Thursday, December 27, 2012

Letak gambar tak tutup aurat walau non muslim

Maaf yer, cuma nak share dengan semua, kita tak boleh share atau post gambar yg dedah aurat, sekarang ni ramai org berniaga wat cam tu........walau pun niat kita nak lariskan produk, atau nak buktikan produk kita berkesan, tp kita dah dedahkan aurat org lain, tak boleh walaupun aurat non muslim.....semoga semuanya ambil tindakan dan edit semula gambar2 yg kita guna tuk perniagaan......


Terima Kasih Suamiku...♥ - CERSAPEN (CERPEN SANGAT PENDEK)

Di suatu sudut di dalam sebuah rumah, di tengah malam yang hening, sesusuk tubuh lelaki bergelar suami menggigil menahan tangis....Dalam esakkan yang menyekat-nyekat nafasnya, kedengaran lelaki ini merintih kepada TUHANnya....

'Ya Allah Ya Tuhanku, Aku memohon ampun  dari MU ya Allah..... Aku hambaMU yang gagal Ya Allah... Setelah kau anugerahkan wanita secantik dan sebaik isteriku, aku gagal melindunginya dari bisa duniawi .... Kau bimbinglah aku dalam mengurusi rumahtangga ini ya Allah.... Aku lelaki namun aku lemah... aku malu kepadaMU ya Allah....Aku pohon kau bimbinglah aku ya Allah........'

Rintihan itu menyebabkan isteri yang tidurnya belum nyenyak terus tersedar... dan terbangun..... mendapatkan suaminya yang semakin hilang dalam luahan hati kepada PENCIPTAnya....Dalam esakkan dan rintihan kesedihan itu, dengan linangan airmata yang membasah, dia merangkul isterinya yang terkaku melihat keadaannya.

"Abang... kenapa ni? Ada apa-apa yang sayang tak tahu ke?"

Si suami mengucup dahi isteri, kucupan yang mendalam, seakan kucupan terakhir.

"Abang... jangan buat sayang macam ni... ceritalah kenapa...."

Si suami melipat sejadahnya, membetulkan duduknya, berhadapan dengan isteri tersayang, dan menggenggam tangan si isteri dengan penuh rasa sayang.

"Sayang..... Abang minta maaf.... Abang tak mampu menjadi suami yang baik... Tak mampu beri sayang apa yang sepatutnya sayang dapat..."

"Kenapa Abang cakap macam tu? Abang terlalu baik buat sayang.... terlalu baik... abang tak perlu bagi sayang apa-apa. Semua sayang dah ada, sayang cuma mahu kasih sayang abang, dan abang dah bagi, itu dah cukup bang..."

"Belum cukup sayang... Abang berdosa ... banyak dosa abang...."

Genggaman erat itu dilepaskan.......Isteri agak terkejut....

Si suami merenung mata isteri......Isteri yang disayangi di dunia dan moga-moga hingga ke akhirat..........

Tangannya membelai-belai rambut ikal isterinya yang panjang melebat hingga ke pinggang...Dia menangis lagi......

"Abang tidak sanggup membayangkan rambut yang sangat cantik ini hangus terbakar berkali-kali....Abang tak kan mampu membayangkan kalau awak menanggung sakit...."

Dipandang isterinya dari hujung rambut hingga hujung kaki, sekali lagi linganan airmatanya jatuh.....

"Abang tidak mahu tubuh isteri abang ini derita tersiksa di mamah api...."

Disentuh bibir merah isterinya....

"Abang tidak mahu bibir ini hangus kerana terpaksa minum air yang menggelagak dan berbara...."

Merenung ke mata isterinya, dia mendekat dan memeluk isterinya....

"Sudah berkali-kali abang ingatkan sayang, lindungilah kurniaan Allah ini, lindungilah sebaiknya...Sayang isteri abang yang baik, walau pun merajuk, tapi tetap sediakan makanan untuk abang, walaupun marah-marah, tapi tetap tidur sekatil dengan abang......Biarlah kita romantis begini hingga ke syurga... Namun kita mungkin tidak dapat ke syurga bersama......"

Tangannya terus membelai si isteri yang mula teresak-esak........

