Wednesday, December 19, 2012

Jangan harapkan ganjaran ♥

Sejuk hati melihat anak-anak saya suka belajar perkara-perkara yang berkaitan agama. Bukan mudah kita nak bentuk anak-anak zaman sekarang yang di "jajankan" dengan gajet-gajet dan aktiviti-aktiviti yang tidak semuanya berfaedah.

Saya suka mengajara mereka dengan berterus terang. Mungkin mereka belum tahu apa itu "REDHA" apa itu dosa, pahala, derhaka, apa motif solat dan sebagainya. Tapi kita perlu juga beri mereka penjelasan supaya mereka menyimpannya di otak dan di hati. Doa sahaja agar mereka cepat mendapat pemahaman dan melakukan segala tanggungjawab dengan baik bila mereka mula mengerti segalanya.



Saya tidak suka menjanjikan apa-apa hadiah atau ganjaran jika mahu mereka melakukan sesuatu yang berkaitan agama. Seperti solat.

Saya mengajarkan mereka bahawa solat itu adalah wajib. Bagi kita yang sudah dewasa, mungkin mudah faham akan maksud WAJIB. tapi anak sekecil 3 tahun, bagaimana mereka mahu dfaham ? Saya tidak cuba buat anak sekecil itu faham, saya cuma mahu dia tahu, kefahaman itu akan datang sendiri dalam perjalannan mereka melalui kehidupan. Semua itu diulang selalu.

Saya tidak mahu mereka melakukan ibadah kerana mengharapkan pahala atau sebagainya. Saya mahu mereka faham yang ibadah itu dilakukan kerana ia adalah kewajipan dan boleh mendapat redha Allah. Bila Allah redha, tentulah perkara-perkara baik saja yang akan terjadi dalam kehidupan, insyaAllah.

Antara dialog dengan anak, Ain, 7 tahun :

Mama, kenapa kita kena solat ? Kalau kita tak solat kita dapat apa ? kalau kita solat pula, kita dapat apa ?

Kita kena solat untuk kita tunjukkan tanda terima kasih kepada Allah. Cuba ain bayangkan bila ain bangun ain tak nampak apa-apa, cuba ain pejam mata ( Ain memejamkan matanya)
Ain nampak apa-apa ?

Tak. Gelap aje.

Macam mana kalau Ain bangun tidur esok, gelap macam tu, sedih tak ?

Sedih. Ain tak nak....

Jadi, kita kena berterimakasih kepada Allah, sebab Allah masih beri kita hidup, melihat, mendengar makan, minum berjalan dan macam-macam lagi. Ada baaaaanyak sangat yang Allah bagi pada kita. Ain boleh buat semua tu sendiri tak ?

Tak boleh. Ain mana ada kuasa.

Itu semua kuasa Allah kan..... Sebab Allah Maha Berkuasa.... Jadi kita kena berterima kasih tanpa harapkan apa-apa..... Bila kita berterima kasih Allah Redha..

Redha tu apa mama?

Redha tu macam suka. Contohnya, kalau Adik ain tolong ambilkan minuman untuk Ain, ain suka tak? (Angguk)

Tentu Ain nak buat baik je pada Adik sebab dia ingat pada Ain kan ? (Angguk lagi)

Macam tulah... Bila Ain selalu buat baik, dan rajin solat, maknanya Ain ingat Allah. Bila Ain ingat Allah, Allah pun suka, bila Allah suka, maknanya Allah Redha....

oooooo....sekarang Ain faham......

insyaAllah, bila mereka faham tentang kewajipan solat dan Redha Allah, mudah kita nak selitkan yang lain-lain....Mungkin cara anda mendidik anak-anak berbeza dengan cara saya... Asalkan kita terus mendidik anak-anak dan bawa mereka mengenali Islam yang indah dengan cara yang mudah, serta telus. Islam itu mudah dan telus. ♥ Islam....

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda....