Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku
PENULISAN INDAH OLEH JM AZIZ
Indahnya kalau semua wanita dihargai seperti gambaran puisi ini. Betapa hati seorang wanita mendambakan perhatian dan sentuhan jiwa lelaki yang ikhlas menerimanya sebagai suri hidup.
Namun, bukan salah lelaki jika wanita itu tidak sedar betapa indahnya kedudukan seorang wanita itu di dalam Islam. Selamilah keindahan yang telah di ciptakan sejak terciptanya Hawa yang di khaskan untuk Adam. Betapa wanita itu sebenarnya sepatutnya seorang yang setia, lembut, penuh dengan rasa sayang dan kemuliaan hati. Itulah sifat yang harus ada dalam diri seorang wanita.
Mendapatkan cinta lelaki yang baik dan ikhlas, bukan satu perkara mudah di zaman ini. Wanita dikatakan berbeza dengan perempuan. Tapi salah siapa yang mewujudkan kelompok begitu dikalangan kita? Tidak perlulah menuding jari pada sesiapa. Apa yang perlu dibuat ialah, perbaiki diri dan keluarga, jauhi dosa-dosa besar, dan minima kan dosa-dosa kecil.
Saya sendiri berharap, suami saya tetap meletakkan saya dalam hatinya sehingga ke akhir hayat. Semoga kami dapat membina keluarga yang sentiasa diredhai, dan semoga cinta kami disemai indah dan disirami CINTA dari ILAHI. InsyaALLAH.
*Saya sangat suka lagu ni... boleh menitis airmata bila menghayati lirik yang sangat halus bahasanya tu. I LOVE U ABANG!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?
Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN
Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.
Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.
Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.
Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.
Terima kasih.
suke..suke..sy pun suke lagu ni..syahdu
BalasPadamkan...kan..kan...tq puan nina...
BalasPadam