Sabtu, 5 Februari 2011

Susahnya........

Susahnya nak minta maaf...
Susah juga mengaku salah...
Susah nak berbaiksangka...
Susah nak terima kelemahan orang lain...
Susah nak mengaku kelemahan diri...
Susah nak terima kehilangan...
Susah nak redha dengan dugaan...
Susah itu...susah ini.....

Biasa terdengar ayat-ayat di atas ?
Atau anda sendiri pernah mengatakannya ? 
Atau sekurang-kurangnya terdetik di hati ?

Semua itu pasti pernah terlintas di fikiran kita. 
Tapi, pernahkah kita fikir, boleh atau tidak kita ucap perkara macam tu ?
Kenapa tak boleh ya?

Sebab...... itulah ciri-ciri orang yang mengeluh...

Firman Allah :
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Al-Baqarah : 156)
 

"Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh) dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengasihi orang-orang yang sabar." (Ali Imran : 146) 

Setiap orang akan diuji dengan ujian yang mampu dia hadapi. Tidak lebih dan tidak kurang. Mengeluh itu seperti kita tidak bersyukur atas ingatan ALLAH terhadap kita, sedangkan kita kurang mengingatiNYA, malah cuai dan lalai menjalankan perintahnya.

Kesilapan sesorang mungkin ujian buat kita. Jika benar orang itu bersalah, tegurlah dengan berhemah, bukan dengan amarah. Jika amarah gagal meguasai kita, bererti, syaitan semakin jauh dengan kita. 

Haiya 'alal falaah ! Insya Allah......

*Peringatan buat diri saya sendiri yang selalu lalai dan alpa dalam mengawal emosi dan perkataan yang keluar dari mulut. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa kata anda....

Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?

Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN

Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.

Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.

Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.

Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.

Terima kasih.