Jumaat, 25 Mac 2011

Cinta Sejati tu macam mana ye ?

Cinta sejati ? Saya pun tidak tahu macam mana nak gambarkan cinta sejati. Bagi saya cinta ada banyak peringkat dalam kehidupan manusia. Peringkat cinta tertinggi ialah apabila kita BERCINTA SEPENUHNYA dengan ALLAH SWT. Tahap ini adalah tahap paling sukar untuk dikecapi oleh manusia biasa, macam saya.

Biasanya, kisah cinta akan berkisar tentang cinta sesama manusia, di antara dua jantina yang berbeza. Adakah pasangan yang berkahwin memiliki cinta sejati ? Tiada siapa yang dapat menentukan itu. Perkahwinan adalah satu pintu ke dunia yang lain. Dunia yang membawa kita menemui cinta sejati sesama insan. Bila kita bercinta dengan dunia kerana nikmatnya, susahlah untuk kita temui cinta sejati.

Ciri-ciri cinta sejati sesama insan yang terlintas di kepala saya :

  • Cinta yang tidak berbelah bagi
  • Cinta yang menerima kelebihan dan kekurangan
  • Cinta yang susah dan senang bersama
  • Cinta yang melengkapi ketidaksempurnaan
  • Cinta yang meredhai setiap pemberian
  • Cinta yang berlandaskan keimanan

Tidak semua pasangan mampu memberikan kesemua ciri-ciri di atas. Lantas, bagaimana cinta sejati hendak dikecapi ? Bila cinta yang berlandaskan agama, ia pasti akan membawa kita ke sana. Berkahwin adalah satu cara menjauhkan diri dari dosa Zina. Namun sebenarnya, banyak lagi nikmat dan hikmat perkahwinan yang boleh kita kecapi jika kita mampu melihat dari hati yang bersih, bukan nafsu.

Perkahwinan yang aman damai dan dikurniakan zuriat, boleh mendapat cinta sejati. Perkahwinan yang di uji dengan ketiadaan zuriat dan kemiskinan, boleh mendapat cinta sejati. Perkahwinan yang memberikan madu kepada isteri, boleh mendapat cinta sejati. Kitalah yang memilih jalan, mahukan cinta sejati, atau cinta duniawi.

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu." - Imam AnNawawi


Sabda Rasulullah SAW;


"Cintailah orang yang kamu cintai sewajarnya kerana boleh jadi satu hari kelak dia akan menjadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sewajarnya kerana boleh jadi satu hari kelak dia akan menjadi orang yang kamu cintai. " (HR : Al-Bukhari, Abu Daud, At Tirmizi dan Ibnu Majah)


"Masih belum sempurna iman seseorang sebelum diriku lebih dicintai olehnya daripada hartanya, anaknya dan seluruh manusia." (HR : An-Nasa'i)

Allah adalah pemberi cinta TERAGUNG. Dapatkan cintanya, kita takkan kesal kerana kekurangan cinta dari manusia.

Antara kemahuan dan ketentuan

Maaf buat kesekian kali kepada semua yang sudi singgah di blog saya yang tak seberapa ni. Saya memang jarang update sekarang atas sebab-sebab kesihatan. Jadi, bila ada kesempatan dan kemampuan, barulah saya isikan blog ini dengan sesuatu.

Rutin harian saya pula bukannya sesuatu yang luar biasa yang boleh saya kongsikan dengan pembaca. Saya cuma seorang isteri, ibu dan peniaga yang cuba melaksanakan tangungjawab walau tidak sempurna.

Kadang-kadang, kita mahukan sesuatu yang terjadi dalam hidup kita seperti yang kita rancang. Kita merancang untuk memiliki keluarga pada usia 27 tahun (contoh), kita merancang untuk mempunyai rumah sendiri yang dihias mengikut citarasa kita berdasarkan pekerjaan yang 'akan' kita pohon, kita merancang untuk mempunyai masa hujung minggu yang seronok dengan keluarga, kita merancang untuk sentiasa menjaga hubungan silaturrahim dengan sahabat handai walau pun kita telah berumahtangga.

Rancangan manusia biasanya membayangkan pengakhiran yang indah. Bagi umat islam pula, kita perlu sedar salah satu Rukun Iman ialah Percaya kepada Qada' dan Qadar. Ia merupakan kewajipan untuk melengkapkan Iman kita.

Kebanyakan daripada kita percaya, ada masa-masa tertentu yang di panggil Qada dan Qadar. Contohnya, bila ditimpa musibah yang tidak disangka-sangka. Orang sekeliling akan berkata , Terimalah Qada dan Qadar dari Allah..........

Bila kita mendapat sesuatu kebaikan, contohnya kenaikan pangkat, kita mula lupa semua tu. Kita mendabik dada dan berkata, "Aku patut dapat kenaikan pangkat ni, sebab aku dah banyak berkidmat untuk syarikat ini." Kita bangga dengan sesuatu yang bukan milik kita. Pangkat, harta, anak-anak, isteri, semua adalah hiasan dunia. Ya, kaum isteri, kita cumalah hiasan di dunia. Jadilah kita sebai-baik hiasan, iaitu wanita solehah.

