Isnin, 30 Mei 2011

Babi haram... arak tak haram ke ?

Hari ni nak kongsi satu cerita yang terjadi kepada suami saya........

Suami saya ni ada menyertai satu kelab kereta ni, suka-suka aje..... Untuk tambahkan ilmu tentang kereta.....Jadi, setiap 2minggu sekali, mereka akan mengadakan perjumpaan sambil makan-makan. Ramai orang "islam" dalam kelab ni...

Satu hari tu, mereka ajaklah suami minum-minum di satu restoran nih..... Suami saya tengok, selamba aje yang "islam" ni minum air haram tu. Muka pun bangga je.......Macam dah best sangatlah kan minum air kencing setan tu......

Lepas lepak situ, mereka ajak suami pergi makan pulak. Suami saya kata, dia nak ajak makan dekat tempat power......Mereka pun ikutlah....Suami saya pun masuk ke sebuah restoran cina dan duduk.

"Bang, kat sini ke? Kedai cina ni bang? Nak makan apa ?" Lebih kurang macam tulah reaksi mereka...

Suami jawab :

"Sini kan Bak Kut Teh dia sedap.... kari babi...... jom try..."

"Eh, mana bboleh bang, babi kan haram....." Jawab salah seorang dari peminum air haram tadi.

Suami jawab :

"Oh, babi haram.... arak yang korang minum tadi tak haram ke ?"

Semua terdiam.... dan menunduk....Selepas sambung sedikit lagi ceramah, suami pun terus pulang. Lepas kejadian tu, suami saya jarang-jarang ikut serta perjumpaan kelab tu. Dia akan cuba mengelak dan saya rasa dah 3-4 bulan dia tak ada pergi lagi....

Macam mana tu? Babi tahu haram, arak tu ? Tak tahu ke atau buat-buat lupa ?

Tak faham betul lah........

4 ulasan:

  1. Mostly its because of ignorant .. The best we can do is to pray for them .. May Allah guide them to the straight path ..

    BalasPadam
  2. yes, of course, but it is too bad for them coz they knew about it, they all are well educated in islam.

    Tp semalam, hubby story, ada yg dah x join group tu juga, sbb ada yg sedar kesilapan.

    We all make mistakes, hope Allah will never forget us, and always give us NUR AND HIDAYAH. AMIN...

    BalasPadam
  3. amin .. ada orang belajar agama hanya untuk pass exam .. bukan untuk dipraktikkan ... lagi pun kan muda lagi, dah tua nanti boleh bertaubat .. banyak masa lagi ...

    if only they know, one of the question Allah will ask on the day of judgement is .. How did you spend your youth? ...

    that's why muslim are encourage to choose good friend .. kawan2 yg akan membawa kebaikan .. kawan2 yg akan membantu kita ke jalan Nya .. kawan2 yg akan memberi good example ..

    BalasPadam
  4. yup, setuju, sebab tu tak salah pilih kawan...... sbb ia akan memberi kesan dgn cara hidup kita.... semoga kita sentiasa dilindngi Allah dari orang yang tidak mebawa kebaikan....

    BalasPadam

Apa kata anda....

Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?

Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN

Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.

Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.

Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.

Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.

Terima kasih.