Khamis, 9 Disember 2010

CINTA SEMPURNA, boleh dapat ke?

Bila sebut tentang cinta, ramai yang teruja, ramai juga yang tak percaya. Lebih-lebih lagi wanita. Jiwa yang lembut dan penuh rasa sayang sentiasa mendambakan cinta. Cinta yang sering diperkatakan pula selalu berkisar tentang cinta antara lelaki dan wanita. Perasaan itu memang yang ditunggu-tunggu untuk mendapatkan pelengkap kehidupan.

Namun, dapatkah kita memiliki cinta yang sempurna? Bagaimana sebenarnya cinta yang sempurna? Adakah setiap orang boleh memilikinya? Tentu sekali pandangan tentang cinta ini berbeza-beza mengikut penilaian masing-masing.

CINTA SEMPURNA ANTARA PASANGAN

Pasangan yang saya maksudkan semestinya pasangan yang sah sebagai suami isteri. Pernikahan adalah langkah pertama menjejaki CINTA SEMPURNA.

Adakah cinta sempurna itu adalah :
  1. Sentiasa cakap I LOVE U
  2. Sentiasa bergurau senda
  3. Sentiasa belai membelai
  4. Sentiasa senyum dan ketawa
  5. Sentiasa cantik dan kacak
  6. sentiasa memahami
  7. Tidak pernah bergaduh
  8. Anak ramai dan pandai
  9. Suami / isteri kaya
  10. dan lain-lain
Jika perkara di atas adalah unsur-unsur untuk mendapatkan cinta sempurna, susahlah saya nak mengecapinya.

CINTA SEMPURNA di mata saya.

Saya punya cinta yang sempurna dengan suami. Saya bukan wanita yang sempurna. Saya boleh memasak, tetapi bukan sentiasa masakan saya five star. Saya suka mengemas, tapi bukan sentiasa badan saya bersemangat nak mengemas. Saya suka bergurau, tetapi bukan setiap masa saya boleh bergurau. Tubuh badan saya cukup, tapi saya tidak langsung kelihatan seperti wanita jelita dalam gambaran kisah-kisah cinta yang menjadi lagenda.

Bagi saya, saya memiliki cinta sempurna bila suami menjadi pelengkap rumahtangga. Bila saya salah, dia marah, dia tegur. Bila dia salah, saya tegur dengan cara lembut. Bila saya sedih, dia menghiburkan. Sikap negatif saya akan bertukar menjadi positif bila bersamanya. Bila saya tak boleh menahan perasaan marah, dia akan memberi ruang untuk saya menenangkan diri. Bila kami berdua tidak boleh menahan marah, geram atau lain2, kami juga akan bertekak sesama kami, tapi kami akan berbaik dalam tempoh 24 jam. Saya akan mulakan nya. Saya tak kira salah siapa. Tetap saya juga yang meminta maaf dulu. Memang saya letakkan suami di tempat yang tinggi di hati saya.

Saya tahu dia bukan lelaki sempurna. Tapi dia menjadi sempurna kerana sudi menerima saya seadanya.


CINTA KAMI JADI SEMPURNA BILA KAMI TIDAK MENYIMPAN DENDAM, DAN SALING CUBA MEMAHAMI, SERTA SAMA-SAMA MEMPERBAIKI KELEMAHAN DIRI. CINTA KAMI JADI SEMPURNA BILA KAMI SAMA-SAMA MENCARI CINTA ILAHI.
GAMBAR HIASAN

Mungkin ada antara anda mempunyai suami yang tidak memahami, tidak mahu mengalah, panas baran dan macam-macam lagi di kaca mata anda, saya setuju. Tapi, cuba anda ingat kembali apakah niat anda semasa bersetuju berkahwin dengannya. Adakah :
  • kerana cinta
  • pilihan ibu bapa
  • dah tiba masa, tak cinta tak apa
  • nak hidup mewah
  • nak ada anak
  • perlu sara hidup
ATAU
  • kerana ALLAH SWT
  • mengikut sunnah Rasulullah SAW
  • ingin berubah menjadi soleh, solehah.
Semua perbuatan bermula dengan niat. Mencari keredhaan ALLAH SWT adalah perkara utama. DAPATKAN CINTA ALLAH, MAKA CINTA KITA AKAN SEMPURNA....


***Jika pasangan mempunyai karakter yang tidak membantu, berdoalah kepada Allah swt supaya rumahtangga yang terbina mendapat redhaNYA, dan semoga pasangan kita dan kita sendiri akan berubah kepada yang lebih baik.


Allah swt tidak menjadikan satu pun di dunia ini sia-sia. Jadi carilah kebaikannya walau sebesar biji sawi. Kita pasti dan mesti bersyukur kepada Allah STW. Yakinlah, apa saja perbuatan baik mahupun buruk akan diberi balasan.

2 ulasan:

  1. salam ayu,

    nice entry..sy suke ;)
    manusia tiada yg sempurna walau dia cntik jelita hensem sasa tp tiap2 hari kena pegi bilik air jugak kan?haha..itu suami sayalah selalu dok sebut...betul jugak saya pikir ;p

    thanx follow ye ;)

    BalasPadam
  2. Ummie Hanie :

    trima kasih...

    HANYA SATU SAJA YG SEMPURNA KAN....tula pasal, tiap2 pg kena memerut gak...:P

    u r almost welcome n thanx 2 u 2.

    BalasPadam

Apa kata anda....

Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?

Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN

Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.

Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.

Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.

Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.

Terima kasih.