"Mungkin abang akan melihat sayang dari jauh, ditemani bidadari syurga yang menawan dan terbaik buat abang.... Itu pun jika Allah tidak mengkelaskan abang sebagai lelaki dayus.... Jika abang tidak selamat, kita akan menghadapi hukuman kita masing-masing....bukan bersama-sama sayang, kita tidak lagi bersama....abang tidak mampu menolong sayang, begitu juga sayang, tidak mampu menolong abang, bila kita sudah di sana kelak.... Hanya perbuatan dan amalan kita di dunia ini sajalah yang boleh bantu kita....."

Tangisan si isteri semakin kuat.....

"Abang berdosa kerana tidak mampu tegas dengan sayang tentang aurat, tentang solat dan tentang iman. Abang hanya mapu berdoa sayang.... abang tidak mahu kita bergaduh tetapi abang tidak patut membiarkan perasaan ini menghalang abang dari memimpin sayang ke syurga bersama.... Jadilah ketua bidadari abang.... abang tidak kenal bidadari di syurga.... abang sekarang cuma kenal sayang... Sayang sanggup memilih abang yang tak punya harta berbanding keluarga sayang yang hidup bagai dalam istana, sayang  sanggup mengikut abang berpindah dan tinggal di rumah yang sederhana... sayang kata, itu semua kerana cinta....... Cinta yang tak pernah abang jangka akan abang punya..."

Dia mengesat airmata si isteri......dan menyambung lagi.........

"Sayang isteri yang baik..... Tidak pernah berkira tentang belanja rumah yang hanya sedikit dari poket abang, belanja anak-anak yang kebanyakannya diurus sayang..... Kerja dikilang yang memenatkan sehari suntuk, tak mampu nak tanding gaji awak sayang.. Tapi awak masih sanggup hidup bersama abang? Sayang,  walau awak baik sebegini, awak belum mampu menjadi isteri abang yang terbaik kerana masih gagal menegakkan solat diwaktu ketiadaan abang.... Gagal menjaga aurat bila keluar lalu mengundang banyak mata yang memandang......"

Tangisan isterinya masih lagi deras....

"Sayang tidak malu kah bersuamikan lelaki dayus ? Lelaki yang sanggup membiarkan isterinya berbuat dosa? Bila anak-anak kita belajar agama, belajar tentang solat dan aurat, tidak kelirukah mereka ? Sayang nak letak muka di mana kalau mereka bertanya "Kenapa mama tak tutup aurat ?"

"Sayang, tudung kecil yang sekali-sekala sayang pakai tu memang cantk, tapi ia tak menjalankan fungsi tudung yang sepatutnya.... Tudung sepatutnya menutup hingga ke bawah dada, Baju pula sepatutnya tidak nipis atau jarang, seluar yang ketat itu sama saja seperti sayang tidak memakainya...."

"Sayang, dirikanlah solat dengan ikhlas, abang bersyukur kerana sayang cintakan abang, tapi abang mahu sayang cintakan Allah dan Rasul lebih daripada cintakan abang.. Abang tiada hak nak duduk dibahagian teratas hati sayang.... Semua orang patutnya cintakan Allah sebelum yang lain-lain...."

Di peluk erat isteri yang tak mampu hentikan esak tangis.........Dalam rangkulan itu, si isteri membisikkan sesuatu...

"Abang... sayang minta ampun dan maaf," Tangan si suami di kucup berkali-kali. Basah wajahnya dengan airmata penyesalan....... "Abang ampunkan sayang ye?"

"Ye abang ampunkan... Abang tak pernah marah sayang pun... Abang redha semuanya... lepas ni kena minta Ampun dengan Allah tau...." Rambut si isteri diusap lembut.

"Terima kasih abang. Sayang janji mulai sekarang sayang akan ubah semua yang tak baik.. Sayang tak mahu tengok abang macam ni lagi.. Sayang akan dapatkan cinta Allah dan Rasul .... Dan selepas Allah dan Rasul, cinta abang saja yang ada untuk ruangan di hati ini. Esok, sayang nak pergi shopping.... nak beli baju labuh-labuh, tudung besar-besar.... nak beli telekung baru... nanti abang ajarkan sayang AlQuran ye.. banyak yang dah lupa...."