Namun, dalam kita merencanakan perjalanan hidup kita, kita perlu seiring dengan kepercayaan kita. Kita perlu sedar, jika apa yang kita rancang tidak menjadi kenyataan, ia bukanlah menjadi punca rosaknya hidup kita. Selalunya, pilihan kitalah yang merosakkan hidup kita. Allah Maha Mengetahui sesuatu. Dia lebih tahu yang mana baik dan yang mana buruk untuk hambanya.

Firman Allah SWT :

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (AL-Baqarah : 216)


Oleh sebab itulah kita wajib percaya kepada Qada dan Qadar. Dan kita juga hendaklah sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang kita ada dan rasa sehingga hari ini. Tiada satu pun yang lepas dari pandanganNYA. Dia tahu apa yang diperlukan oleh makhlukNYA. Hanya kita saja yang entah sedar atau tidak akan kenikmatan yang kita peroleh itu bukan berpunca dari kita, tetapi dari ALLAH SWT.


*Saya sedang diduga nikmat kesihatan kerana DIA ingin memberikan saya nikmat yang lebih indah iaitu zuriat. Semoga saya tidak mengeluh dengan apa yang sedang saya lalui. Doakan saya tabah hati......

Isnin, 21 Mac 2011

Belum Sampai Seru........

Bila sebut soal kahwin.......biasa orang akan jawab, sampai seru, kahwinlah saya.......

Bila sebut tentang pakai tudung.......biasa orang jawab, belum sampai serulah........

Sebenarnya, kita tidak patut jawab begitu. Okay, soal kahwin, rasanya saya pun pernah cerita pasal kahwin ni, seru-seru ni tak payah sebut. Jawab sajalah, insya-ALLAH........

Bab pakai tudung pula, sama juga tak boleh jawab begitu. Sepatutnya, kita rasa insaf bila orang tanya, "bila nak bertudung ? "

Kenapa dikatakan tidak boleh jawab dengan perkatan seru ni ?

Tentang kahwin, Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya,

"Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

Kita memang tak tahu kan, bila jodoh kita sampai, jadi macam saya cakap tadilah, jawab insyaALLAH.... Sebab, islam DAH SERU dari zaman dakwah Rasulullah lagi.

Pakai tudung tu pula, ia adalah kewajipan, bukan tunggu seru. Sekali lagi saya tegaskan, SERUAN tu dah sampai masa Rasulullah terima wahyu dari ALLAH SWT tentang aurat. Hukumnya pula wajib, dalam ayat tu, tak sebut pun " bila kamu dapat seru, barulah pakai tudung ya." Tidak ada pilihan.

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzaab : 59)

Wajib pakai tudung. Disebutkan di situ : "suruhlah", bukan tanyalah mereka mahu atau tidak..... Jadi, bagi mereka yang masih belum pakai tudung, saya tidak mengkritik anda, tapi, janganlah guna ayat "BELUM SAMPAI SERU " tu. Seruan tu dah sampai lama dah. Anda lebih baik berdiam dari jawab macam tu. Bukankah Rasulullah juga berpesan, "banyak bercakap, mendatangkan banyak dosa, walaupun hanya menceritakan tentang kebenaran."

Kesedaran demi kesedaran perlu ada dalam diri kita dalam mengeluarkan apa-apa saja perkataan dari lidah ini. Jangan nanti, kerana lidah badan binasa.

Saya hanya wanita biasa yang ingin menjadi muslimah sejati. Penulisan ini hanyalah berupa peringatan kepada saya, anak-anak, dan semua yang terbaca. Semoga yang leka akan tebangun, yang lupa akan teringat, yang tidak tahu akan jadi tahu dan saya juga akan sentiasa sedar akan kekuragan diri.

Pssstt...: Hadiah yang saya poskan untuk pemenang contest saya dah sampai ke belum ? Saya dah poskan hari Selasa lepas........

Khamis, 17 Mac 2011

KIAMAT?! BETUL KE TAKUT ?

Betul ke kita takut dengan KEDATANGAN KIAMAT ? Lihatlah kepada diri kita. Di pagi hari, kita bangun dan bergegas bersiap untuk mencari rezeki, meneruskan urusan duniawi. Pulang di waktu hampir maghrib, mempersiapkan urusan nafu : makan, tidur, berehat, bergaul bersama pasangan, ada yang berparti, dan bila letih dan penat, terus tidur hingga menyambung semula rutin di hari berikutnya.


Pernahkah kita duduk, dalam sehari, menghayati ayat-ayat Al-Quran, menghayati KEESAAN ALLAH, menghayati kelalaian kita sebagai hambanya, dan menghayati bagaimana matinya kita dan apa yang kita bawa sebagai bekalan untuk menghadapNYA.


Cuba kita sama-sama renungkan ayat di bawah. Petikan dari terjemahan beberapa surah yang ada di dalam mukjizat yang sangat mulia.


