Wahahaha.... hari ni Puan Ayu mengganas sikit. Lari dari corak entri2 sebelum ni. Sebab ? Tengah geram dan tak faham......
Saya ni memang sangat minat pada pemanduan, dari zaman anak dara dulu. Minah speed : gelaran dari member2. Tapi, kita laju pun berpada-padalah kan, tak adalah semua tempat kita hentam laju aje. Bila jalan sibuk, jam sana sini, kita fikir jalan alternatif, bukan sibuk tekan minyak tak sudah.
Bila saya rasa tak mahu pandu laju-laju pula, saya akan duduk di lorong kiri. Biarlah kenderaan lain memotong. Kalau jalan tu satu lorong pulak, ikutlah hadlaju standard yang sesuai kan....... Jangan lah perlahan sangat sampai kenderaan di belakang tu berderet-deret.
Tadi, saya keluar, ada urusan di Indahpura, Kulaijaya. Alahai, dekat je dengan Senai ni. Perjalanan pergi, kenderaan sibuk, dan saya pun drive dengan santai di sebelah kiri. Tapi ada je manusia-manusia yang suka-suki main signal. Dah nak masuk, baru bagi signal. Bagi signal ke kiri, tapi ke kanan. Tak bagi signal, terus masuk, lepas tu perlahan je depan kita.......Adus! Geram.....tapi sabar lagi.
Bila dalam perjalanan balik, ada motor kat lorong kanan, tengah-tengah lorong, tak mahu ke tepi langsung. Ada peluang, saya potonglah dia, tapi potong kiri lah! Dia tak mahu ke tepi!
Ada kereta viva satu ni, saya nak masuk lorong kanan, dia buat bodoh je, dekk je muka dia..... tak lepas-lepas potong lori depan saya tu. Saya pun potong kiri lori tu bila sampai kat 3 lorong. Ok tak pe.
Lepas u turn nak balik senai tu, ada pulak teksi duk lorong kanan sekali kat tiga lorong tapi slow gila....... terpaksa juga saya potong kiri diikuti kenderaan lain yang dah berderet kat belakang saya ni....
Adus! Wahai pemandu sekalian, tak kiralah kereta apa pun yang anda guna, silalah beri kerjasama yang baik di jalan raya. Apa salahnya orang lain lebih laju dari kita, dah dia nak laju, manalah tau dia nak terbuang air ke kan? Beri jelah laluan, yang penting tak membahayakan sesiapa. Kalau kita nak laju, kita pun kena berhati-hati juga dengan kelajuan kita, dan kena tahu tahap kemampuan kereta kita, contohnya, breaking system kita tu berfungsi dengan baik ke tak, mampukah kita menandingi kereta lain...... ye lah, kalau kita bawa kereta kancil, mampu ke kita potong kereta BMW yang tengah laju 180 km/j kan ? Kita ketepilah, biasanya BMW ni, breaking system dia bagus, tapi kalau tuan punya kereta tak reti jaga kereta, kalau kita kat depan dia, tak ke selamat kereta kita di sondol ?
Memang salah orang yang bawak laju tu, tapi kita pun salah bila kita berada di lorong yang salah !
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA, PANDU DENGAN CERMAT, INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?
Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN
Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.
Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.
Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.
Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.
Terima kasih.
ahahaa
BalasPadammarah sungguh mak yong ni ya...
mmg betul pun..
klu dah orang lain asek potong kiri je keta kita mesti something wrong dgn meter keta kita tu..hehehee
itulah jat kalau dgn bf,kalau dia duk lane kanan pastu steady je bawak mmg duk ngomel je mulut jat.
BalasPadamkalau nk bwak santai,duk kirilah..
mulalah dia buat muka masam kat jat.
kakNo walopon br masuk 5bulan dapat lesen kete cukup tak suka klo org macam tu ayu..geram sangat..dlu sll dengar AbgLan duk bebel2..nah skang giliran kakNo pla yg kene....sabaaaaar je la..kakNo pernah lepas geram dalam entri
BalasPadamhttp://nopija.blogspot.com/2011/02/ragam-pemandu.html
aQi biasa duk kt lane emergency je..
BalasPadammaklumlah..2 roda ja..:D
suzi : tu la pasal pn suzi, tengah bawak perut ni, patutnya leh jaga marah, sbb tu saya suka keluar dgn cik abag je, tp, bila ada urusan time abg tak de, kena gak pergi sendri, hangin je satu badan kalo kt jalan raya ni....
BalasPadamzati : hah! kena ingatkan tu! kalo tak, nnti kena kutuk je ngan driver lain.... huhu
BalasPadamkak no : tu laaa.... kalau drive ni mmg kena banyak sabor kan.... kadang2 rasa macam nak letak forklift depan keta, so bila ada keta mcm tu, leh angkat campak ke tepi... hehe
BalasPadamlaki saya kata, baling bom je bagus org macam tu... hehe
aqi : ye, bagus, akk tau kamulah penunggang motorsikal yg berhemah...! hehe
BalasPadam