"Boleh.... tapi kalau abang tak ada.... pergilah cari tempat belajar yang baik.. di surau taman ini pun ada guru mengaji perempuan yang bagus...... Kalau abang tak mampu nak ajar ilmu fardhu ain, sayang wajib cari sendiri... faham tak?" Anggukan si isteri mula bertenaga.....

"Kalau macam tu, ahad ni sayang boleh pergi shopping....."

"Ala.. esok kan boleh... esok cuti umum kan........Abang temankan yer..."

"Dalam tempoh 3 hari mulai esok... abang nak kenakan perintah berkurung untuk sayang...." Sambil tersenyum nakal.....

"Hmmm... kenapa pulak?"

"Mulai esok, sayang kena mengaji ..... nak tak ?"

"Okaylah abang.... apa-apa saja perintahmu ku turuti...Sayang tak mo suami dayus.. Tak mo...!" Senyuman meleret walau pun airmata masih jatuh lagi di pipinya....

"Okay sekarang, sayang tidur yer....Tidur dalam pelukan abang ni.....Biar abang dodoi macam baby......"

Isteri memejamkan mata dalam senyuman yang basah dengan tangisan.....Tepukan lembut suami tercinta di lengannya membuatkan dia rasa aman.... dan tidur dalam senyuman.....

Bunyi lori yang lalu lalang selalu saja membuatkan si isteri terjaga di kala subuh.. Biasanya dia akan menarik selimutnya lagi, namun kali ini dia bingkas bangun dan membersihkan diri untuk solat subuh... selesai mandi dan berwudhu, dia mengejutkan suaminya, dengan rasa yang teruja kerana pertama kali berbuat begitu...

"Abang, sayang dah siap wudhuk ni, jom abang imamkan sayang...." Suami masih lena.... Di goyang lembut badan suaminya....

"Abang.... jomlah kita solat sama-sama...." Goyangan yang semakin kuat sikit pun tidak membangunkan si suami... Hatinya mula berdetak keras..

"Abang....." Di letakkan jari di bawah hidung suami.... Tiada nafas ! Dirasa denyutan nadi ditangannya..... Tak jumpa! Di letakkan telinga didada suaminya.. kenapa jantungnya tak berdegup...?

Ya Allah...! Kiranya sudah sampai waktunya bagi suamiku..... Aku redha.....!Setiap kata-kata suami malam tadi berlegar-legar di benaknya... Kata-kata si suami itu telah menguatkan hatinya.... Dalam tangisan pilu dia redha... Walaupun kesal memberatkan dadanya , kesal kerana terlalu banyak suami bersedih kerana dia..... namun dia tidak mampu lagi berbuat apa-apa... selain dari mengotakan janji yang telah dia lafazkan kepada suaminya...

Terngiang-ngiang....."Dalam tempoh 3 hari mulai esok... abang nak kenakan perintah berkurung untuk sayang.."

Airamatanya tak mampu lagi tertahankan....

Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya suamiku teramat baik di dunia ini, Kau tempatkanlah dia di kalangan orang-orang yang kau redhai...Terima kasih suamiku.......

Friday, December 21, 2012

Murtad berleluasa, tergugatkah iman kita ?



Jika kita buat kajian tentang isu murtad, terlalu menakutkan sebenarnya bagi ibu seperti saya untuk melepaskan anak ke luar....

Tapi isu murtad ini adalah isu sepanjang zaman, sejak rasul-rasul sebelum Rasulullah dan selepas kewafatan Rasulullah SAW....

Jadi bagaimana kita nak hadapi perkara ini? Kita tak boleh putus berdoa, kita kena ajar diri kita tabah dan sabar, kena faham dan benar-benar beriman dengan kesemua rukun iman, dan sentiasa bertaubat atas dosa yang kita lakukan, kemudian sambil kita perbaiki diri kita, kita serapkan juga apa yg kita dah tahu dalam diri anak-anak,adik-adik, kawan-kawan dan sesiapa yang ada sekeliling kita.

pentingkan alQuran dari yg lain, AlQuran adalah mukjizat, jangan di sia-siakan keistimewaan yg Allah beri kepada kita, gunakanlah sebagai bekal menuju negeri akhirat. Jangan lupa dalami ilmu hadis. Dalami cara kehidupan Rasulullah.....

