Rabu, 23 Februari 2011

maaaaaakkkkkk!

Dua hari lagi akan tamatlah contest yang saya buat, iaitu CONTEST SEMPENA 3 SERIES : AYURASHIDAH. Jadi, sebelum tamat contest tu, saya pun nak kongsikan luahan rasa saya kepada mak saya. bukan nak sertai contest sendiri, tapi nak meluahkan juga)

***************

Mak, ayu selalu ingat pada mak. Ayu selalu terasa nak duduk bersama mak macam masa ayu kecil-kecil dulu. Ayu rindukan saat itu. Mak, maafkan ayu bila harapan mak melihat ayu menggenggam ijazah tidak tercapai. Bukan malas, bukan tak mau. Ayu cuma tak mau dibebani hutang pinjaman lantaran kehidpan mak sendiri bukannya senang. Ayu tak mau habiskan harta mak. Cukuplah dengan apa yang ayu dah guna selama ayu di bawah tanggungan mak. 

Mak, ayu sebenarnya malu nak tengok muka mak, tapi ayu rindukan senyuman mak. Malu, sebab ayu terlalu banyak menyusahkan hati mak dan keluarga. Ayu faham, semua orang cuma nak lihat hidup ayu bahagia dan tidak sia-sia. Sebagai anak bongsu, memang ayu tidak cuba memanjakan diri, tetapi, semua orang dalam rumah tu manjakan ayu. Terima kasih mak dan semua.....

Mak, sampai sekarang mak masih menjadi pendokong dan penyokong ayu. Sampai sekarang mak lah tempat ayu mengadu. Tapi ayu masih tak puas. Ayu nak macam dulu, sentiasa bercerita dengan mak tentang semuanya. Memang pada dasarnya kita dah biasa terpisah, memandangkan dari tingkatan satu hingga tamat diploma, ayu habiskan di Kuala Lumpur. Pasti mak nak lihat ayu berjaya. Dan siapa sangka, ayu bertemu jodoh di awal usia 20-an...... Ayu tau mak takut ayu tak bahagia kalau salah pilih suami..... Mak juga nak tengok ayu hidup senang macam yang ayu selalu cerita pada mak dulu......

Mak, alhamdulillah, doa mak sentiasa mengiringi anak-anak. Ayu bahagia di samping suami dan anak-anak. Suami yang sangat penyayang, pemurah, dan seorang pemimpin yang baik. Anak-anak perempuan yang baik dan comel menghiasi hidup ayu kini. Tapi, ayu masih rindukan mak......

Maafkan ayu mak, tak dapat jaga mak...... Dulu ayu berangan, ayu yang nak jaga mak dan ayah sampai akhir hayat. Tapi, ayah dah pergi tinggalkan kita. Ayu naaak sangat jaga mak bila melihat mata mak yang dah tak lagi bermaya kerana kesunyian tanpa suami tersayang....... Tapi apakan daya. Isteri itu wajib menjaga suami lebih dari ibunya sendiri. Ayu memang ada kehidupan sendiri. Tapi hidup itu sebenarnya bermula dengan mak. 

Mak, maklah sebenarnya wanita paling tabah yang ayu pernah jumpa selama hayat ayu. Maklah ibu yang sangat sayangkan anak-anaknya. Ayu tak mungkin mampu jadi seperti mak. Ayu telah cuba untuk jadi seperti mak, mengabdikan diri pada anak-anak dan rumahtangga. Tapi, mungkin kehidupan zaman ini sangat sukar bagi ayu untuk menciptakan "mak" dalam diri ayu ni.

Mak, bila ayu tak balik jenguk mak, bukannya ayu tak rindu, bukannya ayu dah lupa, bukannya ayu tak suka. Bila ayu tidak ada bersama dalam keramaian keluarga, bukannya ayu mengelak, bukannya ayu menjauh, bukannya ayu menghindar....... Ayu tak mampu ceritakan mengapa, tapi mak, percayalah, mak sentiasa akan menjadi emak tebaik dan paling ayu sayang dalam dunia ni. Ayu doakan mak akan sentisa di bawah limpahan rahmat dan kurniaNYA.......

Walau berusaha banyak mana pun, ayu takkan boleh menjadi sebaik mak, walau sebanyak mana pun yang ayu buat, ayu takkan mampu membalas jasa mak. Kini, hanya satu yang tinggal, ayu akan berusaha menjadi isteri solehah, kerana mak pasti akan mendapat ganjarannya juga..........Doakan ayu mak..........SAYANG MAK........SAMPAI BILA-BILA.........................

2 ulasan:

  1. huhuhuhu touchingnyer baca luahan nie...terasa rindunya kat mak juga wlpn ddk sebumbung

    BalasPadam
  2. bestnya duduk sebumbung lg dengan mak, saya dapat jumpa mak dua minggu sekali aje.... hhuhuhu...

    BalasPadam

Apa kata anda....

Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?

Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN

Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.

Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.

Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.

Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.

Terima kasih.