Sabtu, 19 Februari 2011

Mari Berbalas !

Pantun laaa........ Hari ni rasa nak berpantun pulak, terbawa-bawa dengan entri kak cik nur seroja.......

Mengarang pantun rasa teruja
Memerah otak tanpa keringat
Pantun dikarang untuk semua
Yang sudi datang melihat-lihat

Pagi hari hujannya lebat
Diharap petang tak akan hujan
Entri saya tidaklah hebat
Bacalah ia jika berkenan

Disuruh masak ikan tilan
diberi oleh jiran terdekat
Sejak berkahwin tiada teman
Rakan online kini sahabat

Melihat-lihat sarang tempua
Terjatuh pula ia ke pangkal
Walau kita belum bersua
Moga ikatan ini kan kekal

Berjalan-jalan sambil mengira
Jatuh pula di tempat rata
Jika saya salah bicara
ampun dan maaf yang saya minta

Selesai sudah saya berpantun
Pantun yang biasa diperindahkan
Jika ada ingin berpantun
Didalam komen nanti sertakan.......

11 ulasan:

  1. anggunnya dara berbaju kebaya
    dibawa berjalan pergi ke pekan
    walau bersahabat hanya di maya
    mesra yang terjalin tiada ternilaikan

    manisnya gadis berwajah bujur
    manislah lagi sihalwa maskat
    andai kita ikhlas dan jujur
    InsyaAllah Tuhan memberi berkat

    campur serbat di dalam sirap
    buat hidangan di malam gelita
    dalam bersahabat jangan mengharap
    lebihkan memberi jangan meminta

    Harap Ayu suka dengan pantun2 kakcik tu :)

    BalasPadam
  2. naik sampan kita berkayak
    sambil berkayak di depan naga
    hari ni jumaat kerja ku banyak
    pening kepala membuka sebutharga

    naik motor naik kereta
    kereta di bawak tersangatlah laju
    esok sabtu bercutilah kita
    kak ayu plan ke mana di tuju?

    BalasPadam
  3. saya balas kat entry tau..nanti2..hehe

    BalasPadam
  4. balas pantun kak cik :

    Ke kedai tayar nak beli sport rim
    Bila dah beli keretai di rai
    Semoga kekal silaturrahim
    Kupohon Allah akan meredhai

    BalasPadam
  5. balas pantun lea :

    Perut ku lapar inginkan roti
    Roti disapu dengan mentega
    Kerja sendiri tak ada cuti
    Kalau nak jalan ku cabut juga

    BalasPadam
  6. sekali pantun daaaaa...hehe..kakNo tak pandai sgt bab2 pantun nih walopon dlu amik sub sastera hehe..

    BalasPadam
  7. alaa..chii pun x reti sgt nk berpantun.bca pantun je yg reti..ehehe..

    BalasPadam
  8. lembut halus tuturnya kata
    tersusun indah penuh bicara
    salam perkenalan dihulur mesra
    jalinan kemesraan sesama kita

    BalasPadam
  9. k no: ala... tak aci lahh......hehe

    chii pun tak aci gak... hehe.... tak pe, next week, kita buat 2 kerat je, senang sikit...

    BalasPadam
  10. Bayu :

    Tercari-cari si daun palas
    Terpijak pula si burung camar
    Huluranmu itu kusambut ikhlas
    moga kekal dan tidak tercemar

    BalasPadam

Apa kata anda....

Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?

Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN

Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.

Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.

Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.

Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.

Terima kasih.