Bila ada masalah sentiasalah dan wajiblah kita berbalik kepada AlQuran dan hadis.

Bagi isu murtad ini, apa yang telah terjadi tak mungkin kita dapat putarkan masa untuk mengubah semuanya. Hanya panjatkan doa semoga yang belum jauh itu akan diberi hidayah dan menerima hidayah Allah itu sekaligus memperbaiki keimanan. Sesungguhnya hidayah itu hak Allah.

Jom renungkan sebahagian dari ayat-ayat dalam surah A-li 'Imraan di bawah :


Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): "Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya". Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): "Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)". Allah berfirman lagi: "Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu."

A082
Kemudian sesiapa yang berpaling ingkar sesudah mengakui perjanjian setia itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

A083
Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan.

A084
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam)".

A085
Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.

A086
Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayah kepada sesuatu kaum yang kufur ingkar sesudah mereka beriman, dan juga sesudah mereka menyaksikan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) itu adalah benar, dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayahNya kepada kaum yang zalim.

A087
Mereka itu balasannya ialah bahawa mereka ditimpa laknat Allah dan malaikatNya sekalian orang-orang (yang beriman).

A088
Mereka kekal di dalamnya, tidak diringankan azab seksa daripada mereka dan mereka pula tidak diberi tempoh atau perhatian;

A089
Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

A090
Sesungguhnya orang-orang yang kafir sesudah mereka beriman, kemudian mereka bertambah kufur lagi, tidak sekali-kali akan diterima taubat mereka, dan mereka itulah orang-orang yang sesat.


Wednesday, December 19, 2012

Jangan harapkan ganjaran ♥

Sejuk hati melihat anak-anak saya suka belajar perkara-perkara yang berkaitan agama. Bukan mudah kita nak bentuk anak-anak zaman sekarang yang di "jajankan" dengan gajet-gajet dan aktiviti-aktiviti yang tidak semuanya berfaedah.

Saya suka mengajara mereka dengan berterus terang. Mungkin mereka belum tahu apa itu "REDHA" apa itu dosa, pahala, derhaka, apa motif solat dan sebagainya. Tapi kita perlu juga beri mereka penjelasan supaya mereka menyimpannya di otak dan di hati. Doa sahaja agar mereka cepat mendapat pemahaman dan melakukan segala tanggungjawab dengan baik bila mereka mula mengerti segalanya.



Saya tidak suka menjanjikan apa-apa hadiah atau ganjaran jika mahu mereka melakukan sesuatu yang berkaitan agama. Seperti solat.

Saya mengajarkan mereka bahawa solat itu adalah wajib. Bagi kita yang sudah dewasa, mungkin mudah faham akan maksud WAJIB. tapi anak sekecil 3 tahun, bagaimana mereka mahu dfaham ? Saya tidak cuba buat anak sekecil itu faham, saya cuma mahu dia tahu, kefahaman itu akan datang sendiri dalam perjalannan mereka melalui kehidupan. Semua itu diulang selalu.

Saya tidak mahu mereka melakukan ibadah kerana mengharapkan pahala atau sebagainya. Saya mahu mereka faham yang ibadah itu dilakukan kerana ia adalah kewajipan dan boleh mendapat redha Allah. Bila Allah redha, tentulah perkara-perkara baik saja yang akan terjadi dalam kehidupan, insyaAllah.

Antara dialog dengan anak, Ain, 7 tahun :

Mama, kenapa kita kena solat ? Kalau kita tak solat kita dapat apa ? kalau kita solat pula, kita dapat apa ?

Kita kena solat untuk kita tunjukkan tanda terima kasih kepada Allah. Cuba ain bayangkan bila ain bangun ain tak nampak apa-apa, cuba ain pejam mata ( Ain memejamkan matanya)
Ain nampak apa-apa ?

Tak. Gelap aje.