Al- Qori’ah

(1)Hari Kiamat, (2) apakah hari Kiamat itu? (3) Tahukah kamu apakah hari Kiamat itu? (4) Pada hari itu manusia seperti anai-anai yang bertebaran, (5) dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur-hamburkan. (Al Qori’ah 1-5)

Al- Zalzalah
(1) Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (yang dahsyat), (2) dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya, (3) dan manusia bertanya: “Mengapa bumi (jadi begini)?”,(4) pada hari itu bumi menceritakan beritanya, (5) karena sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya. (Al Zalzalah 1-5)

Al - Infitar
(1) Apabila langit terbelah, (2) dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan, (3) dan apabila lautan dijadikan meluap, ( Al Infitar 1-3)

At - Takwir
(1) Apabila matahari digulung, (2) dan apabila bintang-bintang berjatuhan, (3) dan apabila gunung-gunung dihancurkan, (4) dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak diperdulikan), (5) dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan, (6) dan apabila lautan dipanaskan, (At Takwir 1-6)


Ada lagi beberapa surah lain yang menceritakan hal kiamat dan kebangkitan. Peristiwa tsunami yang berlaku dalam era millimeum ini sudah cukup merisaukan umat manusia. Namun, mereka masih menjalani kehidupan seperti orang yang tidak kisah. Saya bukan maksudkan kita mesti 24 jam duduk di tikar sejadah tanpa menghiraukan tanggungjawab sebagai ibu bapa, anak, guru, pelajar dan lain-lain. Maksud saya, kesedaran rohaniah masih terlalu sikit di kalangan umat islam.


Malaysia nampak aman. Tapi, amankah ISLAM sekarang ?

Sedarkah kita, perbalahan antara yahudi dan islam semakin memuncak ? Sedarkah kita, peperangan sesama saudara islam juga semakin teruk ? Sedarkah kita, kita tidak boleh memandang kosong tanpa mengusahakan apa-apa? Bukankah itu semua termasuk antara peristiwa sebelum kiamat ?

Oh! Apa yang boleh kita buat! Kita bukan pemimpin dunia! Kita tidak berkuasa ! - kata sebilangan besar umat islam sekarang.

Apa yang boleh kita buat ? Kita mesti tanamkan dalam diri kita, anak-anak kita, rasa rindukan Allah, tanamkan keimanan yang kukuh dalam diri keluarga kita. Keazaman sebagai seorang islam yang sedar akan kebenaran ISLAM.

Kita harus jadikan diri kita seorang yang benar-benar ISLAM! Bukan islam kerana keturunan atau islam kerana nama ! Anak-anak kecil yang belum tahu apa-apa, sempatkah kita membantu mereka kelak di penghujung dunia jika kita ditakdirkan mati dulu ? Bila kita nak bekalkan mereka secukupnya untuk menghadapi dunia kala kita sudah tiada, jika tidak bermula dari sekarang ? 

Ya, kita hantar mereka belajar mengaji, ke sekolah agama dan tusyen. Tapi pernahkah kita cuba selami, apa yang mereka faham tentang ISLAM sebenarnya.

Saya jadi takut hendak menghantar anak ke sekolah sebenarnya. Jika saya mampu, ingin sekali saya membiarkan mereka belajar di rumah dan menduduki peperiksaan besar bila perlu. Sya takut, kerana saya sendiri masih lemah dalam memupuk iman yang kental dalam jiwa saya, bagaimana pula anak-anak saya menghadapai cabaran di dunia luar ?

Video gadis bertudung meperlekehkan zikir, anak muda memperolok-olokkan solat, imej bertudung tetapi berskirt, bertudung untuk melawa tetapi bukan kerana kesedaran aurat, penuh bila ada ujibakat nyanyian, di panggung wayang berpasang-pasangan dari unIversiti dan kolej.

Saya mula takut. Bagaimanakah golongan ini menghadapi hari kiamat ? Adakah mereka dari golongan yang tidak percaya kepada hari kiamat ? Na'uzubillah.......... Semoga Allah tabahkan hati orang yang beriman dan Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka-mereka yang telah lalai. Semoga Allah membantu saya dan semua umat islam menghadapi dugaannya dengan kesabaran dan keimanan. AMIN .

Saya ingin berkongsi nasyid di bawah, yang akan membuat saya menangis, menggigil ketakutan setiap kali mendengar dan menghayatinya. Kita selalu leka-dan lalai. Kita kena cari sesuatu yang membuat kita selalu tersedar dan bangkit, dan sesuatu itu ialah Al-Quran.






Pengaduan Kepada Tuhan
Album : Yang Dirindu
Munsyid : Nadamurni
http://liriknasyid.com

Tuhan Kau telah memberitahu kami
Tentang peristiwa akhir zaman
Peristiwa di zaman kami ini
Melalui lidah NabiMu

Di zaman ini ikhtilaf banyak terjadi
Firqah sesat tujuh puluh dua banyaknya
AlQuran dijadikan barangan dagangan
Isinya sudah tidak dihiraukan

Tuhan kekasihMu memberitahu
Dunia dijadikan barang yang diburu
Muslimin diseksa dan dihina
Oleh tangan-tangan kafir durjana

Tuhan NabiMu terus bermadah
Ilmu Akhirat ditinggalkan orang
Ilmu dunia dijadikan rebutan
Perempuan-perempuan dijadikan hiasan

Rumah-rumah syaitan penuh riang
Rumah-rumah Tuhan kosong dan lengang

Tuhan yang paling menakutkan
NabiMu pernah bersabda
Di akhir zaman yang paling jahat
'Ulama yang memandang dunia
Tabi'atnya busuk bak bau bangkai
Siapa tercium kan mati jiwanya

Tuhan NabiMu menyambung lagi
Terhadap peristiwa akhir zaman
Perempuan hilang malunya
Anak tidak hormati ibu bapa
Bahkan keduanya dijadikan kuli
Atau sudah tidak dipeduli

Tuhan penutup kata kami ceritakan
Dari lidah Nabi kekasihMu
Rezeki yang halal susah dicari
Ibarat mencari berlian berharga
Tuhan kekasihMu menjanjikan
Kedatangan mujaddid baru

Muslimin nasibnya akan terbela
Rumah-rumah Tuhan penuh riang
Rumah-rumah syaitan akan musnah
Perempuan-perempuan akan dilindungi
Anak-anak soleh dan solehah
Kebenaran kan pasti terbukti

Selasa, 15 Mac 2011

Susah sangat ke nak minta maaf?

