Sabtu, 19 Februari 2011

CIRI-CIRI SUAMI TERBAIK

Bila kita cerita tentang pasangan, kita akan angankan pasangan yang macam mana yang kita nak. Lain perempuan lain ciri-ciri lelaki yang ada dalam senarai. Begitu juga lelaki.

Sebenarnya, macam mana kita yakin sangat orang yang memenuhi ciri-ciri tu akan buat kita bahagia hingga akhir hayat ? Apa yang kita mahukan, tidak semestinya baik untuk diri kita. Kadang-kadang, kita dah temui seoang lelaki yang baik, rajin, setia, penyayang, tetapi kita tolak dia hanya kerana dia tidak berharta atau tidak berpangkat.

Secara jujurnya, saya menerima suami saya semasa dia langsung tidak mempunyai simpanan, duda anak tiga, tidak ada tempat tinggal tetap, tidak ada kenderaan sendiri walau basikal pun, dan tidak ada kelulusan yang tinggi. Walau dia kacak di mata saya sekarang, tapi, dengan penampilan sebarangnya dulu, membuatkan ramai yang tertanya-tanya mengapa saya pilih dia.

Pada saya, saya tidak memandang luaran. Dia punyai karisma seorang suami yang baik. Dia mampu membuatkan saya hormat dan menurut perintahnya sebagai ketua keluarga sedangkan saya seorang yang degil dan suka berdikari (tidak suka ada orang yang membuat perancangan). Pengetahuannya yang banyak tentang rumah tangg (duda!) dan pengalaman hidup yang bercampur-campur, buatkan saya yakin untuk hidup dengan dia. Saya tak kisah walaupun dia tidak boleh sayang saya lebih atau sekurang-kurangnya sama dengan arwah isterinya, asalkan dia membuat saya bahagia dengan cara yang tersendiri. Kami selalu bergeduh, sebab kami sangat berlainan pada awalnya. Tapi, tahum-demi tahun, kami semakin memahami.

Jadi, jika kita mempersiapkan diri untuk menjadi seorang isteri kepada suami yang baik, kaya, penyayang, ambil berat, rajin, bertanggungjawab, adakah kita mampu memberikan yang terbaik buatnya nanti ?

Suami terbaik akan kita perolehi bila kita menjadi isteri terbaik. Percayalah.......

Mungkin ada yang kata, 'saya dah buat macam-macam untuk suami, itu, ini, begitu begini, tapi dia tak pernah hargai'. Kita perlu sedar betapa kedudukan isteri dengan suami memang seiring tetapi besarnya tanggungjawab menghormati suami sehingga tidak boleh mengungkit-ungkit apa yang kita dapat selama hidup dengannya.

Demikian pula dalam Al-Musnad, Sunan Ibni Majah, dan Shahih Ibni Hibban dari Abdullah ibnu Abi Aufa radhiyallahu ‘anhu, ia berkata:


لمَاَّ قَدِمَ مُعَاذٌ مِنَ الشَّام ِسَجَدَ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ: مَا هذَا يَا مُعَاذُ؟ قَالَ: أَتَيْتُ الشَّامَ فَوَجَدْتُهُمْ يَسْجُدُوْنَ لِأَسَاقِفَتِهِمْ وَبَطَارِقَتِهِمْ، فَوَدِدْتُ فِي نَفْسِي أَنْ تَفْعَلَ ذَلِكَ بِكَ يَا رَسُوْلَ اللهِ .فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: لاَ تَفْعَلُوا ذَلِكَ، فَإِنِّي لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لِغَيْرِ اللهِ لَأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا، وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لاَ تُؤَدِّي الْمَرْأَةُ حَقَّ رَبِّهَا حَتَّى تُؤَدِّيَ حَقَّ زَوْجِهَا، وَلَوْ سَأََلَهَا نَفْسَهَا وَهِيَ عَلَى قَتَبٍ لَمْ تَمْنَعْهُ



Tatkala Mu’adz pulang dari negeri Syam, ia sujud kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka beliau menegur Mu’adz, “Apa yang kau lakukan ini, wahai Mu’adz?” Mu’adz menjawab, “Aku mendatangi Syam, aku dapati mereka (penduduknya) sujud kepada paderi mereka. Maka aku berkeinginan dalam hatiku untuk melakukannya kepadamu, wahai Rasulullah.”
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jangan engkau lakukan hal itu, karena sungguh andai aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada selain Allah niscaya aku perintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya. Demi Dzat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, seorang isteri tidaklah menunaikan hak Rabbnya sampai ia menunaikan hak suaminya. Seandainya suaminya meminta dirinya dalam keadaan ia berada di atas pelana (haiwan tunggangan) maka ia tidak boleh menolaknya8.” (HR. Ahmad (4/381) dan Ibnu Majah no. 1853)



JANGAN ENGKAU KAHWINI WANITA YANG ENAM


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1. Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama : wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua : dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6. Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli..

Jadi, adakah kita masih nak ikut pilihan hati kita atau perbaiki diri kita supaya tidak termasuk dalam 6 golongan di atas ? 

Bukankah telah dijanjikan, wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Fikirkanlah...... 

Maafkan segala kesilapan, perbetulkan jika ada kesalahan.  

5 ulasan:

  1. salam kenal...

    sangat2 setuju:wanita baik hanya untuk lelaki yg baik...

    BalasPadam
  2. Setuju jugak..Sy terima suami sy seadanya..:)

    BalasPadam
  3. ye, Allah hanya memberikan yang terbaik buat hambaNYA...

    BalasPadam
  4. Salam..semoga terhindar dri y 6 itu..amin.

    BalasPadam

Apa kata anda....

Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?

Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN

Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.

Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.

Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.

Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.

Terima kasih.