalau saya pergi "ngeteh" kat sana, saya snap dekat sikit.... ok?

7 ulasan:

  1. ok lah tu... dari gerai tu tak bernama kan???
    but comel jer anak uols yg kecik tu!

    BalasPadam
  2. a'ah, semua org geram dgn dia.... dia panggil kura2 kt blog pn milo tu katak ! even dah bagi tahu kura2 lah dik, dia kata, katak lah mama !

    BalasPadam
  3. hahaha kesian tauke sup tu. mengamuk die kalau tau ade org bagi name gerai die cmtu..hihi

    BalasPadam
  4. hahaha..lawak la anak akak =P

    tolong vote Danial boleh..?
    klik like je kat link ni danial

    thanks =)

    BalasPadam
  5. fav.suami sup kambing.lea kurang sikit sebab rasa pekat sgt

    BalasPadam
  6. aesya : itu la pasal...... tu yg malas nk bawak dia makan kt situ, biasanya bungkus je....

    nina : hehehe.... btw, dah klik!

    lea : ayu layan je sup kambing, hehehe, apa yg ayu tak makan ? hehe

    BalasPadam
  7. Kat mana ni? Skrg kedai msih ada lg ke?

    BalasPadam

Apa kata anda....

Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?

Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN

Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.

Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.

Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.

Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.

Terima kasih.