Macam mana kalau Ain bangun tidur esok, gelap macam tu, sedih tak ?

Sedih. Ain tak nak....

Jadi, kita kena berterimakasih kepada Allah, sebab Allah masih beri kita hidup, melihat, mendengar makan, minum berjalan dan macam-macam lagi. Ada baaaaanyak sangat yang Allah bagi pada kita. Ain boleh buat semua tu sendiri tak ?

Tak boleh. Ain mana ada kuasa.

Itu semua kuasa Allah kan..... Sebab Allah Maha Berkuasa.... Jadi kita kena berterima kasih tanpa harapkan apa-apa..... Bila kita berterima kasih Allah Redha..

Redha tu apa mama?

Redha tu macam suka. Contohnya, kalau Adik ain tolong ambilkan minuman untuk Ain, ain suka tak? (Angguk)

Tentu Ain nak buat baik je pada Adik sebab dia ingat pada Ain kan ? (Angguk lagi)

Macam tulah... Bila Ain selalu buat baik, dan rajin solat, maknanya Ain ingat Allah. Bila Ain ingat Allah, Allah pun suka, bila Allah suka, maknanya Allah Redha....

oooooo....sekarang Ain faham......

insyaAllah, bila mereka faham tentang kewajipan solat dan Redha Allah, mudah kita nak selitkan yang lain-lain....Mungkin cara anda mendidik anak-anak berbeza dengan cara saya... Asalkan kita terus mendidik anak-anak dan bawa mereka mengenali Islam yang indah dengan cara yang mudah, serta telus. Islam itu mudah dan telus. ♥ Islam....

Friday, December 14, 2012

Suami menipu untuk poligami ?

Topik ini saya dapat dari "Traffic Source " blog ini. FFuuuuuuhhhh.....Tarik nafas dulu sebelum cerita. Ini kes beraaattt ni.... huhuhu...

Siapa yang boleh menahan marah bila dapati suami menipu untuk berpoligami, betul ? Bagi yang mengenali saya, tentu anda tahu saya sangat positif tentang poligami. Tapi TIDAK jika ia berlaku dengan penipuan. Benar.... Sering saya luahkan pada suami, "Abang, kalau abang ada niat nak kahwin lagi, cakap aje, insyaALLAH, saya setuju... asalkan abang telus, jujur dan tidak bohong."

Tapi mengapa banyak kes suami menipu ni ? Ada beberapa punca sebenarnya.

Berpunca dari isteri

Salah isteri? Ada beberapa perkara juga yang boleh kita bincangkan bila ia berkait dengan "isteri punca suami menipu untuk poligami"

# Isteri yang tidak tahu menjaga diri. Namun dia tidak mahu melihat suaminya berpoligami. Sedangkan suaminya mampu dari segi kesihatan dan kewangan. Isteri ini tidak ambil kisah tentang rumahtangga, tidak ambil kisah tentang penampilan dihadapan suami, sibuk dengan kawan-kawan dan aktiviti sosial, namun kebajikan suami hanya diserah kepada pembantu rumah. Namun dia sangat mahu memiliki suaminya seorang  tanpa berkongsi. Pernah isteri jenis ini meletakkan diri ke tempat suami ? Suami juga mahu dimanja. Lagi pula, tugas seorang isteri sebenarnya adalah menjaga suami dan rumahtagga, bukan sibuk dengan hal-hal dunia yang lain. Bukan hanya berkepit dengan suami dan layani kehendak seksualnya, tetapi rohaninya perlu dijaga, dan kehormatannya perlu diutama.

# Isteri yang sentiasa suka perang mulut dengan suami. Suka meninggikan suara dan tidak mahu berlembut dengan suami. Suka mementingkan diri ketika berdialog dengan suami. Jadi bagaimana suami mahu jujur? Suami tak mahu bergaduh dan tak mahu juga putus asa untuk poligami. Lalu dia menipu. Suami memang bukan malaikat, malah bukan nabi. Suami kita juga ada buat salah. Tapi jika kita selalu menjadi pendengar setia, menyuarakan rasa tidak puas hati dengan cara berlemah lembut, insyaAllah, dalam cara yang baik suami kita akan sampaikan hajatnya. Walau hati pedih, namun sekurang-kurangnya suami tidak menipu.

