Friday, December 14, 2012

Suami menipu untuk poligami ?

Topik ini saya dapat dari "Traffic Source " blog ini. FFuuuuuuhhhh.....Tarik nafas dulu sebelum cerita. Ini kes beraaattt ni.... huhuhu...

Siapa yang boleh menahan marah bila dapati suami menipu untuk berpoligami, betul ? Bagi yang mengenali saya, tentu anda tahu saya sangat positif tentang poligami. Tapi TIDAK jika ia berlaku dengan penipuan. Benar.... Sering saya luahkan pada suami, "Abang, kalau abang ada niat nak kahwin lagi, cakap aje, insyaALLAH, saya setuju... asalkan abang telus, jujur dan tidak bohong."

Tapi mengapa banyak kes suami menipu ni ? Ada beberapa punca sebenarnya.

Berpunca dari isteri

Salah isteri? Ada beberapa perkara juga yang boleh kita bincangkan bila ia berkait dengan "isteri punca suami menipu untuk poligami"

# Isteri yang tidak tahu menjaga diri. Namun dia tidak mahu melihat suaminya berpoligami. Sedangkan suaminya mampu dari segi kesihatan dan kewangan. Isteri ini tidak ambil kisah tentang rumahtangga, tidak ambil kisah tentang penampilan dihadapan suami, sibuk dengan kawan-kawan dan aktiviti sosial, namun kebajikan suami hanya diserah kepada pembantu rumah. Namun dia sangat mahu memiliki suaminya seorang  tanpa berkongsi. Pernah isteri jenis ini meletakkan diri ke tempat suami ? Suami juga mahu dimanja. Lagi pula, tugas seorang isteri sebenarnya adalah menjaga suami dan rumahtagga, bukan sibuk dengan hal-hal dunia yang lain. Bukan hanya berkepit dengan suami dan layani kehendak seksualnya, tetapi rohaninya perlu dijaga, dan kehormatannya perlu diutama.

# Isteri yang sentiasa suka perang mulut dengan suami. Suka meninggikan suara dan tidak mahu berlembut dengan suami. Suka mementingkan diri ketika berdialog dengan suami. Jadi bagaimana suami mahu jujur? Suami tak mahu bergaduh dan tak mahu juga putus asa untuk poligami. Lalu dia menipu. Suami memang bukan malaikat, malah bukan nabi. Suami kita juga ada buat salah. Tapi jika kita selalu menjadi pendengar setia, menyuarakan rasa tidak puas hati dengan cara berlemah lembut, insyaAllah, dalam cara yang baik suami kita akan sampaikan hajatnya. Walau hati pedih, namun sekurang-kurangnya suami tidak menipu.

# Isteri yang tidak berusaha menjadi isteri yang solehah. Isteri yang solehah biasanya akan menjadi penyejuk suami. Suami pasti rasa bersalah untuk menipu kerana isteri yang solehah ini biasanya boleh dibawa berbincang. Jika tidak, dia bukanlah solehah.....

Waaahhhh....salah isteri saja ke ? Sabar wahai insan sejantina...... belum habis lagi perbincangan kita. Okay, kita sambung....

Berpunca dari suami sendiri

# Suami yang memang tidak jujur. Suami seperti ini memang dah biasa berbohong. Tabiat berbohong ini kerana "kononnya" menjaga hati isteri. Wahai suami, hati isteri ini senang saja menjaganya, jujur sajalah.... jika menipu, lambat laun terbau juga......Suami seperti ini biasanya tidak faham akan isterinya. Tidak tahu cara memujuk dan takut pada bayang-bayang sendiri. Sedar akan melukai namun tetap melakukannya.

# Suami yang berpoligami kerana nafsu. Suami ini mungkin berniat tidak mahu menyebarkan poiligaminya kerana dia hanya menikah lagi kerana nafsunya. Diua tidak mampu melepaskan wanita yang di suka itu, dan mahu memiliknya tanpa bersusah payah dan tidak mahu berada dlam ketakutan andai terperangkap dengan serbuan jabatan agama. Mungkin tidak lama dia bersama wanita itu. bila sudah bosan, dia akan cari yang lain. Isteri yang ada itu perlu kerana ada zuriat dan "diiktiraf" keluarga.

# Suami yang takut isteri. Suami yang seperti ini konon berani tapi penakut. Berani menurut kata "pujaan baru", tapi takut kena marah dengan "buah hati lama". Kesian suami macam ni. Tak tegas, dan tak ada tokoh untuk berpoligami. Tapi sebagai isteri, mungkin kita tak perasaan pada awalknya, tapi tembelang pasti akan terbau juga, dan tetap akan meletup juga.