"Maafkan saya. Saya mengaku saya salah. Saya tidak akan buat macam tu lagi."

Apa perasaan kita bila ada orang yang buat salah pada kita lafazkan maaf macam tu ? Adakah kita rasa kita menang, atau kita rasa puas hati, atau kita rasa bersyukur bila orang minta maaf ? Percayalah sangat susah nak kuatkan hati untuk melafazkan permohonan maaf. Bukan semua orang boleh melakukannya, dan tidak ramai yang boleh melakukannya dengan hati yang ikhlas.

Memohon maaf dengan benar-benar kesal atas apa yang telah dilakukan.

"Saya minta maaf, saya tak buat lagi." (Di dalam hati : aku tak salah pun, tu bukan salah aku.)

Pernah terjadi tak pada diri kita ? Hmmm.......itu perkara yang biasa. Kita minta maaf hanya untuk meredakan suasana. Mungkin kita boleh rasa bersalah kerana kita menjadi punca kemarahan seseorang atau punca kesusahan seseorang...... tidak semestinya kita yang melakukan kesilapan, tapi mungkin orang tersebut salah faham.

Macam mana nak terangkan perkara sebenar dalam keadaan yang tegang ? Kalau kita minta maaf, kemudian tunggu keadaan reda, lepas tu kita pun terangkan perkara yang sebenarnya berlaku, mungkin lebih mudah bagi orang yang marah tadi untuk memahami.

Ingat, orang yang sedang marah, tidak akan mendengar jeritan kita yang cuba melawan kata-katanya, dia hanya akan dengar kita menjerit, bukan penerangan.

Perkataan maaf itu sebenarnya satu perkataan yang penting. Tetapi untuk kesilapan yang sama, berulang-ulang, dan setiap kali juga memohon maaf, mungkin orang akan jemu dengan kita. Mungkin orang malas nak dengar permohonan maaf dari kita. Yelah, kalau betul rasa bersalah, kenapa masih melakukan kesilapan yang sama ?

Tapi, kita kena ingat, manusia tidak sempurna. Mungkin kita boleh bantu si pelaku salah tu untuk tidak mengulangi kesilapan berulang kali. Si pelaku salah pun kenalah bersungguh-sungguh untuk menahan diri dari melakukan perbuatan yang sama.

"Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung." (Surah asy-Syura, ayat 43).


"Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan." (Surah Ali Imran, ayat 132).

Bagi yang tidak ikhlas meminta maaf, dan mengaku bukan salahnya, dan meminta maaf bila dipaksa, perbuatan meminta maaf itu sia-sia. Bagi penerima maaf pula, terima maaf dengna ikhlas akan membersihkan hati dari kemarahan dan dendam.

Marilah kita saling bermaafan. Minta maaf pada suami,isteri, emak, ayah sebelum tidor. Mana tahu, esok kita dah tak melihat dunia lagi ?

p/s : Saya buat entri ni untuk peringatan kita bersama. Memang susah nak memaafkan dan memohon maaf, tapi saya minta maaf dengan semua. Manalah tau, sepanjang berblogging ni ada yang marah dan terasa hati atau kecil hati dengan cara saya atau perkataan yang saya gunakan. 
Saya betul-betul minta maaf.....Maafkan kami....maafkan kami....

Isnin, 14 Mac 2011

Rumahtangga tak seindah luarannya ?



Beberapa hari ini saya terlalu sibuk, saya pun tak tahu apa yang saya sibukkan, tapi masanya macam pendek. Terasa terlalu pantas dari pagi ke pagi yang baru..... Dalam pada itu, ada beberapa kisah yang saya dapat dari teman-teman. Kisah rumahtangga yang mungkin sama dengan orang lain...Tapi, ingin saya ketengahkan di sini sebagai pengajaran dan renungan buat diri saya dan rakan-rakan yang lain....

Seorang teman lama mengadu nasib dengan saya. Kita panggil dia Ita. Suaminya berhubung semula dengan bekas kekasihya, dan mereka seperti berbaik semula. Ita yang sudah melahirkan dua anak sepanjang perkahwinan mereka rasa cemburu. Tentu sahaja. Namun begitu, dia tidak mahu melihat suaminya sedih dan tertekan. Lalu dia bersetuju untuk berpisah....Namun, si suami masih sayangkan Ita, dan tidak mahu menjadikan penceraian sebagai pilihan. Tapi, hati seorang isteri, tetap boleh menghidu isi hati suaminya....Ita bersetuju suaminya memadukannya. Tapi, keinginan si suami itu dihalang oleh ibunya sendiri. Masih hormatkan keluarganya, si suami membantutkan hasrat yang masih membara.