# Isteri yang tidak berusaha menjadi isteri yang solehah. Isteri yang solehah biasanya akan menjadi penyejuk suami. Suami pasti rasa bersalah untuk menipu kerana isteri yang solehah ini biasanya boleh dibawa berbincang. Jika tidak, dia bukanlah solehah.....

Waaahhhh....salah isteri saja ke ? Sabar wahai insan sejantina...... belum habis lagi perbincangan kita. Okay, kita sambung....

Berpunca dari suami sendiri

# Suami yang memang tidak jujur. Suami seperti ini memang dah biasa berbohong. Tabiat berbohong ini kerana "kononnya" menjaga hati isteri. Wahai suami, hati isteri ini senang saja menjaganya, jujur sajalah.... jika menipu, lambat laun terbau juga......Suami seperti ini biasanya tidak faham akan isterinya. Tidak tahu cara memujuk dan takut pada bayang-bayang sendiri. Sedar akan melukai namun tetap melakukannya.

# Suami yang berpoligami kerana nafsu. Suami ini mungkin berniat tidak mahu menyebarkan poiligaminya kerana dia hanya menikah lagi kerana nafsunya. Diua tidak mampu melepaskan wanita yang di suka itu, dan mahu memiliknya tanpa bersusah payah dan tidak mahu berada dlam ketakutan andai terperangkap dengan serbuan jabatan agama. Mungkin tidak lama dia bersama wanita itu. bila sudah bosan, dia akan cari yang lain. Isteri yang ada itu perlu kerana ada zuriat dan "diiktiraf" keluarga.

# Suami yang takut isteri. Suami yang seperti ini konon berani tapi penakut. Berani menurut kata "pujaan baru", tapi takut kena marah dengan "buah hati lama". Kesian suami macam ni. Tak tegas, dan tak ada tokoh untuk berpoligami. Tapi sebagai isteri, mungkin kita tak perasaan pada awalknya, tapi tembelang pasti akan terbau juga, dan tetap akan meletup juga.

# Suami yang mahu jujur tapi belum bersedia. Suami seperti ini, mereka mahu jujur kepada isteri, tapi oleh kerana mereka sedar bukan mudah untuk menceritakan hal yang sebenar, jadi, mereka jalankan pernikahan dulu dan menanti waktu yang terbaik untuk menjelaskan segalanya. Sayangnya, terpaksa menipu untuk beberapa jangkamasa demi menjaga rumahtangga.

Tidak perlu begitu jika sayangkan isteri, wahai suami. Jujur dan bertangungjawab, tegas dan didiklah isteri menghormati setiap keputusan dari suami, didiklah isteri untuk fahami hukum hakam agama, didiklah isteri betapa pentingnya menjadi solehah.....insyaAllah, yang lain akan jadi mudah....

Berpunca dari madu

# Ada setengah kes, isteri baru itu mahu si suami menceraikan isteri pertama. Mereka suka beri kata dua, " I atau isteri tua ?" Suami yang tamak, mahu kedua-duanya, tanpa mampu memujuk kedua-dua untuk setuju berpoligami, terpaksa menipu isteri pertama bahawa dia tidak menikah lagi, dan tipu isteri baru bahawa mereka sudah bercerai.....apa jadi lepas tu? Tanggung sendirilah ye pihak suami.......

# Madu rela berpoligami tetapi takut diserang isteri pertama atau ahli keluarga yang lain. Si suami yang sayangkan orang baru pun mulalah melakonkan watak bohong untuk menjaga hidup barunya itu....

Perkara-perkara di atas adalah apa yang saya telah selidik dalam tempoh menyiapkan entri ini. Dari kenalan, dari kisah-kisah benar, dari kisah-kisah di internet dan penilaian saya sendiri. Ini bukanlah pendapat profesional, namun saya percaya, apa yang saya nyatakan ini adalah perkara yang terjadi di luar sana.

Apa jalan penyelesaian yang kita perolehi?

