Khamis, 27 Januari 2011

Bisnes tak fikir duit? Boleh ke?

Semalam, dalam keadaan yang agak sibuk, seorang pelanggan datang ke pejabat saya untuk membeli produk kami. Katanya, dia memang pengguna setia....Katanya lagi, dia berminat menjual produk kami... Saya pun bercerita tentang cara-cara dan tentang produk. Habis bercerita, saya lihat matanya membaca sesuatu di satu papan tulis saya. Di papan itu, ada tertulis faktor seseorang itu gagal.

Dia agak terkejut kerana salah satunya adalah : "fikirkan wang semata-mata"

Dia bertanya : Macam mana tu kak? Boleh ke berniaga tak fikirkan wang? Lagi-lagi zaman sekarang. Semuanya mesti duit je kan?

Saya senyum.....kemudian menjawab persoalan tadi begini ;

Memang wang tu penting. Tapi, memang faktor utama kegagalan peniaga adalah kerana wang. Wang itu apa? Harta dunia kan.......Bila kita fikirkan wang, kita akan selalu rasa tak cukup. Kita akan sentiasa fikir nak untung... Pernah tak kita fikir, macam mana nak hadapi kerugian? Kita kena faham konsep berniaga. Manusia yang jujur sebagai peniaga, dia akan redha akan untung dan ruginya. Bila berniaga untung, kita suka, joli sakan. Bila berniaga rugi, kita tak tahu nak buat apa, pinjam sana, pinjam sini, hutang sana, hhutang sini. Makin rugi jadinya!

Dia diam sejenak, kemudian bertanya lagi : Macam mana akak bertahan ? Mesti akak dengan suami ada buat kerja lain kan, takkan ni saja bisnes akak.

Saya senyum lagi dan jawab,

Inilah satu-satunya rezeki yang membesarkan anak-anak saya, dan menjaga keperluan keluarga saya. Kami tak ada buat kerja lain.

Bila rugi, apa yang akak buat ?

Kami sentiasa amalkan tabiat menyimpan. Jadi, bila jualan tidak baik, simpanan itulah yang jadi pusingan, sambil kami kejar balik jumlah jualan kami. Jika kami terpaksa turun padang buat jualan pun kami pergi. Ia tidak menjadi masalah langsung. Satu lagi, saya didik anak-anak makan apa yang mak ayah makan. Kalau bilis, bilislah, kalau telur, telurlah, kalau bubur, buburlah, kalau lebih sedikit pendapatan bulan tuu, makanlah tempat sedap sikit. Dulu ada satu tauke beritahu suami saya,

'Kalau lu boleh makan nasi sama garam saja, lu boleh pergi punya, lu boleh berjaya! Betul, tak da tipu!'

Saya percaya kata-kata itu. Tentu sekali saya percaya janji Allah. Mohonlah padanya dengan bersungguh-sungguh, Allah pasti akan memberikan apa yang sepatutnya kamu miliki. Tapi, tak semestinya apa yang kita minta, yang penting, ia adalah yang terbaik buat kita.

Sebelum saya menjalankan perniagaan sekarang bersama suami, saya pernah membuka perniagaan lain. Tapi saya tidak mungkin lupa, memang saya lakukan semuanya kerana wang.....buruknya saya masa tu....dan perniagaan saya pun tidak ke mana.

Kepada rakan-rakan yang berniaga, simpanlah sedikit dari keuntungan, satu hari RM 2.00 pun tak apa, setahun dah dapat RM 720.00....cukup buat bayaran yuran anak-anak sekolah kan?

Lagi satu, paling penting, berniagalah kerana Allah. Jalankan perniagaan mengikut terma dan syarat dari Allah. Pasti anda akan beruntung, jika tidak di dunia, pasti di akhirat......

2 ulasan:

Apa kata anda....

Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?

Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN

Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.

Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.

Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.

Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.

Terima kasih.