Apa yang menyedihkan, si suami sanggup meninggalkan anak-anak dan isteri untuk bertemu dengan kekasih hatinya. Walaupun faham, isteri mana yang boleh tahan. Lama-lama hati boleh menjadi panas. Ita selalu cari pasal dengan suaminya bila mereka berbicara. Dia akan perli suaminya tentang perempuan itu. Dia akan merajuk dan bermasam muka. Namun, tanggungjawab menjaga rumahtangga tidak dia lalaikan. Dia teruskan seperti biasa.

"Selepas aku cakap perkataan yang mungkin melukakan hati suami aku, baru aku sedar, aku tersalah cakap. Macam mana ayu ? Macam mana aku nak lalui semua itu dengan hati yang redha ? Macam mana aku nak mengawal diri dari menjadi isteri yang tidak diredhai suami ? "

Saya terdiam...saya ingin membantu tetapi tidak mahu silap dalam percakapan. Nanti, yang susah bukan saya, tapi Ita.

"Ita, sebenarnya, kau dah cukup tabah sebagai seorang isteri, kerana bukan mudah menizinkan suami berkahwin lagi. Situasi ini aku tak pernah lalui. Aku hanya boleh beri sedikit pandangan dari hasil pembacaan aku dan pengalaman aku dan orang-orang yang pernah aku kenal."

Saya menyarankan ita amalkan solat malam : solat taubat, solat tahajjud, istikharah dan solat hajat. Sesungguhnya, wanita yang penat melaksanakan tanggungjawab menguruskan rumahtangga di siang hari dan menangis di hadapan ALLAH di malam hari saat orang lain nyenyak tidur, dijanjikan syurga.

Saya juga memberitahu Ita, setiap kali saya rasa marah tidak dapat mengawal perasaan geram pada suami, saya akan sejukkan diri dengan membaca surah Al-Insyirah / Ash-Syarh (Alam Nasyrah). Sebaik-baiknya, ambil segelas air masak, baca surah Al Insyirah, dan selawat atas nabi, kemudian minum air itu dengan niat mengawal perasaan marah. Sebaiknya kita tidak bersuara walau satu patah pun.

Api, jika ditambah dengan api, makin maraklah api tersebut. Tapi, jika disiram dengan air, akan padamlah api yang panas tadi.

Sesungguhnya kemarahan adalah kunci masuknya syaitan dalam hati anak Adam. Kita jangan bagi peluang kepada syaitan laknat untuk masuk ke dalam hati kita dan mengheret kita ke neraka. Na'uzubillah.

Beberapa hari yang lepas, Ita menghubungi saya, dan mengaku, dengan mengamalkan surah tersebut, dia mampu mengawal marahnya. Alhamdulillah, saya bersyukur.


Surah Asy Syarh


[1Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? [2Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) [3Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? [4Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? [5Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, [6(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. [7Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), 8Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). 


Moral :
Sebagai isteri kita harus bersedia dengan perubahan yang mungkin berlaku kepada suami
Sebagai ahli keluarga dan ibu bapa, kita tidak berhak campur tangan urusan rumahtangga anak-anak. Seeloknya, suruh si anak mendapat nasihat dari kadhi atau imam..
Jika bergaduh, sebagai isteri, jangan lancang meminta talak, kita berdosa. Jika memang suami gagal melaksanakan tanggungjawab, pergilah kepada kadhi, dan mohon nasihat untuk fasakh.

Apapun yang saya tulis di atas, yang baik datang dari Allah, dan yang silap atau salah, dari saya sendiri... jika ada yang sedar silap saya, saya akan terima teguran anda. Siapalah saya untuk menghukumkan sesuatu keadaan.........Saya hanya seorang isteri dan wanita biasa....

Khamis, 10 Mac 2011

20 soalan menguji minda.....(ye ke?)

Dalam keadaan pening kepala yang tak habis-habis, lebih menggila lagi bila lapar, mulalah rasa loya, perut berbunyi-bunyi, nak minta di isi......tiba-tiba, satu pesanan tiba di kotak jerit saya, ada tag katanya....dari PUAN KUTU, ye, saya telah di tag... Mula-mula nak buat besok-besok ke... tapi selepas sibuk satu hari dan x sempat nak buat entri, jadi inilah entri saya hari ini....... Saya kena jawab 20 SOALAN MENGUJI MINDA........

Kalau tak ada kerja, bacalah ye......

1. Adakah anda rasa anda hot??
Hot ? Mestilah...! Di mata suami je... bg saya, saya biasa2 je...

2. Upload gambar wallpaper/pic anda guna sekarang
Wallpaper pc ke, hp ? semua gambar ank akk......

3. Cerita pasal gambar
gambar anak-anak yang disayangi....

4. Bila kali terakhir makan ayam?
3 ari lepas kot, makan nasik ayam.....

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
duduk renggang-renggang......bertambah sayang......

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
makan keropok, mengisi perut ini memang penting.....

7. Selain name sendiri, anda dipanggil ape?
Mama...

8. Tag 8 orang

9. Siapakah no 1 anda?
Akak yang paling rajin mengomen entri saya

10. Katakan sesuatu tentang no 5
Baru je kenal dia ni......baru beberapa hari.....

11. Orang no 3 berhubungan dengan siapa?
Dengan suami saya, hehehehe (anak saya la tu..)

12. Bagaimana pula no 4?
nama dia mengingatkan saya cerita filipina dan ayam masak ungkep...hehehe

13. Pesanan buat no 6?
Buat eh serol...oleh kerana ko dah tag msu, ini tag buat ko pula.....

14. Kata-kata cinta buat no 2?
cinta itu tak perlu dicari....ia akan hadir diwaktu yg tak disangka2...(ni nasihat je tau, tanpa niat lain...)

