Rabu, 11 Mei 2011

Alaa..... kubur masing2 kan ?

Biasa tak dengar ayat tu ? Saya selalu dengar ayat tu keluar dari mulut seseorang yang biasanya mahu menegakkan pendiriannya.

Yang pertamanya, ayat macam tu biasanya keluar bila ada situasi contohnya :

a : Kau ni bila nak berhenti berjudi : Minum Arak ?
b : Alahai..... kau tak payah sibuk boleh tak. Aku tak kacau kau kan ? Lagi pun kubur masing-masing !

Atau :

a : Pakailah pakaian yang menutup aurat. Kau pakai macam ni, tak takut dosa ke ?
b : Apa kau susah ? Kubur kan masing-masing !

Yang kedua, kubur masing-masing ? Ok, bila kita cerita pasal kubur ni, pastilah ia adalah kematian. Adakah kita bersedia untuk mati ye ? Secara jujur, saya takut mati, sebab, saya rasa amalan saya yang mana akan saya bawa sebagai bekal belum meyakinkan, amanah saya iaitu anak-anak yang menjadi saham saya belum terdidik sempurna, jariah saya baru sedikit. Saya memang tak berani nak guna ayat yang jadi tajuk entri ni.

Kalau terlepas cakap, lepas tu terus "kiok", macam mana ye ?

Pernah tak tengok cerita MAUT ? Jelas mesej dari filem tu bahawa maut tidak akan tiba pada waktu yang kita jangkakan.

Orang yang suka guna ayat ni, memang berani. "Wa caya sama lu beb!" Hahahaha......... ye ke? Berani? Berani ke kalau berhadapan dengan malaikat maut?

"Sekarang masih muda, nanti dah tua gua taubat la......" Cuba bayangkan, tak sempat cakap ayat tu dah mati, tak mustahil kan ?

Mati tidak dijanjikan pada usia tua.... Mati tidak tunggu kita dah bertaubat atau belum...... Mati itu sentiasa dekat........


Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahwa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: 
“Bahwa malaikat maut memperhatikan wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang memperhatikan wajah seseorang, didapati orang itu ada yang bergelak-tawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah SWT. untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berhura-hura dan bergelak-tawa."


Betapa hampirnya maut dengan kita............ oleh kerana kubur masing-masinglah saya takut, tak ada sesiapa yang boleh bantu kita !



Sabda Nabi s.a.w.: Apabila seorang hamba Allah dikebumikan dan kawan-kawan meninggalkannya, si mati itu mendengar hentak kasut mereka, dua malaikat pun datang kepadanya lalu disuruh duduk dan ditanya, “Apakah pendapat kamu terhadap lelaki bernama Muhammad s.a.w. ini?” Orang mukmin itu menjawab, “Saya mengaku bahawa dia adalah hamba Allah lagi Rasul-Nya.” Selepas itu malaikat itu berkata lagi, “Lihatlah tempat kamu di dalam Neraka, sesungguhnya Allah telah menukarkan tempatmu di dalam Syurga.”
Lalu orang yang dikebumikan itu melihat kedua-dua tempatnya itu. (Qatadah menambah, kami diberitahu bahawa kuburnya itu diperluaskan. Kemudian Qatadah menyebut riwayat Anas yang berkata:) Manakala orang munafik atau kafir akan ditanya, “Apakah pendapat kamu terhadap lelaki bernama Muhammad s.a.w. ini?” Dia akan menjawab, “Saya tidak tahu. Saya kata menurut apa yang orang lain kata.” Lalu ditanya lagi, “Kamu tidak tahu dan kamu tidak mengikut petunjuknya (dengan membaca al-Quran).” Selepas itu dia dipukul dengan tukul besi dengan satu pukulan yang menyebabkan dia menjerit-jerit. Semua mendengar jeritannya itu kecuali jin dan manusia. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86, Mengenai Azab Kubur, halaman 600).
Hadis ini menceritakan bagaimana Rasulullah s.a.w. dengan umatnya. Mereka diuji dalam kubur masing-masing. Ternyata bahawa setiap nabi itu bersama umat masing-masing. Hadis ini menunjukkan tidak boleh bertaklid dalam perkara iktikad. Perhatikan bunyi hadis tersebut di atas, “Saya tidak tahu. Saya kata menurut apa yang orang lain kata.” (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86, Mengenai Azab Kubur, halaman 610).



"...Semua mendengar jeritannya itu kecuali jin dan manusia." Memang kubur masing-masing, tapi jiran sebelah menyebelah boleh dengar !





6 ulasan:

  1. memang lah kubur masing2 kan nokkkk???
    apa lah orang yg camni..
    kalo ye pun dah rasa bagus - dah tak sabar nak mati - agaknya lah kan...

    ayat tu biarlah sedap skit orang nak dengar kan???

    BalasPadam
  2. tu la pasal puan milo.... kadg2 orang tegur sbb sayang kan kawan2 kan...... kesian... kalau tak leh terima, tolaklah ngan cara berhemah..... kalau dah tak sabar nak mati, tak tahula nk kata apa kan......

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum..
    Mereka ckp begitu krna mereka tidak suka dgn tgurn kite sya kira..
    trime ksih ats igtan ini.. =)

    BalasPadam
  4. waalaikumsalam, ye murni, akk pun rasa macam tu, cuma kita perlu fikir sebelum cakap, peringatan bersama juga.....

    BalasPadam
  5. rasa meremang tgk vid.jat duk ulang2 tgk..huhu

    BalasPadam
  6. tengok ulang2 lg bagus, biar kita tak lupa. ajal tu ada je dekat dengan kita.

    BalasPadam

Apa kata anda....

Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?

Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN

Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.

Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.

Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.

Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.

Terima kasih.