Tuesday, February 12, 2013

Sedikit Tips anak cepat membaca dan mengaji


Assalamualaikum........Mula-mula :

* Ajarkan dulu mengaji ..... mulakan dengan cara iqra atau muqaddam, cubalah ikut kesesuian anak....

*seawal usia 3 tahun anak2 sudah boleh mula mengenal bacaan iqra...

*tak perlu gesa, tak perlu paksa, cuba-cuba aje, bila nampak dia minat, kita layankan....

*lebih mudah jika ibu-ibu suka membaca semasa mengandung, banyakkan membaca buku ilmiah dan mengaji al-Quran pastinya, ia sangat membantu minat dan perkembangan otak anak-anak

*ibu perlu ada aura suka belajar, kerana aura ibu dengan aura kanak-kanak sangat kuat...

*selalu ajarkan atau perdengarkan anak-anak dengan alunan zikir serta surah-surah pendek seawal usia bayi, dan jangan berhenti sehingga anak-anak masuk ke alam persekolahan.

*Alunan zikir yang biasa di dengar dari dalam kandungan, sewaktu bayi  dan semasa membesar sangat membantu anak memahami bunyi dan sebutan

jangan tunggu waktu yang tepat untuk ajar anak, ajar bila kita ada bersamanya, walau sedang menyusukannya, kita sebenarnya sedang menyampaikan sesuatu padanya........

mungkin dia belum faham apa yang kita cakapkan, tetapi dia menyimpannya dalam ingatan, kelak bila kita ulang, ia akan timbul semula dari kotak memorinya....

perkembangan otak itu bermula dari usia dalam kandungan..... jadi jangan tunggu....

**saya akan kongsi lagi yang lain-lain ye...insyaAllah.......

Guna Akal untuk Ikut Rasa ?

Pepatah pujangga pun turut berkata, yang patah kan tumbuh penghujungnya....
tetapi hatiku tak dapat menerima yang datang tiada serupa........


Tiba-tiba sambil berehat, terngiang-ngiang lagu ini......

Betul, setiap yang datang tidak pernah serupa. Tapi, itukan bukti kekuasaan Allah,? Betapa banyaaaaaknya kejadian-kejadian Allah dalam dunia ini, sedangkan kembar 12 pun masih ada perbezaannya... Begitu berkuasanya Allah SWT, dan MAHA PENCIPTANYA DIA, tiada satu pun yang serupa dengan yang lainnya.


Itulah manusia, sibuk sangat melayan hati yang "duka lara". Itu salah, ini salah, semua serba tak kena. Tapi cuba kita tenangkan hati, dan lihatlah hikmah dan nikmat dari setiap kejadian. Tak terhitung kita akan tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah SWT. Hidup ini sepatutnya kita isi dengan memerhati segala yang terjadi untuk menjadikan kita hamba yang lebih bersyukur dari sebelumnya.

Kecewa kerana putus cinta, "Takkan ada orang yang sama macam dia, takkan ada orang yang sebaik dia, takkan ada orang yang sekaya dia, takkan ada orang yang sejujur dia....". Sedarkah kita, ayat-ayat itu menunjukkan seolah-olah kita ini manusia yang "berlagak tahu dan berlagak pandai ?" Macam mana kita tahu  "TAKKAN ADA LAGI" ? Malaikat yang dijadikan menjaga alam dan makhluk Allah pun tidak tahu apa yang ada dalam pengetahuan Allah, sedangkan malaikat itu lebih taat dari kita ? Bagaimana dengan yakin kita boleh kata, "TAKKAN ADA LAGI"?

Siapalah kita ini...... kita hanyalah manusia yang sentiasa berbuat dosa. Berhakkah kita mendapat apa yang kita mahukan sedangkan apa yang Allah perintahkan tidak kita tunaikan ? 

