Jumaat, 14 Januari 2011

Cara dan doa hadapi kecewa dan putus cinta

Ah! Sedihnya.....dia tinggalkan saya......apa akan jadi pada saya lepas ni? mesti saya tak dapat jumpa dia lagi...rindunya......apa salah saya... kenapa dia buat macam ni? Sampai hati dia...sedihnya...saya tak boleh hidup tanpa awak....tolonglah jangan tinggalkan saya....

Ada yang macam tu ke? hmmmm, macam mana nak hadapi kekecewaan ni ye? Saya pernah melaluinya. Memanglah terseksa rasanya. Tapi macam mana nak atasi?

Saya nak kongsikan dengan semua orang cara saya hadapi saat-saat macam ni.

Gambar hiasan

  1. Ingatlah, Allah lebih sayangkan kita, sebab itu kita di duga.
  2. Ingat juga, kita kena terima qada dan qadar
  3. Allah lebih tahu yang mana terbaik buat kita.
  4. Kita kena tahu, melayan rasa kecewa hanya akan merosakkan hati dan perasaan dan menghabiskan masa dengan sia-sia
  5. Jangan cuba melupakan 'dia' dengan pergi berhibur atau bersosial, sebaliknya, dekatkan diri kepada Allah.

Tips dalam menjaga hubungan :

  1. Jangan selalu berjumpa kerana akan menggalakkan maksiat
  2. Bersegeralah dalam ikatan pernikahan jika sudah tidak mampu melawan nafsu
  3. Jangan terlalu berharap kita akan hidup dengan dia hingga ke akhir hayat
  4. Buang tabiat cemburu buta
  5. Dapatkan restu orang tua
  6. Rajin berdoa

Dulu, saya selalu doa macam ni :
"YA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI, kau tetapkanlah imanku, sekiranya dia bukan jodohku, kau akhirkanlah perhubungan ini dengan cara yang mampu aku hadapi dan dengan secepatnya. Sekiranya dia memang jodohku, kau satukanlah kami dengan ikatan yang sah dengan segera dan kau jauhkanlah kami daripada maksiat. Sesungguhnya aku hambaMU yang lemah. Sangat lemah melawan nafsu. Namun hanya KAU YA ALLAH yang mengetahui apa yang terbaik untukku. Tabahkan hatiku untuk menerima takdirMU."
Alhamdulillah, saya berjaya menghadapi saat kekecewaan dengan tenang. Semua itu sejarah buat saya kerana kini telah bahagia bersama suami dan anak-anak tercinta. Sesungguhnya ALLAH MENGETAHUI YANG TERBAIK BUAT HAMBANYA.

* Sebenarnya, bagi yang belum terjebak dengan dunia couple ni, lebih baik jauhkan diri, sebab sebenarnya lebih banyak dosa dari pahalanya ! Simpanlah cinta dalam hati untuk suami. Saya menyesal dengan perbuatan saya dulu. Jika saya mampu menahan diri, lebih indah jika cinta yang ada dari dulu saya serahkan sepenuhnya buat suami saya. Saya kesal kerana pernah menyayangi lelaki lain selain suami saya. Walaupun hanya kenangan, tapi saya nasihatkan kepada adik-adik dan anak-anak yang masih belum terjebak supaya mengelak dari berbuat begitu. Semua itu hanyalah tuntutan nafsu. Yakinlah pada Allah, dan DIA akan berikan yang terbaik buat kita. Lebih indah lagi bila DIA menyerahkan CINTANYA BUAT KITA! INSYA ALLAH ! AMIN YARABBAL 'ALAMIN........

13 ulasan:

  1. yeah..
    nasehat terbaek..
    mse aQi putus cintan dlu dkt sbulan gak r frust nonggeng..hehe...
    aQi lpaskan tensi dgn ride muto laju2..lpas tu rase lega..
    la ni..lpas bace nasehat akak rase xnk b'couple lg..
    hehe..:D

    BalasPadam
  2. yela aqi.....akk cuma share dr pengalaman aje, kalau bermanfaat baguslah, x nak org lain ulang kesilapan akak...

    BalasPadam
  3. haha...suka yg jgn jmpa slalu 2...bleh pkai kat awek2 yg xabes2 nk jumpa...

    BalasPadam
  4. umie : tq for your visit

    kauialahkau : boleh2...print, frame bagi kt dia.....

    BalasPadam
  5. E.d.Y :tq for ur visit. n also 4 the compliment. ;)

    BalasPadam
  6. aQi mohon tuk share kt fb ye..
    wat tatapan rakan2 aQi..:D

    BalasPadam
  7. Trend org skrg suka brkwn2 dlu...setakat nk taaruf bleh trima lg, tp kalu dh sll sgt nk ajk jumpa risau jg laa...ni bleh bwk kpd lubang2 maksiat...so bg yg perempuan igt2 la jg maruah n harga diri kte...si dia x smestinya serius mau kan kte, fikirlaa kalu dia brniat ikhlas utk mengenali dgn lebih dkt sdh pasti dia minta izin dr ibu bapa trlebih dlu bkn...itu bru kena caranya...setakat nk isi ms dia yg trluang tu bohlayan je...

    BalasPadam
  8. Saya pun baru putus cinta...sekarang masa untuk sy pulihkn diri sy walaupun sukar...dia mmilih insan yg baru dikenali dn mlpaskn sy yg sudah bersamnya setahn lebih....sy x tahu apa slah sy

    BalasPadam
  9. nora ashiqin, jangan rendah diri, yg penting waktu sekarang kena fikirkan, mungkin, semasa bersama dia, kita kurang ingat DIA, Allah sayangkan nora, Allah nak nora jauh dari terjebak, doa aje kepada Allah, agar ditemukan lelaki yang lebih baik dan terbaik buat nora. Akk pun doakan juga..insyaAllah....

    BalasPadam

Apa kata anda....

Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?

Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN

Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.

Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.

Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.

Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.

Terima kasih.