Sabtu, 28 Ogos 2010

NUZUL QURAN – Berapa ramai umat islam yang menghayati?

Assalamualaikum semua. Agak lama saya menyepi. Maklum sajalah, bulan Ramadhan tiba, pasti di ikuti dengan Syawal. Oleh kerana ingin bersederhana, tahun ini semua pakaian saya jahit sendiri, itu pun saya berterima kasih banyak kepada bonda saya dan anak sulung saya kerana memberikan kain untuk di jadikan baju raya tahun ini. Alhamdulillah. Rezeki dari Allah swt. ok. Kita teruskan dengan topik yang saya pilih.
Hari ini 17 Ramadhan 1431 H. Alhamdulillah, dapat menemuinya untuk ke sekian kali. Hari ini di dalam sejarah islam, turunnya ayat pertama al-Quran, iaitu surah al-’Alaq. Ia berlaku pada tahun ke 41 keputeraan Nabi Muhammad SAW. Ayat pertama AL-QURAN yang di baca oleh Rasulullah SAW,
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan.”
Namun berapa ramaikah orang islam di zaman ini sedar akan perkara ini? Berapa ramaikah umat islam yang faham dan menghayati Hari Nuzul Quran ini?
Umat islam sekarang jauh ketinggalan berbanding umat islam dizaman nabi yang belum pun ada INTERNET! Allah menyeru makhlukNYA membaca, dan dimulakan dengan namaNYA. Ia bukan satu perkara yang susah untuk kita lakukan. Mulakanlah setiap perbuatan dengan Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam Surah AL-Alaq ini juga disebut malaikat zabaniyah. Malaikat zabaniyah ini ditugaskan untuk menyeksa umat islam yang dimasukkan ke neraka. Dia dijadikan ALLAH tanpa rasa belas walau sekecil semut.
Dari hadis Ibnu Mas’ud,
Rasulullah Saw bersabda: Siapa yang ingin supaya Allah selamatkan dia dari penanganan Malaikat Zabaniyah yang berjumlah 19 orang (Malaikat penjaga Neraka), maka hendaklah membaca Bismillahirrahmanirrahim,  niscaya Allah buatkan untuknya, dari setiap satu huruf itu sebuah Syurga.
Nah, mudahkan, hanya sebut Bismillahirrahmanirrahim. Kemudian mulakan langkah untuk perbanyakkan ilmu dan amal. Ambil tahu tentang Islam. Cari gali tentang Fardhu ain yang kita masih tidak faham. Umat islam jauh ketinggalan kebelakang kerana amat sedikit yang membaca. Sedangkan ayat pertama AL-QURAN ialah BACALAH!
Jika di lihat kepada zaman ini, ramai yang mengambil tahu tentag orang lain, tentang selebriti, tentah leha anak makcik tipah belakang rumah, tentang kakak ipar yang tak pandai jaga suami, tentang artis itu bercerai, tentang pemimpin yang meraih undi, tentang gaduh2 politik, dan banyak lagi. Selepas mengambil tahu hal itu semua, apakah yang kita dapat? Ilmu apa yang kita tambah?
Buka internet, on facebook : ” kgkawan… aku bengang btul ngan mamat tu, blablablabla….. Comments: p@#@#%k nya budak tu, bo$*h btul…”
Buka youtube : search : video */*^^&$ ……
Jadi, kalau ambil kesimpulan dari situ, maknanya internet itu lagi banyak buruk dari baiknya lah? Kenapa tak ramai yang buka internet, membaca bahan-bahan ilmiyah, sambil memperdengarkan bacaan alQuran… supaya qalbu terubat, jiwa bersih, hati tenang, dan akal menjadi kembali waras……
Kesimpulan entri saya kali ini, bacalah dengan nama Allah, dan bacalah bahan bacaan yang berfaedah untuk kita di akhirat. Kejar dunia, akhirat tinggal, kejar akhirat, insyaALLAH, dapat dunia dan akhirat. Internet itu canggih, tapi jangan salah guna hingga jadi ciptaan yang memudaratkan. ISLAM LEBIH CANGGIH DARI YANG LAIN. Memang agenda yahudi menyesatkan umat islam dalam diam, tapi kita jangan terpengaruh, dan mari kita cuba pengaruh orang islam yang 50-50 menjadi orang islam yang 100% islam.
*Peringatan diatas adalah termasuk ke atas diri saya yang lemah ini juga. Moga Allah membimbing kita ke jalan yang benar dan diredhai. Amin.
Klik link untuk kuliah tafsir surah Al-’Alaq oleh UST ISMAIL KAMUS :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa kata anda....

Bisnes merudum, tapi nak hati kekal bahagia, mampukah ?

Macam mana kita nak kekal rasa bahagia dengan keadaan bisnes tak menentu, lebih lagi musim pandemic ni? CA nak share cara nak rasa bahagia w...

PENAFIAN

Blog ini adalah tempat saya mencurahkan pendapat dan tidak berpihak atau menentang mana mana pihak samada dalam atau luar negara.

Blog ini hanyalah tempat saya berkongsi cerita dan memberi buah fikiran dalam perkara-perkara yang saya suka.

Jadi, tiada sesiapa berhak untuk menuntu sebarang gantirugi daripada saya kerana saya tidak berkaitan dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan.

Saya juga berhak mempromosi produk jualan saya yang mana ia adalah milik syarikat saya sendiri.

Terima kasih.