Marah. Kita marah sebab boss tak mahu naikkan gaji kita. Kita marah sebab kawan kita lupa bayar hutang. Kita marah sebab anak-anak tidak cemerlang. Kerana semua perkara itu, kita bisa marah-marah. Tapi pernahkah kita fikir atau bayangkan, andai Allah tunjukkan kemarahan kepada kita, kita takkan mampu menanggung ? Astaghfirullahalazhim...

Perasaan itu memang lah sesuatu yang semulajadi. Bagaimanapun, akal itu adalah satu anugerah yang tidak ada pada malaikat yang taat, yang tidak ada pada syaitan yang dilaknat, yang tidak ada pada binatang yang kuat, yang tidak ada pada matahari yang hangat.....

Allah kurniakan AKAL agar kita boleh membezakan antara betul dan salah, jahat dan baik, marah dan sabar, syukur dan tamak, taat dan khianat.

Maka gunakanlah akal untuk mengawal perasaan.

Setiap dugaan dan cabaran dalam hidup, tetap ada hikmahnya.

Orang gila itu kelihatan sangat kasihan di dunia, malah ada yang mengutuk golongannya.... Tapi dia beruntung kerana tak perlu melalui timbangan amalan..... Yang lebih kasihan ialah orang yang berakal, yang tidak peduli apa akan terjadi di hari timbangan...... Orang yang kita lihat kudung kaki dan tangan, bukan Allah jadikan untuk menyeksa dia, tapi dihadirkan di dunia ini untuk menguji orang-orang yang fizikalnya sempurna...... Kutukan kita kepada kekudungannya itu seperti kita mengutuk kejadian Allah...... 


Adakah kita di dunia ini hanya untuk mengkritik setiap yang Allah jadikan ? TIDAK. Kita dijadikan sebagai khalifah di dunia yang mempunya tugas untuk menghambakan diri kita kepadaNYA..... 


Jadilah kita hambaNYA yang sebenar.... bukan menjadikan diri kita hamba kepada dunia yang sebentar......

Gunakanlah akal untuk mengawal rasa, bukan untuk mengikut rasa...... 

***Aku juga manusia penuh dosa, andai aku pernah membuat cela di dunia, atau membuat rosak di hati semua, maafkanlah aku, ingatkanlah aku, yang aku ini bukan siapa-siapa, aku ini hanya lah manusia yang sedang belajar menyucikan hati, yang mahu menghabakan diri kepada PENCIPTAku***

Monday, February 11, 2013

Aurat dan Malu


Aurat itu apa ?

Dari segi bahasa aurat bermaksud setiap benda (anggota) yang dilindungi manusia kerana malu apabila kelihatan. Makna lainnya adalah kecacatan dan kelemahan.

Dari segi syarak ialah semua anggota yang wajib ditutup atau haram di pandang. Atau sebahagian anggota tubuh badan manusia yang malu apabila dilihat orang.

Malu atau dalam bahasa Arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’ yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”

Pakaian yang mudah untuk menjaga aurat dan menjaga malu ialah pakaian yang boleh dipakai untuk solat. Tidak semestinya telekung. Selain telekung ialah :

*Baju yang longgar dan labuh melebihi punggung

*Seluar atau kain yang longgar dan labuh tapi tidak terseret.

*Tudung yang melepasi paras dada BUKAN di atas dada. Dibahagian tepi tudung juga perlu diperhatikan kelabuhannya pastikan menutup bahagian tepi dada.

*gunakan fabrik yang tidak jarang atau terlalu nipis hingga boleh ternampak warna kulit atau bentuk tubuh

*Pakailah stokin dan sebaiknya yg lebih gelap dari warna kulit.

*Jika lengan baju longgar, gunakan kaf tangan yg menutup sehingga pergelangan tangan.

*jika memakai kain atau jubah, pakailah seluar yang panjang dan longgar untuk melindungi aurat kaki.

♥ Menutup aurat itu menunjukkan sifat malu. Rakan-rakan yang baik semua, saya pasti kita ada sifat malu. Malu itu sebahagian iman. Malu lah kita dengan Allah, pasti kita akan malu dengan dunia...InsyaAllah.....