# Suami yang mahu jujur tapi belum bersedia. Suami seperti ini, mereka mahu jujur kepada isteri, tapi oleh kerana mereka sedar bukan mudah untuk menceritakan hal yang sebenar, jadi, mereka jalankan pernikahan dulu dan menanti waktu yang terbaik untuk menjelaskan segalanya. Sayangnya, terpaksa menipu untuk beberapa jangkamasa demi menjaga rumahtangga.

Tidak perlu begitu jika sayangkan isteri, wahai suami. Jujur dan bertangungjawab, tegas dan didiklah isteri menghormati setiap keputusan dari suami, didiklah isteri untuk fahami hukum hakam agama, didiklah isteri betapa pentingnya menjadi solehah.....insyaAllah, yang lain akan jadi mudah....

Berpunca dari madu

# Ada setengah kes, isteri baru itu mahu si suami menceraikan isteri pertama. Mereka suka beri kata dua, " I atau isteri tua ?" Suami yang tamak, mahu kedua-duanya, tanpa mampu memujuk kedua-dua untuk setuju berpoligami, terpaksa menipu isteri pertama bahawa dia tidak menikah lagi, dan tipu isteri baru bahawa mereka sudah bercerai.....apa jadi lepas tu? Tanggung sendirilah ye pihak suami.......

# Madu rela berpoligami tetapi takut diserang isteri pertama atau ahli keluarga yang lain. Si suami yang sayangkan orang baru pun mulalah melakonkan watak bohong untuk menjaga hidup barunya itu....

Perkara-perkara di atas adalah apa yang saya telah selidik dalam tempoh menyiapkan entri ini. Dari kenalan, dari kisah-kisah benar, dari kisah-kisah di internet dan penilaian saya sendiri. Ini bukanlah pendapat profesional, namun saya percaya, apa yang saya nyatakan ini adalah perkara yang terjadi di luar sana.

Apa jalan penyelesaian yang kita perolehi?

Bagaimana besar sekalipun kesalahan si suami menipu, tapi kita perlu kaji balik diri kita sendiri. Jangan suka tuding sana,tuding sini. Lepas itu, kita duduk berbincang bersama suami, mesti juga berbincang, mengapa dia menipu. Jaga / kawal api kemarahan kita supaya perbincangan dapat dibuat dari hati ke hati. Mulakan dengan kata-kata yang baik. Luahkan pengkuan sayang. Jangan ego. Minta dia berikan sebab mengapa dia mahu berpoligami. Minta dia ceritakan serba sedikit wanita baru itu, agar kita berpuas hati dengan pilihannya.

Andai jawapannya "Abang sayang awak, tak pernah berubah, abang sayang rumahtangga kita, tapi Allah bukakan pintu hati abang untuk menikah lagi. Wanita ini juga bersedia berpoligami," syukurlah...Allah telah permudahkan bagi kita...

Tetapi, jika tidak dapat penyelesaian yang baik contohnya suami tak mahu duduk bincang, asyik menyelahkan kita, dan sentiasa menunjukkan ketidakadilan, janganlah kita tangguh untuk dapatkan nasihat dari kaunselor-kaunselor di jabatan agama.

Selebihnya, perbaiki diri, perbaiki iman, dekatkan diri dengan Allah, istiqamah, dan berserahlah sepenuhnya kepada Allah kerana hanya dia yang tahu apa sebenarnya yang terbaik buat kita. Mohon dipinjamkan kesabaran lebih dari sebelumnya...agar bisa menempuhi hari-hari mendatang dengan tabah dan tenang.

Kepada suami-suami yang berhajat berpoligami, ingatlah, anda bukan mencari keseronokkan dunia, sebaliknya anda menambah tanggungjawab bila berhadapan dengan hari timbangan di akhirat nanti. Fikir-fikirkanlah........

 "Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(An-Nisaa' 4:129)


Saya pohon ampun andai segala yang tertulis ada menyakiti sesiapa di sini, sesungguhnya yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu kesipan saya, dan segalanya berlaku atas izin Allah jua. Wallahualam.

Kalau macam ni, insyaAllah... best... :)

2 jiwa yang tenang:

  1. Kalau mampu OK! Tapi kalu tidak mampu KO!

    ReplyDelete
  2. kalau nk dikira ada niat... bleh dikatakan semua ada niat. tp kalau ada rancangan tu... lelaki harus fikirkan 100 kali lagi sebab kemampuan bukan hya dari segi jasmani dan wang ringgit sajaha... tetapi juga kemampuan menjaga hati isteri agar redha dan mampu berlaku adil. Fikir dari segi seronok memangla macam untung pada lelaki... tetapi UNTUNGKAH juga lelaki berpoligami di akhirat? bergantung pada kemampuannya. esok di 'sana' akan dipersoalkan. oh, berat menjadi lelaki ni... jngan ingat seronok je

    ReplyDelete

Apa kata anda....