Sabtu, 29 Januari 2011

Macam mana nak cakap " i tak love u" ?

Susah nak cakap I love you. Tapi kalau nak cakap I tak love you, macam mana? Susah ke senang ?

Ya. Saya dah kahwin. Bukan saya yang nak cakap I tak love you tu.... Saya cuma teringat, dulu, kawan saya, kita panggil dia lina, ok? Lina ada pengalaman, "dipaksa couple". Lina tak nak, dan tak rasa setitik pun suka pada lelaki tu - Sham. Tapi Sham tetap nak juga.. Dia seolah-olah tidak dapat terima istilah "Cinta tidak boleh dipaksa". Lina cuba cakap dengan cara baik, Sham tetap tak faham.

Oleh sebab kesian, Lina beri tempoh percubaan selama sebulan.......Tapi, dalam tempoh 1 bulan, tidak ada satu saat pun yang Lina suka pada Sham. Jadi, bila cukup sebulan, Lina putuskan hubungan dengan Sham. Sham, yang sepatutnya dari awal bersedia dengan apa pun keputusan, agak marah dan agak tidak berpuas hati. Tapi, Lina dah malas nak layan.

Memang Sham lelaki baik yang bertanggungjawab, rajin bekerja, dan ikhlas menyayangi Lina. Tetapi, sayang dan cinta tak boleh dipaksa. Bukannya boleh terjah aje hati orang dan ambil untuk kita.  Paling penting, kenalah percaya kepada ALLAH. Kalau bukan untu kita, pasti ada yang lain menanti kita.

Janganlah kita suka paksa-memaksa dalam soal hati. Terasa  seksa orang yang dipaksa, dan akhirnya terseksa juga orang yang memaksa. Wah, "Kau dipaksa, aku terpaksa" gitu.

Okay. Pertama sekali, kita kena Percaya kepada Qadha & Qadar. Allah hanya memberikan yang terbaik buat hamba-hambaNYA. Kemudian, kenalah bersabar untuk menemui yang sesuai dengan diri kita. Setiap orang pasti ada pasangannya.

*Lainlah kalau ada orang meminang, mak dan ayah setuju. Bila nikah dengan ikhlas, walau pun sebelum tu tak pernah cinta, cinta yang akan dimiliki lagi hebat. Percayalah! Yang penting IKHLAS! Bukan terpaksa.

6 ulasan:

  1. betul2...tak semua bnda kita boleh paksa...
    lagi2 peasaan nie...
    susah sgt nak ungkap...

    hurrrmm...

    BalasPadam
  2. bg saya nak mengucap i luv u mmg senang..
    tp ade kemungkinan kita tak mksudkan benda tu.=) betul tak?

    BalasPadam
  3. al_hakim : betul tu, kalau org yg anggap perkara tu boleh buat main. kalau tak serius, lebih baik jgn cakap, ada pulak yg kecewa nnti, kan?

    BalasPadam
  4. Ye No memang setuju sesangat..CINTA kena ikhlas dan ianya kena datang dari hati yang suci..

    BalasPadam
  5. cinta mmg xley d paksa..
    kalo org tu dh x suke kte kne trime keputusan die..
    i don't love u like i did yesterday..
    ahax..:D

    BalasPadam

Apa kata anda....

Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?

Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN

Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.

Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.

Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.

Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.

Terima kasih.