Bagaimana besar sekalipun kesalahan si suami menipu, tapi kita perlu kaji balik diri kita sendiri. Jangan suka tuding sana,tuding sini. Lepas itu, kita duduk berbincang bersama suami, mesti juga berbincang, mengapa dia menipu. Jaga / kawal api kemarahan kita supaya perbincangan dapat dibuat dari hati ke hati. Mulakan dengan kata-kata yang baik. Luahkan pengkuan sayang. Jangan ego. Minta dia berikan sebab mengapa dia mahu berpoligami. Minta dia ceritakan serba sedikit wanita baru itu, agar kita berpuas hati dengan pilihannya.

Andai jawapannya "Abang sayang awak, tak pernah berubah, abang sayang rumahtangga kita, tapi Allah bukakan pintu hati abang untuk menikah lagi. Wanita ini juga bersedia berpoligami," syukurlah...Allah telah permudahkan bagi kita...

Tetapi, jika tidak dapat penyelesaian yang baik contohnya suami tak mahu duduk bincang, asyik menyelahkan kita, dan sentiasa menunjukkan ketidakadilan, janganlah kita tangguh untuk dapatkan nasihat dari kaunselor-kaunselor di jabatan agama.

Selebihnya, perbaiki diri, perbaiki iman, dekatkan diri dengan Allah, istiqamah, dan berserahlah sepenuhnya kepada Allah kerana hanya dia yang tahu apa sebenarnya yang terbaik buat kita. Mohon dipinjamkan kesabaran lebih dari sebelumnya...agar bisa menempuhi hari-hari mendatang dengan tabah dan tenang.

Kepada suami-suami yang berhajat berpoligami, ingatlah, anda bukan mencari keseronokkan dunia, sebaliknya anda menambah tanggungjawab bila berhadapan dengan hari timbangan di akhirat nanti. Fikir-fikirkanlah........

 "Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(An-Nisaa' 4:129)


Saya pohon ampun andai segala yang tertulis ada menyakiti sesiapa di sini, sesungguhnya yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu kesipan saya, dan segalanya berlaku atas izin Allah jua. Wallahualam.

Kalau macam ni, insyaAllah... best... :)

Sunday, December 2, 2012

Sama tak saiz baju dengan badan ?

Ukur baju dibadan sendiri - Inilah antara komen dari status FB seseorang yg menceritakan seorang hamba Allah yg dulunya hidup mewah tapi tiba-tiba banyak hutang.

Saya tak nak cakap banyak dalam entri ni, tapi saya nak tanya pendapat anda semua, tentang cerita ini :

Seorang lelaki yang hidup sederhana memenangi wang tunai 1 juta dalam sebuah pertandingan. Dia segera menempah kereta mahal, membeli rumah yang cantik untuk isterinya dan tak lupa bersedekah kepada yang memerlukan. Tetapi, tiba-tiba satu hari, dia telah disamun oleh kumpulan penyamun dan duitnya yang berbaki di bank juga habis dikeluarkan kerana diugut oleh penyamun itu.

Senang cerita, dapat sekelip mata hilang juga sekelip mata, namun kereta mewahnya sudah ada di depan rumah, ansuran rumah juga perlu dibayar, wang baki yang mahu dijadikan modal perniagaan sudah lesap, tapi dia tak punya apa-apa lagi simpanan. maka dia mula berhutang untuk menampung keluarga sementara mencari pekerjaan yang mampu dia lakukan.....

Anda percaya perkara macam ni boleh berlaku ? tentu saja boleh,jika Allah berkehendak. Begini, apa yang mahu saya sampaikan ialah, rezeki itu Allah yang bagi, bila-bila juga Allah boleh tarik. Semasa tempah kereta mewah dan rumah mewah, si lelaki memang mengukur baju di badan sendiri, tetapi tiba-tiba, badannya menjadi lebih besar, dan tidak mampu lagi berselindung disebalik baju lamanya. Dia perlukan baju yang baru.

Kita hanya merancang, Allah juga menentukan, jadi dimana kaitannya dengan pepatah "ukur baju dibadan sendiri ni?"

