Jumaat, 8 Oktober 2010

Mi bandung & ketam black pepper, best gilerr!

Dah lama nak kongsi tempat ni dengan semua, tapi asyik tak sempat nak buat entri baru. Kami memang suka makan kat sini. (suka je, tapi tak selalu, :P ). Ini pun dah lama tak pergi, darpada mengandung anak ke-3 dulu dah ajak suami pergi, sekarang umur dia dah setahun baru pergi. Selalu tak sempat. Ada aja aralnya. Kedudukannya yang menghadap laut dan Singapura amat mendamaikan. Makan sambil di sentuh angin pantai yang permai…. hmmm….nak pergi lagi! hahaha………….








Wajah anak-anak yang menanti pesanan…..dan Tanjung Langsat yang bakal di sirami hujan. (Kami sempat balik sebelum hujan turun.)
    




Punyalah excited nak makan sampai niat nak ambil gambar mi yang belum di makan pun terlupa. Maaf lah ye, gambar tu, makan dah separuh jalan. hehehe… nasib baik ketam black pepper tu belum sempat di sentuh lagi.



Mi bandung dia memang power, ditambah pula dengan udang yang segar. Rasa pedas yang cukup, makan panas-panas.  Takkan boleh lupa punya.
Ketam black pepper tu pun tak boleh nak cakap, sedap sangat. Memang kegemaran suami saya. Black pepper sosnya memang wow!
Untuk anak-anak, saya pesan bagi mereka nasi goreng yang sedap.
Cubalah! Tanjung langsat – Pasir Gudang, Johor.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa kata anda....

Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?

Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN

Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.

Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.

Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.

Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.

Terima kasih.