Rabu, 10 November 2010

APA NAK JADI DENGAN PEMIMPIN KITA?

Saya tidak suka bercerita tentang politik, kerana pengetahuan dalam bidang ini sangat cetek. Tetapi, jelas dan terang saya nyatakan disini, saya tidak setuju dengan pembukaan HAB HIBURAN melalui Program Transformasi Ekonomi atau Ecconomy Transformation Program.


Alasannya adalah untuk meningkatkan pendapatan negara. Saya sangat tidak bersetuju. Lupakah pemimpin kita bahawa kita ini adalah sebuah NEGARA ISLAM? Lupakah para pemimpin pada RukunNegara yang pertama? Banyak lagi perkara lain boleh di lakukan dengan bajet yang diletakkan dalam pembangunan hab hiburan tersebut. Mereka mensasarkan membina kelab malam yang banyak di satu kawasan.


Negara islam yang tidak mengikut peraturan islam - Malaysia lah contoh terbaik.....


Membantu membendung jenayah dan maksiat? GILA. Maaf kerana agak kasar, tapi itu saja yang terfikir di kepala saya, G.I.L.A. Pada saya penyelsaian masalah semua ada di dalam alQuran. Tapi nampaknya, pemimpin kita lebih suka mengikut cara penyelesaian yahudi. Maaf ye semua. Saya tidak berniat untuk menghentam mana-mana pihak. Saya juga bukan anti atau pro mana-mana parti politik negara ini. Tetapi, jelas sekali rancangan ini meyalahi agama. Di manakah letaknya ISLAM kita jika menggalakkan anak-anak muda keluar malam? Pakaian mereka saja tak ramai ibu bapa yang nak tegur. 


Saya bersyukur juga, walaupun saya ada ibu bapa yang tidak berpendidikan tinggi, mereka telah mendidik pemakaian saya dari kecil. Alhamdulillah, suami juga selalu mengingatkan saya tentang aurat. 


Tapi, jika anak-anak saya nanti di sajikan dengan segala macam hiburan, fesyen terkini, minuman haram yang mudah di dapati, mampukah iman mereka menanganinya bila saya sudah tiada kelak? Penjualan arak akan berleluasa dengan wujudnya hab hiburan ini. 


Lihat saja erti dari ayat 90 - 91 surah al-maidah ini.


[90]Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

[91]Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?


Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:

(1) yang memerasnya, 

(2) yang minta diperaskannya, 
(3) yang meminumnya, 
(4) yang membawanya, 
(5) yang minta dihantarinya, 
(6) yang menuangkannya, 
(7) yang menjualnya, 
(8) yang makan harganya, 
(9) yang membelinya, 
(10) yang minta dibelikannya." 


(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah) 


Dari arak boleh membawa banya bencana lain, banyak kemungkaran dan kerosakkan lain. Arak diharamkan oleh ALLAH. 


Mungkin pemimpin kita sudah tidak takut dengan ALLAH SWT. Mereka lebih takut tidak dapat mencapai tahap negara maju pada tahun 2020. Maaf cakap, entah hidup lagi atau tidak kita waktu itu. Sedarlah wahai pemimpin, anda bukan saja merosakkan diri anda, tetapi juga merosakkan seluruh umat Islam di bumi Malaysia yang tercinta. 


Ada sebuah kilang arak yang sudah lama berdiri kukuh di Shah Alam. Mungkin pemimpin kita suungguh berbangga dengan keteguhan bangunan kilang arak itu. Sungguh tidak dapat diterima akal dan amat menyedihkan di sebuah negara islam, lori tangki dan pembekal arak bergerak bebas di lebuhraya-lebuhraya seluruh negara! 


Ya Allah Ya tuhan kami, lindungilah anak-anak dan keturunankami dari godaan syaitan dan kekejaman dunia. Matikanlah kami semua dalam iman. Jadikanlah kemi semua dari golongan orang-orang yang bertaqwa. Amin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa kata anda....

Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?

Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN

Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.

Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.

Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.

Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.

Terima kasih.