Lelaki tadi sebenarnya hanya perlu redha dan sentiasa memohon agar Allah permudahkan baginya untuk membayar hutang... Lalu dia pun mula redha, tetapi, suara-suara belakang tabir banyak sungguh yang mengejek, "hah, padanlah muka, masa kaya, sibuk beli kereta BMW lah , MERCEDEZ lah....bercuti-cuti malaysia lah......." < bunyi suara cemburu yang berpuas hati......

korang dah ukur baju dibadan sendiri lom ?? hehehe...............


Subhanallah....banyaknya kasih sayang Allah....

Khamis yang lepas, en suami pergi memancing sembilang, Alhamdulillah, balik awal dengan hasil yang memuaskan.

Saya pula beberapa hari ini sibuk menyiapkan tempahan kuih untuk kenduri kendara yg dah terjadual minggu ini. Jumaat tempohari, ada kenduri kesyukuran di rumah bapa saudara. Saya hanya sempat memberikan kuih  dan bersalam-salaman bertanya khabar, tanpa berlama-lamaan kerana masih ada urusan lain. 

Allah sentiasa menjaga kita dan menyayangi kita, betul tak ?

Petang jumaat itu, sambil menghadap FB, saya pening memikirkan apa agaknya yang saya akan siapkan untuk hidangan makan malam ini. Tiba-tiba anak-anak riuh, rupanya atok mak mereka sampai. Mak saya datang bersama kakak saya dan suaminya, semata-mata mahu menghantar makanan kenduri dari rumah bapa saudara saya tadi. Penuh terus meja makan saya dengan pelbagai hidangan.

Padahal saya cuma memberikan satu bekas kuih apam pelangi sahaja. Maklumlah, tak jauh juga jarak rumah kami, dalam 20 minit perjalanan. Lagi pun , kata mak, mak cik saya tu berkeras minta dibawakan untuk saya makanan-makanan itu semua. Alhamdulillah ya Allah..!

Teringat ada sembilang dalam peti sejuk, saya keluarkan untuk emak bawa balik, buat rasa air tangan pancingan suami.. :)

Sambil saya siram dengan air di sinki, tangan saya dengan teramat berhati-hati merasa-rasa jika ada badan-badan yang sudah lembut. Perlu berhati-hati kerana sejak suami bawa pulang, saya belum sempat buangkan bisanya. Tapi kehendak Allah, tiba-tiba satu tusukan bisa mengena di jari kelingking kanan saya. Allahuakbar!!!! Sakit yang saya tak mampu nak ceritakan. Namun dalam menahan sakit itu, saya buangkan bisa sebanyak mana yang saya mampu, emnak yang selesai solat maghrib meluru bila saya memanggil dengan suara kesakitan... Tanpa lengah mak urut dengan minyak gamat dan menurut abang ipar saya, tekan dengan biji asam supaya disedut keluar bisanya. Saya tahu, bisanya kalau menular, boleh membawa maut.

Ya Allah, benar-benar sakit, terasa bisa menular... namun saya cuba bertahan, apa sahaja yang mampu merawat, saya cuba usahakan. 

Namun disinilah kebesaran kasih sayang Allah... Sudah sekian lama rasanya saya tidak dapat benar-benar bermanja dengan ibu saya, tapi, saat saya ditusuk bisa itu, ibu saya ada di sisi ! Alhamdulillah.... memang membantu memberi semangat dalam menahan kesakitan. Allah Maha Penyayang, dan sebahagian kasih sayangNYA DIA salurkan melalui hamba-hambaNYA yang lain.

Kronologi sengatan pada saya :

Allah datangkan dulu semua benda-benda, perkara-perkara dan insan-insan yang menggembirakan saya sebelum DIA menguji saya dengan bisa sembilang itu. pilihan di tangan saya, adakah saya mahu melatah dan menolak kesakitan yang penuh nikmat ini atau menerima nya dengan keredhaan dan rendah hati ?

saya memilih untuk meminta dari Allah menyembuhkan kesakitan ini dan alhamdulillah, semasa entri ini ditaip, tangan saya tidak lah berasa bisanya lagi...dan amat bersyukur sekali kerana dari peristiwa ini, saya tersa kasih sayang dari insan terdekat lebih dari sebelumnya.... ♥ Allah Forever.......