15. Adakah no 7 dan no 8 mempunyai persamaan?
ada, mereka ada blog...

16. Berikan 5 perkara yang anda tahu tentang no 1
dia orang semenanjung
dia tak duduk semenanjung
dia teringin nak balik semenanjung
Rasanya rumah dia tak ada anjung
Dia tak kisah rumah dia ada anjung ke tak.... 

(betul tak k no?)

17. Persamaan antara kambing dan lembu?
Kaki empat

18. Perasaan ketika jawab tag ni?
Tak ada perasaan...yg pasti masih lapar walaupun keropok dah nk abis....

19. Adakah anda tahu Rizman itu sengal?
Owh...ingatkan Rizman tu nama orang......

20. Gay or les?
Dah melahirkan 3 anak sediri dan bahgia disamping suami dan anak-anak nya juga, boleh faham tak ?

Jadi, kepada mereka yang dah di tag, sila jalankan tanggungjawab anda.... kalau dah pernah buat task ni, sila tingglkan link anda...saya nak buat spotcheck...hehehe...nak baca lah....

Rabu, 9 Mac 2011

SENTAPAN YANG MENDALAM...

Tersentap bila dengar macam-macam cerita di luar sana...... Beberapa hari yang lepas, berbual dengan beberapa sahabat yang bekerja di salah sebuah hospital kat Johor Bahru ni. Cerita pasal salah laku remaja.

Kalau ikutkan maklumat dari Bahagian Kebajikan Sosial di hospital tu, kes anak luar nikah aje dah nak masuk 800 kes, padahal hospital tu belum pun 10 tahun beroperasi......Sangat menyedihkan.....

Ada satu kes diceritakan kepada saya. Ibunya mengejutkan anak gadisnya untuk bangun dan bersiap menghadapi peperiksaan SPM. Selepas beberapa jangkamasa, anaknya masih belum keluar dari bilik mandi. Risaukan apa-apa terjadi, ibu tadi minta bapanya membuka pintu dengan kunci pendua. Apa yang ibunya lihat, si gadis sedang memegang bayi dengan keadaan berlumuran darah dan tali pusat yang tergantung. Mereka pun cepat-cepat bawa anak gadis ke hospital.

Tengoklah, itu masih tinggal di bawah jagaan ibu bapa. Pergi dan balik sekolah macam biasa.....pergi kelas tambahan.....pergi buat "study group".... Agaknya, kemana dia pergi sebenarnya..... Risau sangat dalam menjaga anak gadis ni...yelah...orang lelaki jahat macam mana sekalipun, tak nampak kat badan, tak tertulis kat muka....orang perempuan, bila silap langkah, tanggung malu seumur hidup.....

Bagi anak gadis di luar sana, adik-adik yang masih belajar, BERASMARA itu bukan bukti cinta. Bukti cinta ialah bila si lelaki melindungi kita dari dirinya sendiri, jangan lah kerap sangat berjumpa, saya tahu, nasihat ni nampak kolot, tapi, sekolot-kolot zaman saya, kes buang bayi tak ada keluar pun dekat tv.

Kalau zaman saya agaknya, anak perempuan yang liar memang hampir mati dibelasah oleh bapanya atau terus dikurung di dalam bilik. Zaman sekarang, bila ibu bapa mendidik anak, kadang-kadang ada pula yang mengadu kata ibu bapa mendera anak sendiri... Kalau kes yang betul tak apa, kalau anak tu yang degil, macam mana?

Bila mak ayah tak izin keluar dengan lelaki, kata mak ayah kongkong, bila mak ayah tegur pemakaian, kata mak ayah kolot, bila mak ayah tak suka kawan lelaki, kata mak ayah cerewet.....tapi, untuk siapa mak ayah cerewet kalau bukan untuk kesenangan dan kebahagian anak sendiri ? Memang ada lelaki yang baik, tapi lelaki yang baik untuk perempuan yang baik... Kalau kita nak dapat jodoh yang baik, kita pun kena jadi seorang wanita yang baik.... Bukan dah kahwin baru nak berubah... Sebelum kahwin mesti dah berubah...

Tak ada istilah "couple suka-suka" ni....Nanti, kalau dah boncit, bila lelaki kata, "kan kita cuma suka-suka, takkan saya yang nak bertangungjawab, awak pun nak kan...."........nak cakap apa ?

Bukan mudah......... Lelaki yang baik pun, kalau hari-hari duduk menghadap bahagian depan perempuan yang masih segar dan punggung yang melentik, bila ada yang percuma di depan dia, susah dia nak tolak....kecuali kepada yang betul-betul beriman.........

Kepada ibu bapa yang ada anak gadis, perhatikan perubahan mereka....dan ke mana mereka pergi....

Kepada gadis-gadis........jangan mudah percaya lelaki, belajar pandai2, kerja bagus2, kumpul harta sendiri, ataupun duduk rumah, tolong mak ayah, jadi anak yang solehah, yakinlah......ada PUTERA yang dicipta khas buatmu.......

Isnin, 7 Mac 2011

MAAF YE SEMUA !

Saya pening kepala.........tekak rasa mual sangat-sangat.......perut pun rasa semacam......kadang-kadang macam nak muntah....period bulan lepas pun tidak menjelma...... adakah itu tandanya .....? Kalau benar bagai di sangka... alhamdulillah.......

Kenapa minta maaf ? Sebab....... sangat sibuk dengan kerja dan melayan rasa tekak dan pening kepala ni, mana yang sempat je saya melawat.....dah seminggu lebih saya tak tengok blog sangat... entri memang ada, tapi nak berjalan ke "rumah" kawan2 semua, tak sempat dan tak larat.....

Kepada pemenang contest hari tu.... maaf lah ye, hadiah anda semua dah siap dibungkus, tapi tak terpos2, kenderaan saya tak siap lagi, cik abang pula nak bekejar ke banyak tempat dan urusan...... tak sempat nak ke pejabat pos... jangan risau...... hadiah tu tak siapa berani usik... heehehe.....

Semoga semua rakan-rakan di dunia maya ni sihat selalu dan sentiasa dalam rahmat ALLAH hendaknya.... Assalamualaikum.....

Sabtu, 5 Mac 2011

Wanita lebih kuat ? Kan lelaki yang kuat......

Kenapa wanita lebih kuat dari lelaki ?

Bukan dari segi fizikal....tapi mental.........

Yang harus sabar mengharungi waktu loya2 dan muntah2 ------ wanita
Yang mengharungi sakit sendi dan urat saraf mengandung 9 bulan ----- wanita
Yang mengharungi sakit melahirkan zuriat ------ wanita
Yang bersengkang mata menjaga bayi yang demam ------ wanita
Yang dipersalahkan bila anak tidak tahu buat kerja rumah ----- wanita
Yang harus tabah berkongsi kasih demi taat dan hormatkan suami yang ingin berkawhin lagi ---- wanita
Yang selalu dikutuk bila ditinggalkan suami ------ wanita

Memang ada wanita yang tidak mahu mengorbankan jiwa kepada lelaki....... tetapi, pengorbanan di atas tidak dipilih untuk lelaki...... hanya kaum wanita yang mendapat kelebihan itu...... kenapa saya kata kelebihan ?

Bila seorang wanita mengharungi perkara-perkara di atas dengan sabar dan tabah.....serta redha..... ganjarannya amat besar.......

Memang ada lelaki yang melalui cabaran seperti menjadi duda dan terpaksa menjaga anak, tapi biasanya orang akan kesiankan duda tu. Tapi kalau wanita janda yang ditinggalkan, walaupun si janda tu menjaga maruah dia, ada aje fitnah yang datang......itu dugaan buat si janda... kalau si janda ikut jalan ALLAH, dia akan berjaya di dunia dan akhirat.......Kalau si janda semakin memburukkan maruahnya sendiri, dia akan tanggung semua itu di akhirat juga......

Lelaki juga kuat...lelaki memang dijadikan lebih kuat dari wanita.

Saya selalu pesan kepada anak-anak gadis saya...... walau kuat mana pun kita, kita takkan boleh jadi sekuat lelaki. Kerana kita cuma sebahagian dari mereka.....jangan kita suka tunjuk lagak yang kita mampu jaga diri dan boleh hidup tanpa lelaki. Allah jadikan kita berpasang-pasangan pasti ada hikmahnya.....

Jadi, kekuatan wanita sangat tinggi pada waktu-waktu tertentu, tetapi, lelakilah tempat kita bersandar, pada ayah, abang, adik lelaki, suami, anak lelaki, bapa saudara, Imam...........

Jangan kata " Aku boleh hidup tanpa lelaki "

Saya belum jumpa lagi penggali kubur wanita...........

Wali kita juga lelaki.......
Kita tidak boleh sombong di atas muka bumi ALLAH ini.....

Kepada kaum adam pula....sedarkah tanggunjawab anda yang besar ? Jom semua, kita muhasabah........

Apa hal ni?

Saya bertanya diri sediri... apa kena dengan saya.... Sesiapa yang tengok blog sy ni kejap lain, kejap lain, sebab saya tengah nak cari feel utk blog saya ni, tetiba macam dah boring lak......nak ubah sikit2... tapi blum jumpa yang bkenan... nak buat background, belum ada kesempatan..... nak ubah template, dah tak cukup masa dan tangan..... tpi degil, usik2 jugak bila dapat curi2 masa...... Jadi, kalau kawan2 semua tengok, kejap lain-kejap lain, bersabarlah dengan karenah saya ye......Saya tengah berserabut dengan macam2 hal nak setel, lepas tu, gatal2 pulak nak renovate blog..... hehehe........

pssst...:hjau +pink cantik jugak kan?

Khamis, 3 Mac 2011

UNTUK PENGETAHUAN UMAT ISLAM. PENTING !

Berapa ramai di kalangan kita yang kenal dengan Mustafa Kamal Attartuk ? Sekurang-kurangnya pernah mendengar namanya walau sekali ? Fakta tentang Kamal Attartuk ini banyak yang tidak tahu. Ada yang menyangka bahawa dia adalah pembantu ulama dunia....... Ada juga yang menyangka dialah Bapa pemodenan Islam....Kita tidak boleh menyanjung nama ini, dan jadikan tauladan dengan membaca sejarah nya disini. Artikel ini saya perolehi dari BLOG CINA-ISLAM. SEBAGAI UMAT ISLAM YANG BERTANGGUNGJAWAB, MESTI BACA SAMPAI HABIS. 

Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama..

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin

Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.


Dosa Mustafa Kemal

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16.. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turkimemandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya .

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya( susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
 
BOLEH BACA JUGA LANJUTAN DI SINI : 
 
http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=65380&pid=4774965&start=0&#entry4774965
 
 
Pssstt....Kalau tak silap, dalam buku sejarah sek menengah dulu, ceritanya lain......huhu....... jangan mudah terpedaya, mari kita gali sehingga tahu kisah sebenar....lihatlah apa dah jadi pada Turki, Semoga Allah selamatkan umat Muhammad di Malaysia....Amin... 

FOLLOWER KE 200 ?! Terus sihat saya...!

Wah....semalam satu hari tak menjenguk atau menyentuh laptop.......sibuk sangat beserta kepeningan kepala yang belum hilang lagi.........

Dah mencapai 200 follower rupanya ! Saya memang dah bercadang nak bagi sesuatu kepada follower ke 200 ni, tapi dia dah minta dulu sebelum diumumkan....! heheheheh :






Okay......en FAKHRUL1409 adalah follower yang ke 200 di blog saya. Saya sangat tidak menyangka boleh dapat follower banyak macam ni......Harap-harap yang follow tu bukan setakat follow ya, bacalah mana2 entri yang anda semua tertarik....... kalau tak ada yang anda tertarik, takkan anda follow pulak kan ? Tapi kalau memang tak ada yang tertarik tapi nak juga follow....JUTAAN TERIMA KASIH saya ucapkan........
Sayang anda semua !

OOOOOOPSSSS ! Lupa! "pe2 plan " untuk follower ke 200 ialah TOP UP RM 20.00. Jadi en FAKHRUL.....email la kepada saya no telefon anda yae! ayurashidah@gmail.com........Kalo awak tak guna top up, top up kanlah orang tersayang........keh3

Selasa, 1 Mac 2011

Bestnya demam........

Hmm....ada banyak idea nak buat entri, tapi nak buat huraian, tak boleh, stucked. Tekak rasa perit, hidung dah mula merembes cecair yang merimaskan, bunyi bersin pun dah berulang-ulang, kepala dah mula berpinar-pinar, cuma suhu badan je tak naik lagi.....  rasa nak baring je........perut pun rasa tak sedap.....Mungkin terjangkit dengan ain, anak saya yang sekolah tadika tu.......

Kalau diingatkan balik, dah lama tak demam ni. Yang betul-betul demam. Sejak kahwin, rasanya tak ada. Maknanya dah 6 tahun. Kalau semua orang dalam rumah demam pun, saya tak demam juga. Mula-mula simptom-simptom demam tu dah nampak, tapi akhirnya hilang macam tu aje.

Memang biasanya saya buat tak tau je. Malas nak layan rasa sakit dan pening kepala..... Sekali-sekala aje mengadu dengan suami.....Tapi kali ni memang rasa macam tak larat, saya cuba juga kuatkan......

Tapi sebenarnya, semuanya nikmat. Sihat itu nikmat, sakit pun nikmat...... Bila sihat, bolehlah kita jalankan tanggungjawab menjaga rumahtangga, anak-anak dan suami dengan baik..... disamping menjaga pekerjaan kita juga. Sebaliknya, bila sakit, kita harus sedar, itu adalah peringatan ALLAH SWT kepada kita.... Semoga kita sedar..... bahawa Allah mengingati kita, dan mahu kita menghargai masa sihat kita.....

Rasulullah SAW bersabda: 

“Sungguh aneh bagi seseorang mukmin itu, seluruh keadaan yang menimpa dirinya dianggap sebagai suatu kebaikan bagi dirinya. Keadaan seperti ini tidak akan ditemui pada sesiapapun kecuali seorang yang beriman. Jika dia mendapat kesenangan lalu dia bersyukur, maka perkara itu akan mendatangkan kebaikan bagi dirinya. Jika dia mendapat kesusahan lalu dia bersabar, maka perkara itu akan mendatangkan sebuah kebaikan bagi dirinya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Rasulullah SAW bersabda:

 “Tidaklah seorang Muslim ditimpa sakit melainkan dengannya Allah akan menggugurkan kesalahannya seperti daun pohon yang berguguran.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari )

Yakinlah, ALLAH memang MAHA ADIL, tidak akan DIA menarik sesuatu dari hambanya kecuali DIA mahu menggantikan sesuatu yang lebih baik untuk kita, untuk hambaNYA yang bersabar dan beriman.......

Amat sukar untuk kita menjadi setabah Nabi Ayub a.s, namun cukuplah jika kita bersyukur dengan kehidupan yang kita kecapi selama ini......Mungkin inilah masanya kita renung-renung kembali dosa-dosa kita yang lalu......

Manusia selalu leka, namun ALLAH YANG MAHA PENYAYANG selalu mengingatkan kita, selalu memberikan kita petunjuk.....Jadi, janganlah kita menjadi sombong dengan menidakkan petunjukNYA dan berlagak seolah-olah hidup kita tidak pernah berhutang kepada sesiapa..... Sedarlah, Nyawa dan nikmat di dunia sekadar pinjaman, jika tidak bersyukur dan tidak mendapat keredhaanNYA, adakah kita bersedia menghampiri NERAKA YANG DAHSYAT ITU ?

Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?

Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN

Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.

Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.

Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.

Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.

Terima kasih.